‘England mampu menang Euro 2020’ – Stones

March 24, 2021 | News | No Comments

London: John Stones menganggap Manchester City yang sedang memburu empat trofi utama musim ini mampu memberi suntikan semangat kepada England untuk memenangi Euro 2020.


Stones, Kyle Walker, Raheem Sterling dan Phil Foden sedang berusaha membantu City meraih kejuaraan liga sebelum memberi tumpuan kepada saingan Euro.
Bekas pertahanan Everton itu yang menyaksikan pasukannya bakal bertemu San Marino pada kempen kelayakan Piala Dunia awal pagi Jumaat berkata: “Jika kami dapat membawa mentaliti kemenangan itu ke dalam skuad England, ia pasti sangat berharga.

“Amat penting untuk kami terus berusaha dan berjuang di City sehingga hujung musim dan kemudian sama-sama saksikan apa yang berlaku.


“Saya gembira melihat mereka yang berada di dalam skuad England hadir ke kem latihan selepas memenangi sesuatu dan ia tidak mustahil,” katanya.
Stones yang sudah membuat 39 penampilan, tidak beraksi untuk England sejak bertemu Montenegro pada November 2019.
Bagaimanapun dia akan beraksi di kempen kelayakan Piala Dunia yang turut menyaksikan England bertemu Albania pada Ahad dan kemudian melayan kunjungan Poland.
Stones juga mengakui berdebar menunggu jawapan untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan.
“Saya berada di rumah ketika menerima panggilan ke skuad kebangsaan. Ia detik yang sangat istimewa,” katanya.

hmetro

, ,

About Author

Leave a Reply

//oackoubs.com/4/2458908