Orang ramai diminta tidak membuat penilaian sendiri berhubung dakwaan seorang kakitangan hospital dikatakan meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, biar pihak berwajib khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat siasatan terlebih dulu.

“Saya hanya mendapat tahu daripada laporan berita dan tak boleh bagi satu rumusan sebelum siasatan dibuat oleh pihak berwajib.

“Siasatan perlu dilakukan adakah kematian itu ada kaitan dengan suntikan vaksin atau tidak dan kita tidak boleh buat satu laporan tergempar yang mengatakan bahawa orang yang menerima vaksin meninggal.

“Mungkin kes itu tiada kaitan langsung (dengan vaksin) atau mempunyai kaitan dengan insiden lain,” katanya selepas menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Sinovac di Pusat Penerima Vaksin (PPV), Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan bahawa seorang kakitangan berusia 45 tahun yang berkhidmat di sebuah hospital di utara Semenanjung meninggal dunia semalam selepas menerima vaksin Covid-19.

“Biar kita siasat dulu, apakah punca kematian itu atau disebabkan penyakit apa atau kemalangan dan sebagainya.

“Saya minta pihak media, kalau sekiranya berlaku apa-apa kes, biarkan KKM siasat dulu, sebelum kita buat apa-apa rumusan,” katanya

HM

, , ,

About Author

Leave a Reply

//chooxaur.com/4/2458908