Cabul: Pemandu e-hailing didenda RM5,000

March 26, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Seorang pemandu perkhidmatan e-hailing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencabul seorang setiausaha di sebuah firma guaman pada Khamis lalu.


Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan turut memerintahkan Mohammad Khairunnasad Rosly, 25, dipenjara lima bulan jika dia gagal membayar denda itu.
Tertuduh didakwa mencabul wanita berusia 23 tahun itu di tepi jalan kawasan air terjun Ulu Yam Jalan Sungai Tua, Gombak di sini pada 7.30 malam, 18 Mac lalu, dan dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Berdasarkan fakta kes, wanita itu menaiki kereta tertuduh untuk pulang ke rumahnya di Sungai Besi dan apabila tiba di tempat kejadian, tertuduh memberhentikan kereta dan keluar dari kenderaan sambil membuka baju sejuk yang dipakainya menyebabkan wanita itu terus keluar dari kereta, namun ditarik oleh tertuduh sehingga dia jatuh terbaring.


Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni manakala tertuduh diwakili peguam Jean Francis dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

hmetro

, , ,

About Author

Leave a Reply

//cdrvrs.com/4/2458908