Month: February 2021

Mayat di siling restoran

February 26, 2021 | News | No Comments

Tawau: Misteri bau busuk dan titisan darah pada siling sebuah restoran di Jalan Chung Thien Vun, di sini, terjawab apabila mayat lelaki ditemukan semalam.

Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemukan dalam keadaan kembung dan melecur hampir 70 peratus oleh pemilik restoran pada 10 malam.

Difahamkan sebelum penemuan itu, pemilik yang berusia 40-an tiba di premisnya untuk meninjau keadaan restoran selepas hampir setahun menutup operasi sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, lelaki itu terhidu bau busuk dari dalam kedai sebelum menemui titisan darah pada siling premis dan segera bertindak menghubungi polis ekoran bimbang berlaku perkara buruk.

Hasil bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mayat itu berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat itu namun berkata tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.

“Sehingga kini, siasatan masih dijalankan bagi mengesan identiti mangsa dan punca kematian,” katanya sambil menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

hmetro

‘Tolong bantu anak saya’

February 26, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Ibu lima anak, Rosmini Ismail buntu memikirkan cara mendapatkan wang sebanyak RM30,000 bagi menampung kos pembedahan anaknya, Siti Nur Alyah Aznan, 17, di sebuah pusat perubatan swasta dekat Kota Damansara, Petaling Jaya, Isnin depan.

Rosmini, 48, yang menetap di Kuala Ketil, Kedah berkata, pembedahan itu diperlukan bagi merawat anaknya yang patah tulang belakang akibat terjatuh di tandas sekolah pada 8 Julai lalu.

Menurutnya, pembedahan perlu dilakukan segera namun dia sekeluarga kini baru mengumpul kira-kira RM1,000 daripada jumlah keseluruhan yang diperlukan.

“Kami sekeluarga tidak tahu mengenai apa yang terjadi sehingga Siti Nur Alyah mengadu sakit belakang kira-kira dua minggu selepas itu.

“Bagi mendapatkan kepastian, anak sulung saya (Noor Firdaus Abdul Rahim, 37) membawanya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah dan pada waktu itu baru doktor memaklumkan punca penyakitnya.

“Sudah beberapa sesi rawatan susulan dilakukan dan doktor akhirnya mengesyorkan pembedahan kerana ada kemungkinan untuk lumpuh jika tidak dilakukan segera,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, hanya Allah saja yang tahu perasaannya melihat Siti Nur Alyah yang dulunya sihat kini tidak dapat berjalan.

“Kalau boleh, saya sanggup ganti tempatnya itu kerana tidak mahu melihatnya terus derita.

“Sehingga ke hari ini, saya sekeluarga tidak henti berikhtiar mencari wang bagi menampung kos pembedahannya.

“Saya sampai ke tahap tidak lalu makan dan minum memikirkan hal itu malah kami sekeluarga sepatutnya bertolak ke Kuala Lumpur pada Ahad depan tetapi wang diperlukan masih belum cukup sehingga hari ini” katanya

Di sebalik ujian itu, Rosmini berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan dan mendoakan anaknya.

“Alhamdulillah, ramai yang prihatin malah ada dalam keluarga keluarga, rakan dan penduduk setempat menghulurkan sumbangan. Semoga Allah dapat membalas kebaikan anda semua,” katanya.

Sementara itu, menantu Rosmini, Noor Firdaus berkata, keluarganya sudah memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Kedah dan kini permohonan itu kini sedang diproses.

“Masa semakin suntuk tetapi saya dan emak cuba berikhtiar dengan cara lain iaitu ke bank untuk memohon bantuan pinjaman tetapi agak sukar kerana perlu menunggu tempoh kelulusan yang mungkin mengambil masa.

“Selain itu, kami juga ke Baitulmal untuk memohon bantuan dan diharap permohonan diluluskan,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Public Bank bernombor 6914286129 atas nama Noor Firdaus Abdul Rahim atau menghubunginya di talian 017-5473446.

hmetro

Bot karam dipercayai lebih muatan

February 25, 2021 | News | No Comments

Bot yang dinaiki lima pekerja lombong termasuk seorang yang lemas di kawasan lombong pasir Bandar Mahkota, Kampung Labohan Dagang di sini pagi tadi dipercayai terlebih muatan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 8.18 pagi berhubung kejadian lemas membabitkan pekerja melombong pasir di lokasi terbabit.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati, kejadian berlaku di lombong pasir milik sebuah syarikat perlombongan pasir tempat mangsa bekerja kira-kira 7.45 pagi semalam.

