Lebuh raya ke utara tanpa lalu Terowong Menora

March 18, 2021 | News | No Comments

Jajaran lebuh raya baharu bakal dibina menghubungkan Gopeng ke Kuala Kangsar sebagai laluan alternatif tanpa melalui Terowong Menora di Lebuhraya Utara-Selatan.

Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad berkata, cadangan yang dikemukakan oleh sebuah syarikat pembinaan itu sedang dipertimbangkan sebagai langkah mengurangkan kesesakan sekali gus mengurangkan kadar kemalangan yang sering berlaku berhampiran Terowong Menora.

“Pembinaan jalan yang dicadangkan itu tidak membabitkan pembiayaan perbelanjaan kerajaan negeri dalam bentuk inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

“Kita memang memerlukan dan bersetuju untuk membina jajaran lebuh raya baharu yang menjadi jalan pintas ke Kuala Kangsar tanpa melalui Terowong Menora,” katanya ketika sidang media selepas menghadiri majlis pelancaran logo Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak di sini, hari ini.

Saarani berkata, jajaran yang dicadangkan oleh pihak syarikat pembinaan adalah daripada susur keluar Gopeng ke Kuala Kangsar.

“Kita juga mempunyai cadangan laluan yang mungkin sedikit berbeza, laluan itu masih belum muktamad tetapi kerajaan negeri tiada halangan, malahan kita menyokong cadangan berkenaan.

“Bagaimanapun, ia tidak bermakna kita menutup terowong itu, cuma jalan baru ini boleh membantu untuk mengelakkan kesesakan atau jalan pintas jika berlaku kemalangan di Terowong Menora,” katanya.

HM

, , ,

About Author

Leave a Reply

//ugroocuw.net/4/2458908