Cuti bergaji tiga hari jika keguguran

March 26, 2021 | News | No Comments

Ibu dan pasangannya yang bekerja, dibenarkan mengambil cuti bergaji, jika mengalami keguguran atau lahir mati di New Zealand.

Usul itu diundi sebulat oleh suara penggubal undang-undang, dipercayai antara peruntukan pertama di dunia.

Elaun kehilangan itu disahkan parlimen semalam, memberi pekerja cuti tiga hari jika kandungan lahir mati, bukan memerlukan mereka menggunakan cuti sakit.

Ahli Parlimen Ginny Andersen berkata, lahir mati perlu diakui dengan cuti kehilangan khusus tetapi stigma menyelubungi masalah itu, menyebabkan banyak pihak enggan membincangkannya.

“Kesedihan akibat keguguran bukanlah penyakit. Itu kehilangan yang memerlukan masa untuk pulih secara fizikal dan mental,” katanya kepada Parlimen.

Andersen berkata, cuti itu diperluas bagi pasangannya jika wanita terbabit mengalami keguguran serta individu yang berusaha untuk memiliki anak, melalui kaedah ibu tumpangan.

Katanya, undang-undang itu meneruskan peranan Parlimen New Zealand dalam merintis hak wanita, terutama mengenai hak bersuara dan gaji setara.

“Saya berharap, kita tidak menjadi yang pertama dan terakhir. Negara lain juga akan mula menggubal undang-undang bagi sistem cuti belas kasihan dan adil yang mengenali keperitan serta kesedihan, akibat keguguran dan lahir mati,” katanya. 

-bharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//cdrvrs.com/4/2458908