“Dalam kejadian itu, satu kumpulan pekerja (mangsa) yang terdiri daripada lima orang dijadualkan masuk bertugas bermula 8 pagi di mana mereka menggantikan kumpulan yang tamat bekerja pada jam 8 pagi itu.

“Kesemua lima orang mangsa menaiki bot berukuran lebih kurang lapan kaki menuju ke Bot CSD (kapal korek) yang berada di tengah lombong,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun katanya, bot yang dinaiki dipercayai terlebih muatan sehingga menyebabkan bot terbabit dimasuki air dari bahagian hadapan bot dan terus karam.

“Empat daripada lima orang yang menaiki bot itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi lombong manakala seorang daripada mereka ditemui lemas di lokasi kejadian.

“Mangsa yang meninggal dunia adalah Muhamad Janil Tani, 31, dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat sebaik dibawa naik oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

“Dua mangsa Mohd Roslan Ariffin dan M. Firdaus Azhar Samsudin dirawat di Hospital Banting kerana air dalam paru-paru, kini mulai stabil cuma perlu rawatan lanjut sebelum dibenarkan keluar,” katanya.

Katanya, dua lagi iaitu Muhamat Junaidi Negeri dan Mohd Ribut Negeri tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan pengesahan punca bot karam itu, sama ada berlaku kesilapan manusia atau teknikal bot.

Katanya, operasi membabitkan 22 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, PPDA JBPM Selangor, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dan Banting.

Terdahulu, media melaporkan mangsa ditemui lemas selepas bot dinaiki bersama empat rakan lain terbalik di sebuah lombong di Kampung Labohan Dagang (Wisma Lion), Banting, di sini, pagi semalam

HM.

Orang ramai kini boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera versi 1.0.28.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan program pendaftaran vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pelaksanaan program imunisasi itu.

Majlis pelancaran diadakan selepas Perdana Menteri menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 2.43 petang semalam, sekali gus menjadi individu terawal dalam negara menerima vaksin itu.

Sebelum mendaftar bagi menerima vaksin, pengguna iOS dan Android perlu mengemas kini aplikasi MySejahtera terlebih dahulu dan ikon ‘Covid-19 Vaccination’ yang mengandungi maklumat lengkap mengenai profil peribadi perlu dikemas kini sebelum disahkan.

Setelah maklumat disahkan, pengguna akan diberi beberapa soalan antaranya persetujuan penerimaan vaksin, sejarah penyakit dan sejarah kontak rapat pesakit Covid-19 sebelum permohonan dihantar.

Aplikasi itu turut menyarankan pengguna untuk mengaktifkan notifikasi bagi menerima sebarang info mengenai program vaksinasi yang akan bermula secara berperingkat dan sekiranya terpilih, mereka perlu mengesahkan persetujuan untuk hadir janji temu.

Pengguna terpilih untuk menerima vaksin perlu hadir ke pusat vaksinasi berkenaan dan mengimbas kod QR pusat itu bagi pengesahan kehadiran.

Selepas itu, profil pengguna perlu disahkan mengikut arahan petugas perubatan dan setelah selesai penerimaan vaksin, pengguna perlu mengimbas kod QR vaksin dan mengesahkan proses apabila diarahkan oleh petugas perubatan.

Sebagai tindakan selepas proses vaksinasi, penerima perlu menghantar maklum balas berkaitan simptom yang dialami dalam aplikasi MySejahtera, dan mereka akan menerima sijil digital vaksinasi Covid-19 yang boleh disemak dalam menu profil aplikasi.

Pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera adalah satu daripada lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam negara.

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian adalah melalui laman sesawang khas di www.vaksincovid.gov.my manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Fasa pertama pemberian vaksin dijadualkan bermula hari ini hingga April membabitkan anggota barisan hadapan, manakala fasa kedua dari April hingga Ogos bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas serta kumpulan rentan dengan masalah morbiditi, di samping orang kurang upaya (OKU), sementara fasa ketiga bermula Mei 2021 hingga Februari 2022 – untuk kumpulan berusia 18 tahun dan ke atas.

Malaysia mengadakan perjanjian untuk memperoleh sebanyak 66.7 juta dos vaksin Covid-19 iaitu melalui fasiliti COVAX dan lima pengeluar vaksin iaitu Pfizer BioNTech, Astra Zeneca, Sinovac, CanSino dan Gamaleya.

