Tapir 450 kg masuk perangkap

March 19, 2021 | News | No Comments

Tapir Malaya betina seberat 450 kilogram ditangkap sepasukan anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan selepas memasuki perangkap yang dipasang di Ladang Johol, Johol, Kuala Pilah, semalam.

Pengarah Perhilitan Wan Mat Wan Harun berkata, perangkap tersebut dipasang sejak 24 November tahun lalu, susulan aduan daripada kakitangan ladang tersebut mengenai tapir itu yang sering berkeliaran di ladang mereka sejak tahun lepas.

“Tapir berkenaan memasuki perangkap pada 8.30 pagi semalam.

“Sebaik menerima maklumat itu tujuh anggota Perhilitan Negeri Sembilan dihantar ke ladang berkenaan untuk memeriksa perangkap tersebut. Kami dapati tapir itu berada dalam keadaan sihat,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya pada tahun ini, pihaknya hanya dapat menyelamatkan seekor tapir iaitu tapir Malaya betina itu atau nama saintifiknya Tapirus Indicus daripada diancam kepupusan.

“Tapir ini akan diberi rawatan oleh pegawai veterinar Jabatan Perhilitan terlebih dahulu dan dilepaskan di kawasan perlindungan di negeri ini yang berada di bawah jagaan Perhilitan,” katanya.

-hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//ugroocuw.net/4/2458908