Seorang anggota polis dipercayai menembak anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak dirinya sendiri dalam kejadian di tepi jalan di Taman Sentosa Jaya di sini pada jam 6.42 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, mayat lelaki berusia 35 tahun dan anak lelakinya ditemui dalam kereta jenis Proton Wira dengan kesan tembakan di kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati si mati telah menembak diri sendiri dengan menggunakan senjata api jenis pistol selepas menembak anaknya.

“Dua beranak berkenaan ditemui dengan kesan tembakan di kepala dan polis percaya kejadian berlaku adalah bunuh diri dan bunuh,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, si mati merupakan anggota polis berpangkat koperal dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, namun dipercayai berkaitan dengan masalah keluarga.

“Masih terlalu awal untuk saya beri penjelasan berhubung punca si mati ambil tindakan membunuh diri, tapi saya percaya si mati ada masalah keluarga.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan laporan mati mengejut,” katanya.

-sh

, , ,

About Author

Leave a Reply

//chooxaur.com/4/2458908