Kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu ‘potong barisan’ untuk program vaksinasi Covid-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, keputusan itu dibuat pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang mana dokumen garis panduan terbabit memperincikan mengenai petugas barisan hadapan.

Katanya, beliau dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba sudah menandatangani dokumen garis panduan itu yang akan dimuat naik di laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menjelaskan takrifan barisan hadapan.

“Jadi, soalĀ queue cutting tidak lagi timbul di pusat pemberian vaksinasi kerana ada garis panduan yang jelas dan mereka diminta untuk ikut garis panduan tersebut. Garis panduan ini akan menyatakan secara jelas siapa yang layak dan siapa yang belum layak untuk menerima vaksin dalam fasa satu,” katanya dalam sidang media bersama Dr Adham selepas menghadiri mesyuarat JKVAV di sini, semalam.

Khairy berkata, kerajaan juga mempertimbangkan tindakan kompaun kepada mana-mana individu yang didapati melangkau giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

HM

, , ,

About Author

Leave a Reply

//phaurtuh.net/4/2458908