Simbolik 88 bunga raya

March 2, 2021 | News | No Comments

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Segamat menyerahkan 88 kuntum bunga raya sebagai simbolik sempena Hari Tentera Darat Ke-88 bagi menghargai pengorbanan pasukan barisan hadapan itu di sini, semalam.

Bunga raya itu diserahkan oleh Pegawai Pendidikan Segamat, Nasir Mohamed Yunus kepada anggota tentera dan polis bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) persempadanan daerah Segamat ke Asahan Melaka di Ladang Welch di sini.

Nasir, berkata, inisiatif ini sebahagian daripada tanggungjawab sosial serta keprihatinan menghargai terhadap pengorbanan petugas barisan hadapan dalam membantu negara memerangi wabak Covid-19.

Menurutnya, PPD yakin pengorbanan petugas barisan hadapan dihargai setiap individu dengan sentiasa menjaga jarak fizikal, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan menjaga kesihatan diri.

“Selain itu, pemberian bunga raya itu antaranya berwarna merah, putih dan kuning adalah bagi mewakili 3,042 guru dan 34,304 pelajar selain ibu bapa pelajar di daerah Segamat kepada petugas barisan hadapan itu.

“Karakter spesies hibiscus rosa-sinensis atau bunga raya yang mempunyai lima kelopak besar dan berwarna merah ‘menyala’ menjadi ciri penting ia dipilih sebagai bunga kebangsaan negara mendatangkan idea pemberian. Hanya perlu kreatif menghargai sesuatu perkara dan memberikan impak kepada dua pihak selamanya,” katanya ditemui di SJR di sini, semalam.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (S.K) Ladang Welch, Jementah, Phua Ah Nah berkata, tanaman pokok bunga raya merah antara yang menghiasi laman persekitaran sekolahnya diserahkan kepada petugas barisan hadapan.

“Setiap hari guru, kakitangan dan pelajar akan melalui SJR yang hanya kira-kira 100 meter dari sekolah. Kita melihat sendiri kegigihan dan pengorbanan ketika petugas barisan hadapan itu berpanas dan berhujan tanpa mengira waktu siang dan malam yang sewajarnya dihargai.

“Kami merakamkan penghargaan kepada tentera dan polis dalam mengawal penularan Covid-19 dapat dikawal,” katanya.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//phaurtuh.net/4/2458908