Misteri kehilangan tujuh jenazah Covid-19 di Parepare, Sulawesi Selatan akhirnya terjawab selepas enam lelaki ditahan polis berhubung perkara itu.

Apa yang mengejutkan selepas disiasat, mereka mengakui bermimpi si mati meminta jasad mereka dialihkan ke tempat lain, lapor Tribunnews.

Selain itu, mereka juga mendakwa menerima amanah daripada keluarga untuk memindahkan jasad berkenaan dan dikebumikan di kawasan kain.

Ketua Perhubungan Awam Polis Daerah Sulawesi Selatan E Zulpan berkata, enam suspek sudah dikenal pasti setakat ini.

Katanya, ada keluarga mangsa Covid-19 itu mendakwa bermimpi bertemu si mati yang meminta kubur mereka ‘dipindahkan.’

“Mereka merasakan ia adalah satu amanah dan mereka kemudian menggali serta memindahkan jenazah berkenaan,” katanya.

Menurutnya, enam suspek itu terbabit dipercayai terbabit dengan kerja menggali dan memindahkan mayat.

Katanya siasatan juga menunjukkan mereka juga mempunyai hubungan saudara dengan salah satu jasad yang dialihkan.

Sebelum ini, penduduk di sekitar Parepare kecoh dengan tujuh kubur mangsa Covid-19 yang digali.

Malah, mayat yang dikebumikan di situ didapati hilang.

Selain itu, ada kubur ditimbus semula manakala yang lain hanya tinggal keranda.

Polis yang menerima laporan Jumaat lalu bergegas ke lokasi dan menemui selipar sebagai barang bukti.

“Kita sudah memeriksa lokasi dan menyita sejumlah bahan bukti termasuk selipar di kawasan perkuburan itu,” kata pegawai polis, Asian Sihombing.

HM

, ,

About Author

Leave a Reply

//soaheeme.net/4/2458908