Polis buru tiga suspek kes dadah

March 3, 2021 | News | No Comments

Bukit Mertajam: Polis memburu seorang lagi lelaki warga Indonesia bagi membantu siasatan sindiket pengedaran dadah bernilai RM22.46 juta yang ditumpaskan dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di daerah ini, Khamis lalu.

Terdahulu, polis turut mengesan dua lelaki dikenali sebagai Hafis Fareza, 21, dan Zulfikar, 32, yang melarikan diri dalam serbuan berkenaan, selepas seorang rakan mereka berusia 23 tahun berjaya ditahan untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, tiga suspek berkenaan berasal dari Aceh, dan suspek terbaharu pula dikenal pasti terbabit dikenali sebagai Razali, 37.

“Dia (Razali) diburu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas pemeriksaan di rumah sewanya di Kondominium Sentral, Jalan Juru Sentral, di sini, turut menemui sejumlah dadah .

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sity Najwa Mohd Abd Latif di talian 010-2882662 dan Inspektor Nursyahirah Safri di talian 017-5853559 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Media semalam melaporkan Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas syabu seberat 623.76 kilogram (kg) bernilai RM22.46 juta.

Kegiatan itu ditumpaskan dua anggota URB yang mengesan tiga lelaki warga Indonesia sedang memindahkan syabu dari sebuah lori ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda BRV.

Dalam insiden itu, seorang suspek berusia 23 tahun berjaya ditahan dalam kejadian kira-kira 2 pagi, manakala dua lagi berjaya meloloskan diri.

Melalui siasatan, mereka dipercayai bersengkongkol dalam kegiatan berkenaan.

hmetro

, , ,

About Author

Leave a Reply

//mauchopt.net/4/2458908