Perkosa wanita sehari selepas keluar penjara

March 17, 2021 | News | No Comments

Seorang bekas banduan di Rusia masih tidak serik apabila kembali melakukan jenayah sehari selepas dibebaskan dari penjara.

Pada hari itu, dia merogol seorang wanita, malah lebih teruk menyebabkan mangsa mendapat virus HIV daripadanya.

Jenayah dilakukan Alexander Brezhnev, 38, itu tidak terhenti di situ apabila lelaki itu menculik seorang pelajar sekolah sebelum merogol dan membunuh mangsa, lapan hari kemudian.

Akibat perbuatan kejamnya itu, lelaki itu kembali ke penjara, tetapi kali ini dia tidak akan dibebaskan apabila dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat.

Portal The Sun melaporkan, dia sebelum ini sudah lapan kali didapati bersalah atas pelbagai kesalahan.

Ia termasuk atas kesalahan merompak, mencuri dan mendatangkan kecederaan.

Sehari selepas dibebaskan pada 16 Jun tahun lalu, dia merogol seorang wanita dewasa serta mengugut untuk membunuhnya jika mangsa melaporkan kejadian kepada polis.

Berdasarkan laporan, lelaki itu yang mengetahui dirinya positif HIV turut menjangkiti wanita itu.

Minggu seterusnya, dia menculik seorang murid sekolah, Yulia Klimenkova, 13, dari sebuah perkampungan di Borodinsky, Tulabarat Rusia.

Suspek mengheret mangsa ke hutan sebelum memukul dan merogol kanak-kanak itu.

Lebih kejam, mangsa ditikam bertubi-tubi hingga mati.

Mayat mangsa ditemui tiga hari kemudian dan suspek ditahan polis selepas itu.

Susulan itu, lelaki itu sekali lagi didakwa di mahkamah sebelum didapati bersalah atas kesalahan merogol, serangan seksual, menyebabkan penularan HIV, menculik, menyerang dan membunuh.

HM

, , ,

About Author

Leave a Reply

//dooloust.net/4/2458908