Lima kluster baharu Covid-19 berkaitan tempat kerja dikenal pasti hari ini, manakala masing-masing satu membabitkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga daripadanya dikesan di Johor iaitu Kluster Kampung Sungai Burung, Jalan Wawasan 12, Jalan Kempas Tiga manakala dua di Selangor iaitu Jalan Melati dan Dewa Empat.

“Satu penularan komuniti membabitkan Kluster Bukit Marak di Kelantan dikenal pasti hari ini manakala kluster baharu di Jalan Cempedak, Kuala Lumpur membabitkan kumpulan berisiko tinggi.

“Sehingga kini, Malaysia merekodkan 1,145 kluster dengan 647 kluster sudah tamat termasuk 10 yang tamat hari ini.

“Sepuluh kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Pasir Barat, Kluster Sri Suria, Kluster Nilam Tiga, Kluster Persiaran Sabak, Kluster Tembok Kemus, Kluster Intan Delima, Kluster Pengerang Utara, Kluster Sungai Purun, Kluster Lapangan Siber dan Kluster Bedayan,” katanya dalam kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini 488 kluster masih aktif dan 82 daripadanya mencatatkan pertambahan kes baharu.

Katanya, kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Kempas Tiga (334 kes), Kluster Industri Sungai Gadut (128 kes) dan Kluster Tembok Tapah (80 kes).

HM

,

About Author

Leave a Reply

//phaurtuh.net/4/2458908