Gelaran ‘Datuk’ palsu dari negara jiran

March 16, 2021 | News | No Comments

Ada individu tertentu di negara ini menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ atau ‘Datuk’ yang diperoleh dari luar negara bagi tujuan penipuan dan mendapatkan keuntungan.

Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima dua aduan kes penipuan dengan jumlah kerugian lebih daripada RM750,000, minggu lalu.

“Individu terbabit menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ diperoleh dari luar negara bagi memperdaya mangsa dalam urusan perniagaan.

“Saya sudah menasihati mangsa merujuk perkara ini kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA, Jalan Ampang, di sini, semalam.

Menurutnya, walaupun gelaran berkenaan boleh diberikan oleh individu yang mengaku sebagai sultan atau raja di negara masing-masing namun penggunaan gelaran itu di negara ini tidak diakui dan tidak sah.

“Saya menasihatkan masyarakat di luar sana jangan mudah percaya dengan individu yang memperkenalkan diri dengan gelaran Datuk.

“Bagi negara yang menganugerahkan gelaran itu berkemungkinan ia sah dan diiktiraf tetapi tidak di negara ini. Orang ramai juga dinasihatkan jangan mudah tertipu kerana ada beberapa negara menganugerahkan gelaran ‘Datuk’ itu menyerupai istiadat khas di negara kita terutama dari segi pakaiannya,” katanya.

Sementara itu, usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata, dia menerima gelaran ‘Dato’ Paduka Sri Raya’ di Bandung, Indonesia selepas bersetuju memberi sumbangan RM10,000 kepada pemerintah di sebuah negeri di negara berkenaan.

Katanya, sumbangan berkenaan bertujuan untuk dana pusat kebajikan dan sebagai balasan, dirinya dikurniakan gelaran itu.

“Saya juga diberitahu menerusi emel layak menerima gelaran itu kerana mempunyai dua syarikat di negara itu, China dan Malaysia. Seramai 500 rakyat Malaysia turut berada di majlis khas pemberian watikah itu pada 2014 lalu.

“Selepas Akta 787 Kesalahan Berhubungan Dengan Anugerah 2017 dikuatkuasakan, saya tidak lagi menggunakan gelaran ‘Datuk’ itu kerana ia tidak sah di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, polis menahan tiga ahli perniagaan disyaki dalang gerakan kumpulan Gabungan Dato’-Dato’ Malaysia (GDDM) yang aktif menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu di negara ini.

Kumpulan berkenaan dipercayai aktif sejak dua tahun lalu dan menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu untuk tujuan perniagaan, penipuan dan pengaruh selain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//mauchopt.net/4/2458908