Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang menolak vaksin atau anti vaksin sekiranya didapati menghasut orang ramai.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini masih tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka itu.

“Saya harap tidak berlaku tangkapan mengenai hal ini tetapi kalau sampai cuba mencabar dan bersifat busuk hati, ia memang tidak bertanggungjawab dan saya akan pastikan mereka ditangkap kalau terus mencabar.

“(Mencabar sebegini) perbuatan orang busuk hati. Kalau (vaksin) tak baik dan tak mahu tidak mengapalah namun kenapa nak hasut menggunakan cerita yang bukan fakta selain tidak disokong dengan apa-apa ujian bagi dijadikan hujah meningkatkan keyakinan orang ramai agar tidak divaksin,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid berkata, pihaknya mengalu-alukan laporan polis dibuat sekiranya ada sesiapa mempunyai maklumat mengenai kejadian ‘potong barisan’ dalam proses pemberian vaksin dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menurutnya, laporan mengenainya bakal membolehkan siasatan dibuat oleh pihaknya iaitu sebagai suatu bentuk jenayah penyelewengan.

“Apa bentuk kesalahan saya pun tidak tahu (pasti) tetapi mungkin ada penyelewengan di sesuatu pihak dan ia boleh jadi kesalahan jenayah,” katanya.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908