3 tokan heroin ditahan

March 2, 2021 | News | No Comments

Tiga nelayan dipercayai tokan ditahan polis ketika sedang leka membungkus dadah di sebuah rumah di Taman Nilam di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, ketika serbuan itu dilakukan didapati mereka duduk di lantai dan dipercayai sedang membungkus dadah untuk dijual kepada penagih.

Menurutnya, dalam serbuan itu ditemukan heroin seberat 231.70 gram dan syabu seberat 51 gram di atas lantai berhampiran suspek.

Katanya, kesemua mereka yang ditahan itu berusia 24, 46 dan 55 tahun.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek terbabit positif dadah jenis morfin,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, semalam.

Menurutnya, semakan mendapati suspek berusia 46 tahun memiliki tujuh rekod lampau, rakannya berusia 55 tahun mempunyai dua rekod, manakala suspek ketiga tiada rekod.

“Nilai keseluruhan rampasan dadah itu adalah sebanyak RM13,209.50 dan jika terlepas ke pasaran boleh digunakan oleh 300 penagih.

“Ketiga-tiga mereka direman selama tujuh hari dan disiasat Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta sama,” katanya.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//ugroocuw.net/4/2458908