HM

Peniaga lelaki didenda RM8,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, semalam, atas pertuduhan menghantar gambar lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita, empat tahun lalu.

Tertuduh, Chang Yoon Siong, 31, dijatuhi hukuman itu oleh Hakim Noor Aini Yusof selepas dia mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Bagi setiap pertuduhan, dia didenda sebanyak RM1,600 dan jika gagal membayar, tertuduh akan dipenjara sebulan.

Mengikut pertuduhan, lelaki dari Puchong, Selangor itu didakwa menggunakan perkhidmatan aplikasi WhatsApp, membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lucah ke nombor telefon seorang wanita berusia 46 tahun dengan niat bagi menyakiti hatinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu menerusi lima kiriman WhatsApp dengan gambar sebanyak dua kali pada 1.11 pagi dan tiga kali pada 5.32 petang, 8 Januari 2017, ketika wanita terbabit berada di rumahnya di Taman Aman Jaya, Bukit Mertajam di sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd Zameri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

HM

Tak rasa apa pun – Muhyiddin

February 25, 2021 | News | No Comments

“Saya ingin memanjatkan syukur kepada Allah SWT kerana hari ini saya sudah menerima vaksin Covid-19 yang pertama di negara kita.”

Itu ayat pertama diluahkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik bertemu media selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya, semalam

Beliau meluahkan keyakinan bahawa vaksin Covid-19 adalah cukup selamat dan berkesan.

“Kalau tengok keadaan saya setakat ini, Alhamdulillah.

“Jadi saya nak merayu kepada semua rakyat Malaysia dan mereka yang tinggal di Malaysia yang kita sudah putuskan untuk memberikan suntikan vaksin Covid-19 secara percuma.

“Tampil ke depan mendaftar di dalam MySejahtera supaya dapat ditentukan giliran bila dan di mana saudara dan saudari akan diberikan suntikan vaksin Covid-19 ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan yakin dan percaya bahawa usaha sedang dibuat adalah untuk menentukan negara dapat memutuskan rantaian Covid-19.

Perdana Menteri menyeru semua penduduk di Malaysia mendokong usaha menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula secara rasmi, semalam.

Wartawan: Sakit tak?

Muhyiddin: Tak rasa apa pun, saya tunggu sekejap tengok dah selesai. Macam suntikan biasa, Tan Sri (Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) ada sini pun ok (selepas disuntik vaksin). Insya-Allah dalam masa singkat Malaysia akan bebas daripada wabak Covid-19 ini. Terima kasih saya ucapkan.

Sementara itu, jurusuntik yang melakukan suntikan vaksin kepada Perdana Menteri, Ketua Jururawat Pejabat Kesihatan Putrajaya, Lina Ibrahim bersyukur terpilih untuk tugas besar itu.

“Syukur Alhamdulillah kerana saua dipilih untuk memberikan vaksin kepada pemimpin tertinggi negara iaitu Perdana Menteri sendiri.

“Tambahan pula ini adalah vaksin baru,” katanya ringkas.

HM

Isteri sakit, anak dicabul

February 25, 2021 | News | No Comments

Penderitaan dua beradik yang menjadi mangsa cabul bapa kandung mereka sejak lima tahun lalu di Kedah berakhir apabila suspek ditahan polis, Ahad lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek berusia 51 tahun itu melakukan perbuatan itu sejak lima tahun lalu ketika anaknya masingt-masing baru berusia 12 dan 14 tahun.

Menurutnya, suspek akan mencabul dua anak perempuannya itu di rumah mereka ketika mangsa tidur.

“Mangsa bimbang untuk memberitahu ibu dan ahli keluarga lain kerana ketika itu ibunya sakit kanser sebelum meninggal dunia tahun lalu.

“Kejadian terbaru berlaku pada Ahad lalu menyebabkan kakak yang sudah berusia 19 tahun tidak tahan dengan perbuatan bapanya tampil membuat laporan polis.

“Susulan laporan polis yang diterima polis kemudian menahan suspek bagi membantu siasatan,” katanya kepada Harian Metro semalam.

Siti Kamsiah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

HM

Kejamnya kau dik!

February 25, 2021 | News | No Comments

Seorang remaja perempuan di Mesir dilaporkan menggantung seorang kanak-kanak berusia empat tahun hingga mati.

Dia mengaku melakukan perbuatan itu akibat terpengaruh video di YouTube.

