‘Perang’ tangkis berita palsu

March 8, 2021 | Living | No Comments

 Mendepani berita palsu adalah cabaran besar dihadapi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sejak setahun lalu terutama ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Pasukan Respon Pantas KKMM menerima pelbagai laporan yang ditularkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp khususnya berkaitan Covid-19 setiap hari.

Katanya, walaupun tindakan boleh diambil terhadap individu terbabit namun kerjasama orang ramai juga diperlukan bagi menangkis berita palsu daripada terus disebarkan sehingga mencetus suasana panik dalam kalangan masyarakat.

“Ya, kami memang melakukan pendakwaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta polis namun saya amat berharap kami mampu melakukan lebih banyak usaha lain,” katanya dalam sidang media sempena Setahun Malaysia Prihatin, di sini, semalam.

Menurut MCMC, Pasukan Respon Pantas KKMM sehingga kini mengeluarkan 428 penafian dan penjelasan mengenai berita palsu kepada orang ramai.

MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan sehingga 4 Mac lalu, Polis Diraja Malaysia membuka 283 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19.

Dari sudut perundangan, sebarang perkongsian berita yang bersifat palsu adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disabitkan.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//oackoubs.com/4/2458908