ISU mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan.

Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit.

Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah.

Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga si mati.

Namun untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita.

Derma organ dilakukan dengan dua cara iaitu pendermaan selepas kematian dan pendermaan semasa hidup.Iklan

Bagi pendermaan selepas kematian seseorang itu boleh mendermakan lebih banyak organ dan tisu jika dibandingkan dengan pendermaan semasa hidup.

Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, korang akan membenarkan organ dan tisu digunakan bagi tujuan transplan, selepas meninggal dunia.

Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka daripada maut.

Sesiapa pun, layak menjadi penderma. Sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu.

Derma organ dapat selamatkan nyawa lain, ini cara untuk daftar

Walau bagaimanapun mereka yang berusia kurang dari 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga terlebih dahulu.

Pendermaan Organ adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas dia meninggal dunia.

Transplantasi (pemindahan organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia.

Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat.

Pendermaan organ dan tisu juga satu amalan kemanusiaan yang mulia.

Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati (hepar), paru-paru dan pankreas.

Manakala tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung.

Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Agama Islam mengharuskan pendermaan organ selepas meninggal dunia. Agama-agama lain seperti Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh turut menyokong pendermaan organ selepas meninggal dunia.

Jadi, kepada korang yang ingin menderma organ atau tisu, boleh mengikuti langkah pendaftaran ini.

1. Online

Pendaftaran dalam talian Derma Organ sedang dalam penyelenggaraan sehingga Julai 2021.

Boleh dibuat melalui emel;

Emelkan ‘SAYA NAK IKRAR’ atau ‘I WANT TO PLEDGE’ kepada ntrc@moh.gov.my.

Pihak Pusat Sumber Transplan Nasional akan menghantar borang permohonan kepada korang untuk diisi dengan lengkap dan emelkan semula.

Setelah itu, korang akan menerima kad derma organ dalam masa empat hingga enam minggu.

Kad yang diperolehi perlu diberitahu kepada keluarga dan simpan di dalam dompet sebagai bukti korang penderma organ.

2. Dapatkan manual borang di http://www.mst.org.my/donorform.htm. Cetak dan lengkapkan serta hantar kepada;

Pusat Sumber Transplan Nasional, Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, 50586 Kuala Lumpur.

3. Kunjungi mana-mana hospital kerajaan atau klinik kesihatan untuk mengisi borang pendaftaran secara manual.

4. Boleh juga mengikuti Derma Organ di Facebook, Twitter, atau Instagram untuk mendaftar di pemacu pendermaan organ yang mungkin ada di kawasan korang.

-sinarplus

,

About Author

Leave a Reply

//dacmaiss.com/4/2458908