Author: Shini

SEORANG sarjan polis mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerima rasuah sebagai balasan untuk menghapuskan bukti kes judi di Mahkamah Sesyen di Ipoh, hari ini.

Tertuduh, Raja Nur Hasliza Raja Zainal Abidin, 25, yang semasa kejadian pada Julai tahun lalu baru tiga bulan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di Ipoh, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Dia didakwa memperoleh suapan wang tunai RM1,500 daripada Woo Kin Soon sebagai balasan untuk menghapuskan bukti kes judi di Bahagian Siasatan Jenayah, Balai Polis Kampung Tawas di Ipoh pada 3.11 petang, 10 Julai 2019.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh diwakili peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali setiap bulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 26 Ogos.

hmetro

SELEPAS gagal memecah masuk sebuah rumah di Jalan Jade Villa, seorang penjenayah melarikan kereta dinaiki suami isteri di sebuah stesen minyak di Batu 8, Jalan Tunku Abdul Rahman, Sibu, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, suspek berusia 34 tahun itu gagal memecah masuk rumah di Jalan Jade Villa selepas disedari penghuni pda jam 6.35 pagi.

Katanya, penghuni rumah berkenaan mengejar suspek yang melarikan diri dan bersembunyi di dalam semak berhampiran.

“Kejadian itu dikongsi dalam kumpulan WhatsApp taman perumahan itu pada jam 9.30 pagi dan penduduk mengepung kawasan semak berkenaan untuk menangkap suspek.

KERETA Perodua Bezza yang disamun suspek bagi melarikan diri. FOTO NORSYAZWANI NASRI
KERETA Perodua Bezza yang disamun suspek bagi melarikan diri. FOTO NORSYAZWANI NASRI

“Suspek kemudian melarikan diri ke sebuah stesen minyak berdekatan kawasan perumahan itu dan melarikan Perodua Bezza dinaiki pesara tentera berusia 65 tahun bersama isterinya,” katanya.

Katanya, mangsa dan isteri berjaya keluar dari kereta sebelim suspek memecut ke arah Bintulu.

“Hasil maklumat daripada orang awam memberitahu kereta milik berkenaan dilihat di kawasan Stapang.

“Menyedari kehadiran polis suspek keluar dari kereta dan terjun ke sungai untuk melarikan diri namun berjaya ditahan tidak lama kemudian,” katanya.

Collin berkata, suspek direman dan menjalani ujian saringan air kencing untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 kanun sama.

hmetro

NELAYAN di perairan Kedah dinasihat supaya tidak mengganggu ikan Yu Paus yang mencari makanan di kawasan berkenaan.

Pegawai Penyelidik Perikanan (Ketua Pasukan Penyelamat Kedamparan Spesies Marin Terancam) Institut Penyelidikan Perikanan Penyu dan Hidupan Marin Terancang (FRI) Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata, tindakan itu perlu kerana ia adalah spesis ikan terancam.

Katanya, berdasarkan data dikumpul pihaknya setiap tahun, kehadiran spesis itu di perairan Kedah adalah disebabkan kawasan berkenaan kaya dengan sumber makanannya seperti bilis, anak ikan pelagik, udang baring dan plankton.

Mohd Tamimi berkata, tindakan seorang nelayan yang berusaha melepaskan Yu Paus yang terperangkap pada pukat satu tindakan yang patut dipuji.

“Ini menjadi bukti bahawa usaha Jabatan Perikanan Malaysia dalam mendidik nelayan mengasihi dan mencintai spesies marin yang terancam serta hampir pupus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengikut Akta Perikanan 1985 terdapat larangan dan kesalahan bagi mereka yang sengaja melanggar Peraturan-peraturan Perikanan (pengawalan spesis ikan terancam) 1999 (pindaan 2019) iaitu tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengeksport atau mengangkut mana-mana bahagianya kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Jika sabit kesalahan individu boleh di denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

hmetro

‘Masuk’ tasik sebab tertekan

July 13, 2020 | News | No Comments

Beijing: Lelaki yang memandu basnya ke dalam Tasik Hongshan di wilayah Guizhou, barat daya China dan menyebabkan 21 pelajar maut, minggu lalu dikatakan berbuat demikian kerana tertekan.

Media tempatan melaporkan Zhang, 52, tertekan kerana rumah disewanya bakal dirobohkan.

Siasatan polis juga mendapati lelaki itu minum alkohol sebelum berbuat demikian.

Pada kejadian itu, sebuah bas yang membawa pelajar dalam perjalanan menduduki peperiksaan untuk memasuki kolej terjunam ke dalam tasik.

Seramai 21 pelajar maut, manakala 15 yang lain cedera.

