Month: August 2021

Kuala Lumpur: “Cabaran paling susah buat konten video ini apabila saya perlu pastikan kedudukan dan gerakan sentiasa sama daripada baju pertama hingga terakhir untuk menghasilkan video lebih kemas,” demikian kata Noor Suhaili Mohamed Amin.

Noor Suhaili, 43, menghasilkan video trend tukar-tukar pakaian sekelip mata hingga meraih lebih setengah juta tontonan di aplikasi TikTok.

Menariknya, pencahayaan dinding yang menjadi latar belakang video terbabit turut bertukar seiring dengan warna tema pakaian dipakai wanita itu.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, dia menggunakan sembilan pasang busana kurung moden dan kebaya songket dalam pelbagai warna.

“Saya mula membuat persiapan sejak empat hari lalu termasuk memilih dan menggosok baju serta tudung.

“Dalam video itu, saya menggayakan sembilan pasang baju kurung moden, kebaya songket dalam warna merah, biru, kuning, ungu, hijau, merah jambu, hitam dan putih.

“Pada minit-minit terakhir, saya sempat selitkan momen meniup lilin kek sempena hari jadi saya ke-43 tahun semalam untuk dijadikan kenangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, dia mengambil masa empat jam bagi menyiapkan rakaman serta menyunting video sebelum memuat naik di platform TikTok, malam tadi.

“Rakaman itu saya buat petang semalam dengan dibantu anak sulung sebagai pengarah sebelum saya sunting sendiri menggunakan aplikasi CapCut.

“Lampu latar bertukar mengikut tema warna baju itu pula saya gunakan ‘spotlight’ pelamin,” katanya yang mengusahakan butik pengantin Sanggar DF Astarina milik keluarganya di Gombak.

Noor Suhaili berkata, dia tidak menyangka idea kreatifnya itu diterima dan menceriakan 82,000 pengikutnya di TikTok.

Menurutnya, dia digelar pengikutnya sebagai auntie tukar-tukar baju kerana sejak Mei lalu, dia rajin membuat konten trend tukar-tukar baju.

“Saya menggunakan cara itu untuk menghiburkan hati sendiri dan menghilangkan tekanan kerana tidak dapat membuka operasi perniagaan akibat Covid-19.

“Tidak sangka, usaha kecil saya itu membuatkan orang lain pun terhibur,” katanya.

Harian Metro

SPENCER Elden, bayi yang menghiasi gambar kulit album ‘Nevermind’ kumpulan terkenal Nirvana membuat tuntutan berjumlah RM630,000 daripada band rock tersebut.Ini kerana menurut laporan BBC, dia mendakwa bahawa gambar yang digunakan oleh Nirvana pada tahun 1991 itu menyalahi undang-undang dan tanpa mendapat persetujuan.Kata Elden, tuntutan tersebut dibuat atas kesalahan eksploitasi kanak-kanak kerana memperlihatkan gambarnya dalam keadaan berbogel.

Dia yang kini berusia 30 tahun turut mendedahkan, ibu bapanya juga tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian bagi membenarkan gambarnya itu digunakan pada album.Bagaimanapun, gambar bayi yang tidak diseksualkan secara amnya tidak dikategorikan sebagai pornografi kanak-kanak di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS).Namun, peguam Elden, Robert Y. Lewis, berpendapat, kepingan dolar AS yang turut ditampilkan dalam gambar itu menampakkan bayi itu kelihatan “seperti buruh seks”.Kes undang-undang juga menuduh bahawa Nirvana telah berjanji untuk menutup kemaluan Elden dengan pelekat, tetapi perjanjian itu tidak disahkan.Elden mendakwa identiti sebenarnya dan namanya sering terkait dengan eksploitasi seksual komersial yang dilaluinya sebagai anak di bawah umur.Dia mendakwa melalui penderitaan dan akan terus mengalami tekanan seumur hidup susulan daripada hasil karya album itu termasuk tekanan emosi yang melampau dan kekal serta gangguan kepada pembesarannya dan kemajuan pendidikannya serta memerlukan rawatan perubatan dan psikologi.Untuk itu, dia menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$150,000 (RM630,000) daripada setiap seorang 15 defendan yang turut melibatkan anggota band yang masih hidup Dave Grohl dan Krist Novoselic; pengurus ladang Kurt Cobain; Bekas isteri Cobain Courtney Love; dan jurugambar Kirk Weddle.

Astro Awani

//oackoubs.com/4/2458908