Kampung Lok Urai disambar api

March 12, 2021 | News | No Comments

Sekurang-kurangnya 20 rumah musnah dijilat api manakala berpuluh lagi dikhuatiri bakal terbakar selepas Kampung Lok Urai, Pulau Gaya, di sini, terbakar, malam ini.

Api dikatakan mula marak memusnahkan beberapa rumah pada 8 malam sebelum merebak hampir ke seluruh perkampungan atas air berkenaan.

Difahamkan, pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa menggunakan bot bagi membawa peralatan memadam api ke lokasi kejadian.

Menurut sumber, puluhan penduduk dilihat terpaksa menaiki bot secara beramai-ramai bagi menyelamatkan diri dan harta benda.

Menurutnya, ada yang dikatakan terpaksa terjun ke laut bagi menyelamatkan diri masing-masing.

“Penduduk yang berjaya menyelamatkan diri dengan menaiki bot dikatakan bergerak ke kawasan selamat di pulau berkenaan.

“Kebakaran turut mengakibatkan beberapa bunyi letupan berkemungkinan berpunca daripada tong gas yang terbakar,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

-hmetro

,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908