Insiden berkenaan berlaku tengah hari tadi di bandar Anshun dan menurut kenyataan saksi, ia turut membawa pelajar yang mahu menduduki peperiksaan ‘gaokao’, lapor saluran CCTV.

Rakaman kamera keselamatan yang dikongsi di media sosial oleh CCTV menunjukkan bas itu hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan sebelum terjunam ke dalam tasik.

hmetro

Air naik di Port Dickson

July 13, 2020 | News | No Comments

HUJAN lebat berterusan lebih empat jam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air di sekitar Port Dickson.

Antara kawasan yang terjejas ialah kawasan Lukut dan Bandar Springhill yang menyebabkan kesesakan teruk dikedua-dua arah jalan raya di kawasan Lukut.

Menurut penduduk Bandar Springhill, Murizan Mohamad, 43, dia terkejut apabila jalan di depan rumahnya sudah tenggelam ketika mahu keluar menghantar anaknya ke sekolah.

“Hujan lebat bermula awal pagi mungkin menyebabkan air melimpah dan depan rumah, jalan sudah dinaiki air hampir satu meter.

“Kawasan perumahan di sini ini pernah juga mengalami banjir kilat yang teruk tetapi tidak seteruk ini,” katanya.

Tinjauan di sekitar Batu 6, Lukut, beberapa kenderaan tersangkut dalam banjir kilat menyebabkan kesesakan lalu lintas di dedua-dua arah.

Menurut seorang pengguna jalan raya, Abdul Fatah Zakaria berkata, dia terpaksa menggunakan lebuh raya untuk pergi ke bandar Pasir Panjang kerana jalan lama sudah ditenggelami air.

“Kawasan di Batu 6, jalan Seremban-Port Dickson jarang dinaiki air walaupun hujan lebat tetapi kali ini keadaan menjadi bertambah buruk kerana hujan masih tidak berhenti lebih empat jam,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah dan Tanah Port Dickson, Khairy Maamor berkata, dia akan terus memantau kawasan yang teruk dilanda banjir kilat akibat hujan tidak berhenti sejak 6 pagi lagi dan pihaknya sedang mengumpulkan maklumat mereka yang terjejas.

Gambar

1. PORT DICKSON 13 JULY 2020 (.) Keadaan banjir kilat yang menyebabkan pengguna jalan raya di jalan Batu 6, Lukut tersekat selepas air naik akibat hujan lebat hampir empat jam di Batu 6, Seremban-Port Dickson hari ini. STR/MOHD KHIDIR ZAKARIA

TAMAT

#kw, banjir kilat, sekitar port dickson

hmetro

Remaja dirogol, dilacurkan bapa kandung

July 13, 2020 | Crime, News | No Comments

BUKAN hanya dirogol, malah dilacurkan juga oleh bapa kandung.

Itu nasib malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Kajang sebelum rahsia itu terbongkar beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang wanita yang juga ibu saudara mangsa berhubung kejadian itu pada 3.08 petang semalam.

“Difahamkan, mangsa mula dirogol oleh bapa kandungnya ketika dia baru berusia 10 tahun.

“Ibu mangsa yang mengetahui kejadian itu pernah memarahi suspek dan lelaki itu menyatakan tidak akan mengulangi perbuatannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, mangsa kemudiannya dipaksa pula oleh suspek untuk melakukan hubungan seks dengan lebih 20 orang yang dibawanya sejak pertengahan 2019 hingga Februari lalu.

“Semua kejadian ini berlaku di rumah mangsa sendiri. Suspek membawa pelanggan ke rumah itu dan memaksa mangsa melayani kehendak seks pelanggan berkenaan.

“Mangsa tidak memperolehi apa-apa bayaran bagi layanan seks yang dilakukannya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan bapa kandung mangsa yang masih bebas.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B dan 372 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Norhafiza Borhannudin di talian 018-3903410 atau 03-89114222 untuk tindakan lanjut.

hmetro

‘Serang’ penjaja bunjut

July 13, 2020 | News | No Comments

PERANG terhadap peniaga warga asing diteruskan apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menyerbu sarang ‘penjaja bunjut’ yang dikesan aktif berniaga di pusat ibu kota.

Kumpulan peniaga membabitkan warga Indonesia dan Myanmar ini dikesan kerap membawa barang niaga yang diisi di dalam kain sarung sebelum diikat menyerupai bunjut bagi memudahkan pergerakan.

Dalam operasi bermula jam 7 pagi semalam, petugas penguat kuasa DBKL mengambil tindakan terhadap peniaga bunjut di Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Silang dan JalanTun Tan Cheng Lock di sini.

“Seramai enam anggota petugas melakukan serbuan sebelum lapan tindakan sitaan dilakukan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016.

“Barangan milik penjaja bunjut bukan warganegara ini membabitkan barangan keperluan harian dan kosmetik disita manakala operasi perniagaan diarah tutup serta merta.

