Kenduri kahwin cetus kluster baharu di Kelantan

March 26, 2021 | News | No Comments

Kenduri kahwin dikenal pasti menjadi punca kepada kluster baharu di Kelantan iaitu Kluster Paloh Rambai, Ketereh, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata kes indeks bagi kluster itu membabitkan seorang wanita tempatan berusia 57 tahun.ADVERTISING

Katanya, wanita berkenaan dikesan hasil saringan individu bergejala pada 18 Mac lalu dan disahkan positif COVID-19 sehari selepas itu.

“Wanita itu sudah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) untuk rawatan lanjut.

“Susulan itu, seramai 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini membabitkan daerah Kota Bharu dan Bachok,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kes dalam kluster itu terdiri dalam kalangan guru, kakitangan dan murid di beberapa sekolah dan ahli keluarga rapat.

“Punca penyebaran kluster ini daripada majlis perkahwinan anak wanita terbabit yang diadakan pada 13 Mac lalu.

“Kita sedang mengenal pasti kontak rapat beliau yang dilakukan pegawai kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu dan PKD Bachok.

“Semua rakyat negeri ini diingatkan sekali lagi supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di majlis sosial dan sekiranya tidak dapat dipatuhi, tangguhkan dulu majlis kenduri yang dirancang,” katanya.

-bharian

, ,

About Author

Leave a Reply

//soaheeme.net/4/2458908