Burger percuma sempena Hari Pembantu Perubatan

March 11, 2021 | Info, News | No Comments

Sebanyak 100 burger percuma diagihkan kepada penduduk di sekitar Selising di sini sempena memperingati sambutan Hari Pembantu Perubatan yang disambut pada 10 Mac setiap tahun.

Burger tersebut disumbangkan oleh anak jati Selising yang merupakan seorang pembantu perubatan dan sedang berkhidmat di selatan tanah air.

Peniaga burger, Wan Muhammad Iqbal Wan Mat Ali berkata, pembantu perubatan tersebut menghubunginya menerusi Facebook untuk tujuan tersebut.

“Saya telah bersetuju untuk memenuhi hasrat pembantu perubatan tersebut yang ingin namanya dirahsiakan,” katanya.

Wan Muhammad Iqbal meminta bantuan rakan-rakan untuk menyiapkan 100 burger percuma.
Menurutnya, dia kemudian memaklumkan berita agihan burger percuma itu kepada penduduk setempat.

“Burger itu diberikan kepada pelanggan yang datang ke gerai untuk membeli burger,” katanya.

Katanya, proses agihan burger percuma itu bermula seawal jam 6 petang.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dapat membantu menunaikan hajat kakitangan kesihatan itu,” katanya.

-sinarharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//cdrvrs.com/4/2458908