Buruh didakwa acu pisau, rogol remaja

March 10, 2021 | Crime, Viral | No Comments

Seorang buruh mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan mengacukan pisau dan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada bulan lalu.

Tertuduh, Jafrifoo Che Ali, 49, didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol remaja perempuan tersebut dengan meletakkan mangsa dalam ketakutan apabila mengacukan pisau kepadanya di sebuah rumah di Jalan Bayam di sini kira-kira 7 malam pada 25 Februari lalu.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin manakala tertuduh diwakili peguam, Nur Fatin Shahirah Abu Hassan.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 5 Mei depan.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908