Pinjam RM1,000, namun hanya terima RM350 dan kini perlu membayar RM12,000 kepada ceti haram atau Ah Long, dakwa sepasang suami isteri yang sekarang hidup dalam ketakutan gara-gara perbuatan si anak gagal menjelaskan hutang itu.

Chong Kok Yeong, 55, dan isteri Teoh Lee Hong, 56, mendakwa rumah mereka di Taman Pulai Utama, Skudai dibaling bom molotov pada 9 Februari lalu sehingga menyebabkan beberapa bahagian di halaman rumah terbakar.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, saya percaya mereka individu sama yang menyimbah cat merah dan hitam pada 7.30 malam, 8 Februari lalu,” katanya pada sidang media di pejabat Jawatankuasa Perhubungan MCA Johor, di sini semalam.

Menurut lelaki itu, anaknya yang berusia 21 tahun bekerja di sebuah kedai makan di Pulau Pinang, namun menghilangkan diri sejak 19 Februari lalu.

“Anak lelaki saya ini gemar bermain judi dalam talian dan meminjam RM1,000 pada awal Februari lalu, namun hanya terima RM350 dan kini mereka minta bayaran balik RM12,000,” katanya, menambah turut menerima surat ugutan rumahnya akan dibakar jika hutang tersebut tidak dibayar.

Chong berkata dia juga telah membuat lima laporan polis, mengharapkan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar ketika dihubungi mengesahkan menerima kesemua laporan polis berkenaan.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//chooxaur.com/4/2458908