Seorang lelaki yang terjatuh dari Jeti Sungai Daro berjaya diselamatkan tiga lelaki lain dalam kejadian petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, semasa kejadian, lelaki berusia 48 tahun itu tergelincir sebelum jatuh ke dalam sungai berkenaan.

Menurutnya, seramai enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro bergerak ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada 5.40 petang.

Bagaimanapun katanya, semasa bomba tiba, lelaki terbabit sudah dibawa oleh pasukan paramedik ke Hospital Daro.

“Kita turut difahamkan semasa dibawa ke hospital, mangsa masih lagi bernyawa, namun berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya,” katanya memaklumkan, mangsa berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya mengucapkan jutaan terima kasih kepada tiga lelaki berusia 30 tahun itu kerana bertindak berani dengan terjun ke dalam sungai bagi menyelamatkan mangsa,” katanya.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//zikroarg.com/4/2458908