Portal Gulf News melaporkan, remaja perempuan berusia 13 tahun itu mengaku menggantung kanak-kanak perempuan itu selepas mendapat ilham daripada YouTube.

Media Mesir melaporkan, remaja berusia 13 tahun itu mengatakan kepada polis dia melihat ada seorang kanak-kanak berjalan sendirian di jalan.

Budak itu meminta dihantar kembali kepada ibunya.

Remaja itu membawa kanak-kanak itu ke sebuah bangunan yang memiliki alat corong udara diperbuat daripada besi di Useem, Giza dekat Kaherah.

Di sana, dia memasang kabel ke sangkar besi dan menggunakannya untuk menggantung anak yang berusia empat tahun itu, sehingga mangsa mati.

Di dalam corong udara, remaja itu menutup mulut anak kecil yang menangis.

Dia menjadikan kabel sebagai tali penggantung dan menggantung anak tak berdosa di situ.

“Saya berfikir melakukan apa yang saya lihat di YouTube,” kata remaja perempuan itu sebagaimana dipetik media swasta Al Masri Al Youm.

Melihat anak kecil itu mati, remaja itu melarikan diri ke rumah ibu saudaranya.

Ia memandangkan ibu bapanya bercerai dan dia tinggal bersama wanita itu.

Tidak lama kemudian, polis diberitahu mengenai penemuan mayat kanak-kanak yang dibunuh.

Siasatan mendapati remaja terbabit mengaku membunuh budak berkenaan.

Laporan mengatakan, remaja itu berulang kali menonton tayangan video YouTube yang menjadi sumber rujukan untuk melakukan perbuatan yang mengakibatkan kematian.

HM

Ledakan cemburu

February 25, 2021 | News | No Comments

 Akibat cemburu, seorang isteri nekad menembak mati wanita muda yang duduk di sisi suaminya di sebuah bar di Tiangua, timur laut Brazil.

Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan berada bersama lima rakan di meja makan.

Express Digest melaporkan mangsa, Djaiane Batista Barro, 26, maut akibat tembakan di kepala.

Ketika kejadian, Dayane Rafaella de Silva Rodrigues, 31, pergi ke bar itu dengan membonceng motosikal.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu menunjukkan dia meluru masuk ke bar berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Ia terkena seorang wanita muda yang berada di meja suaminya dan mangsa dikenali sebagai Djaiane.

Tembakan turut terkena lelaki berusia 24 tahun yang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Rakaman CCTV turut menunjukkan si suami bergelut untuk merampas pistol dipegang isterinya.

Bagaimanapun, tidak tahu apa terjadi selepas itu.

Wanita terbabit meninggalkan kawasan itu dengan membawa beg tangannya.

Susulan kejadian, polis menahan Dayane Rafaella untuk membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan, wanita itu melepaskan tembakan kerana marah suaminya yang berada di premis berkenaan.

Polis berkata, mereka sebelum itu bergaduh mengenai sikap si suami yang sering ke bar berkenaan.

Dayane Rafaella mendakwa ketika kejadian dia hanya melepaskan tembakan secara rambang untuk menyuruh suaminya beredar.

Wanita itu juga dilaporkan tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

HM

Every once in a while, a food video goes crazy viral on social media. Often it is for a bizarre food combination that disgusts the internet. However, this time a street food vendor is going viral for his unique serving skills.

RAJINIKANTH STYLE DOSA IMPRESSES INTERNET

A dosa food stall in Mumbai is grabbing eyeballs with its ‘Rajinikanth-style’ dosa, and the video is going crazy viral. The clip titled ‘Mumbai’s Famous Rajnikant Style Dosa! (sic)’ was shared on Facebook by a page called Street Food Recipes.

Take a look:

According to the clip, the stall has been there for 30 years. The stall called Muthu Anna Dosa Centre, named after the vendor Muthu, is situated in Dadar, Mumbai.

Superstar Rajinikanth inspired the vendor to come up with his signature style of quickly making, cutting, plating and sliding the dosa over to a helper in split seconds. One can see that the man is serving a variety of dosas like the Masala Dosa, Mysore Dosa and more at his stall.

HOW DID THE INTERNET REACT?

After the video went viral, it was shared on various social media platforms. Till now, it has garnered more than 77 million views, millions of likes and thousands of comments.

Earlier, another video from Mumbai also went viral. It showed a roadside food stall serving its famous flying dosa. In the clip, the stall owner finished making dosa and flung it high in the air to reach the waiting customers.

-indiatoday

//dopansearor.com/4/2458908