Akibat ‘lalok’ dadah, seorang lelaki sanggup menendang anak saudaranya yang berusia 11 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Pimping, Membakut pada Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang juga seorang kanak-kanak lelaki mengalami sakit di bahagian pinggang kanan dan dirujuk ke Hospital Beaufort selepas ditendang oleh suspek yang berusia 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita berusia 36 tahun yang juga ibu kepada mangsa.

“Menurut pengadu, dia dimaklumkan oleh adiknya bahawa anaknya dilihat sedang menangis di bilik akibat ditendang di bahagian pinggang oleh suspek yang juga bapa saudara mangsa.

“Pengadu kemudian bertanya kepada suspek mengenai kejadian itu dan suspek menyatakan terdengar suara mangsa yang kuat menyebabkan dia yang sedang tidur terbangun.

“Pengadu juga mengesyaki suspek bertindak demikian kerana di bawah pengaruh dadah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Azmir berkata, susulan aduan daripada pengadu, satu tangkapan dibuat terhadap suspek pada jam 12.15 tengah hari Khamis di rumah berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Suspek dalam pengakuan awalnya tidak mengaku ada menendang mangsa di bahagian pinggang tetapi hanya menolak kaki mangsa menggunakan kakinya kerana mangsa sudah beberapa kali membuat bising ketika dia tidur.

“Suspek juga mengaku ada mengambil dadah tiga hari lalu dan hasil pemeriksaan rekod jenayah lampau, suspek mempunyai pelbagai kesalahan membabitkan Akta Dadah Merbahaya 1952, Akta Penagih Dadah (APD) 1983 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 sejak 2014,” katanya.

Azmir berkata, suspek ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//oackoubs.com/4/2458908