‘Dia hanya beritahu sayangkan saya’

March 26, 2021 | News | No Comments

Perbezaan ketinggian ketara antara pasangan pengantin baharu dari Terengganu yang melangsungkan perkahwinan mereka pada Khamis lalu menarik perhatian warganet.

Ia susulan perkongsian gambar dan video perkahwinan oleh pengantin wanita, Syakila Norazma Amira Zuharsema, 27, bersama suaminya, Muhammad Azri Zaidi, 19, di TikTok.

Syakila Norazma Amira berketinggian 118 sentimeter manakala Muhammad Azri mempunyai ketinggian 154 sentimeter bertemu jodoh selepas mereka berkenalan menerusi permainan dalam talian iaitu PUBG.

“Saya memang takut ketika kali pertama berjumpa dengan keluarga suami, namun tidak lemah semangat ketika mengenali suami.

“Namun, Allah sebaik perancang dan keluarga dia semua baik-baik, boleh menerima saya yang serba kekurangan ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Syakila Norazma Amira yang tinggal di Ajil, Terengganu, dia merasai keikhlasan suaminya yang tidak pernah malu atau mengejeknya, selain berusia lebih muda.

“Saya pernah bertanya pada suami, apa yang membuatkan dia tertarik pada saya, namun dia hanya beritahu yang dia sayangkan saya.

“Walaupun suami jauh lebih muda, keluarga saya menerima dengan hati terbuka kerana peribadi Muhammad Azri yang rajin bekerja di sebuah kilang manakala saya bekerja di kedai makan,” katanya.

HM

,

About Author

Leave a Reply

//dooloust.net/4/2458908