Pelakon dan pengarah, Isma Yusoof mengakui berdepan gangguan bipolar akibat tekanan teruk yang dihadapi terhadap skil lakonan pelakon baru yang ‘kayu’.

Isma yang kini mengarahkan drama Shah Alam 40k (40,000) berkata, dia berasa terkilan apabila pelakon baharu kini dilihat mengambil mudah terhadap kerja yang dipertanggungjawabkan.

Terdahulu, Isma berkongsi luahannya itu dalam video berdurasi 11 minit yang dimuat naik di Instagram TV berhubung situasi dihadapi hingga memberi kesan kepada tahap kesihatannya.

“Saya nak kongsikan satu perkara yang sangat penting kepada semua terutama mereka yang kuat menonton drama tempatan.

“Seperti yang anda sedia maklum saya kini sedang mengarahkan drama bersiri Shah Alam 40k. Bagaimanapun untuk beberapa hari lalu, kawan-kawan saya seperti Nizam Zakaria dan Bahri Umar terpaksa turun padang menggantikan kerja saya.

“Sebenarnya saya ada penyakit bipolar dan ia mudah menyerang jika ada perkara-perkara buruk berlaku seperti masalah lakonan pelakon yang menyakitkan hati.

“Saya bercakap mengenai sikap pelakon baru yang ambil mudah terhadap kerja mereka. Saya tak tahu apa puncanya, namun mungkin zaman media sosial seperti  Instagram dan Tik Tok menyebabkan terlalu banyak gangguan sehingga tidak boleh fokus,” katanya.

Menurut Isma, dia tidak faham mengapa pelakon-pelakon baharu terutama pelakon yang membintangi drama arahannya itu tidak bersedia malah menganggap lokasi penggambaran sebagai medan pembelajaran.

“Beberapa pelakon dalam drama ini sangat baru. Saya lihat mereka masuk set tanpa apa-apa ilmu langsung, malah mereka menganggap datang ke set penggambaran untuk belajar berlakon.

“Sebenarnya kalian silap, kalian jangan anggap lokasi penggambaran adalah tempat pembelajaran. Kalau nak belajar di sekolah, lokasi ini adalah tempat kalian bekerja.

“Jadi takkan di lokasi penggambaran kalian nak belajar berlakon. Cuba bayangkan kalau tiba-tiba jurumekap atau jurukamera datang ke set dalam keadaan yang tidak tahu apa nak buat, sudah tentu kalian tak boleh nak hadam.

“Jadi macam mana pula pelakon baru yang tiada ilmu  berlakon tiba-tiba datang set dan berharap seseorang untuk ajar berlakon  sedangkan kalian dibayar untuk kerja terbabit. Bukannya kalian bayar kami  untuk mengajar kalian berlakon. Jadi, saya rasa ini satu masalah dalam industri seni sekarang,” katanya.

Tambah Isma, penerbit dan penyiar juga adakalanya terlalu melampau apabila sesuka hati memetik nama bakat baharu yang tiada asas lakonan hingga memberi peluang memainkan watak besar.

“Produser pun main ambil saja. Janganlah hanya kerana dia menang pertandingan pencarian bakat atau ratu cantik atau memiliki jumlah pengikut ramai, tapi  menyusahkan satu set.

“Stesen televisyen pun, main petik dan panggil pelakon entah siapa-siapa yang tiada ilmu lakonan langsung. Harapkan rupa saja, tapi nak minta kami yang tunjuk ajar dan didik mereka semua. Memang tak bolehlah.

“Kepada pelakon baru yang dapat tawaran berlakon watak besar tolonglah masuk kelas lakonan dulu. Banyak saja yang tawarkan khidmat kelas asas lakonan. Bayarlah untuk kelas lakonan itu kerana bayaran lakonan yang kalian terima agak tinggi jika nak dibandingkan dengan bayaran pekerja produksi.

“Masuk kelas lakonan untuk faham skil lakonan dulu supaya tidak menyusahkan kami yang berada di set. Kepada pengurus juga, jika dah tahu pelakon kalian kayu sila hantar mereka ke kelas lakonan. Jangan harapkan pengarah untuk ajar pelakon anda yang kayu ini,” katanya yang masih tidak faham dengan sesetengah pelakon baru yang sudah ditegur tapi tidak mengambil teguran secara serius untuk memperbaiki diri.

-hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//cdrvrs.com/4/2458908