Tiga penyamun rantai emas ditahan

March 4, 2021 | News | No Comments

Polis menahan empat lelaki dan seorang wanita selepas disyaki terbabit dalam kejadian samun di sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Kesemua suspek berusia 24 hingga 33 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas melakukan risikan hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan daripada eksekutif syarikat swasta mendakwa rantai emasnya disamun seorang lelaki tidak dikenali.

“Lelaki berusia 44 tahun itu mendakwa sedang menunggang motosikal di Jalan Persiaran Surian berhampiran sebuah pusat beli-belah pada 2.40 petang, 10 Oktober tahun lalu.

“Bertindak atas laporan itu, polis menjalankan risikan sebelum mengesan suspek lalu menahan mereka di Jinjang, Kuala Lumpur, pada 6.24 petang semalam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Nik Ezanee berkata, hasil soal siasat tiga suspek berkenaan mengaku terbabit dalam kes samun itu.

Menurutnya, penahanan mereka berjaya menyelesaikan tujuh kes samun di sekitar Kota Damansara.

“Suspek direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//soaheeme.net/4/2458908