Tiada tawaran rebat tunai Perodua Ativa

March 12, 2021 | News | No Comments

Perodua menggesa pelanggan sedia ada dan baharu supaya hanya berurusan dengan penasihat jualan yang sah bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ia susulan pihaknya mendapati sekurang-kurangnya dua tawaran rebat palsu dalam talian bagi Perodua Ativa yang baru dilancarkan.

“Perodua dan cawangan kami di seluruh negara tidak pernah dan tidak akan mengadakan sebarang promosi rebat tunai selepas memperkenalkan model baharu kami, Ativa pada 3 Mac lalu.

“Malah, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab mendakwa diri mereka sebagai penasihat jualan Perodua dan memperdaya mangsa untuk memasukkan wang pendahuluan pembelian kereta baharu ke dalam akaun bank peribadi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bagi melindungi pelanggan, Perodua turut menyediakan panduan pembelian kenderaan Perodua baharu.

Antaranya, pelanggan perlu menghubungi atau mengunjungi Pusat Jualan Perodua yang sah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Perodua atau melayari www.perodua.com.my atau mana-mana halaman media sosial rasmi di Facebook dan Instagram.

Pelanggan juga dinasihati tidak memberikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan individu yang berurusan adalah kakitangan Perodua yang sah.

Selain itu, pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Perodua di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau mengemukakan pertanyaan di https://www.perodua.com.my/contact-us.html, sekiranya ada individu yang mendakwa sebagai wakil jualan atau servis Perodua dan meminta membuat bayaran ke akaun peribadi mereka.

Malah, pelanggan diminta untuk tidak membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi dan semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//ugroocuw.net/4/2458908