“Semua barangan yang disita dibawa ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi berasingan, DBKL turut mengambil tindakan terhadap golongan peniaga pengotor yang tidak menitik beratkan aspek kebersihan di lokasi perniagaan.

Operasi dilakukan anggota Bahagian Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar DBKL di sekitar Lake Fields, Bandar Tun Razak di sini.

Sebanyak 26 kompaun dikeluarkan atas kesalahan meletak dan membuang objek sampah, bangkai haiwan dan tong di tempat awam.

Tindakan itu menyebabkan jalan awam dan siar kaki hadapan premis terhalang dan dicemari kotoran.

hmetro

Kanak-kanak 6 tahun terkunci dalam kereta

July 13, 2020 | News, Viral | No Comments

KANAK-KANAK lelaki berusia enam tahun terperangkap kira-kira 30 minit dalam sebuah kereta selepas kenderaan itu terkunci ketika ibunya keluar ke rumah jiran di Jalan Bali 2/5, Bandar Baru Uda (BBU) di Johor Bahru petang hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Ahmad Nazran Omar berkata, kejadian berlaku pada 6 petang ketika mangsa ditinggalkan berseorangan dalam keadaan enjin kereta dihidupkan kerana sedang tidur.

Menurutnya, sebaik ibunya kembali ke kereta berkenaan selepas menemui jirannya didapati pintu kereta sudah terkunci secara automatik.

“Orang awam cuba membantu dengan mengetuk cermin kereta bagi menyedarkan mangsa namun tidak berjaya, menyebabkan ibunya terus menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Nazran berkata, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan pada 6.21 petang menghantar masing-masing satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) bersama dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dengan 11 keanggotaan ke lokasi untuk kerja menyelamat.

“Anggota bomba hanya mengambil masa kurang daripada lima minit untuk membuka kenderaan menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kanak-kanak terbabit,” katanya.

hmetro

Dilacur bapa RM100

July 13, 2020 | News | No Comments

REMAJA perempuan di Kajang yang dirogol dan dilacurkan bapa kandungnya dipercayai dibayar pada harga RM100 bagi setiap pelanggan yang melakukan hubungan seks dengannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Bryan Lai Wai Chong berkata, maklumat itu diperolehi pihaknya melalui keterangan diberitahu oleh ibu saudara remaja berusia 13 tahun terbabit.

“Saya dihubungi oleh ibu saudara mangsa berusia 30-an mengenai perkara itu, semalam, sebelum saya mengarahkan pegawai khas saya untuk membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Ampang.

“Pada masa sama, pegawai khas terbabit turut membantu ibu saudara mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut

“Ibu saudara mangsa juga ada memberitahu bahawa remaja berkenaan dibayar RM100 daripada setiap pelanggan semasa dia dilacurkan oleh bapa kandungnya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bryan berkata, mangsa kini ditempatkan di Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut.

“Mangsa dijangka akan dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi sebaik selesai pemeriksaan dilakukan.

“Sebaik keluar hospital nanti, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengambilnya untuk penjagaan sementara,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkembangan kes itu selain memberikan sokongan moral kepada mangsa dan ibu saudaranya.

“Dalam keadaan ini, pastinya mereka memerlukan sokongan moral untuk meneruskan kehidupan. Justeru, pihak kami akan melawat mangsa untuk memberikan sokongan serta melihat perkembangannya.

“Kami menyerahkan sepenuhnya kes ini kepada polis untuk siasatan lanjut. Pada masa sama, saya berharap siasatan dilakukan pihak polis akan membawa kepada penahanan pihak yang terbabit dalam kes ini,” katanya.

hmetro

‘Hidung berdarah, mulut berbuih…’

July 13, 2020 | News | No Comments

HIDUNG berdarah, mulut berbuih dan lidah terjelir. Itu keadaan tiga bangkai kucing yang dibunuh kejam dengan ‘dilemaskan’ dalam tiga mesin basuh di kedai dobi layan diri di sebuah apartmen di Kepong, semalam.

Menurut penghuni apartmen itu yang hanya mahu dikenali sebagai Raidah, 39, bangkai kucing itu ditemuinya ketika mahu mencuci pakaian di premis berkenaan kira-kira 9 pagi.

Katanya, dia terkejut sebaik mendapati terdapat bangkai kucing di dalam tiga daripada kira-kira 10 mesin basuh di premis terbabit.

“Saya terkejut dengan keadaan bangkai haiwan itu apabila mendapati dua daripada kucing terbabit mengalami pendarahan pada hidung serta mulut berbuih.

“Seekor lagi kucing yang sedikit kecil daripada dua kucing berkenaan pula dilihat dalam keadaan lidahnya terjelir,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Raidah berkata, dia kemudian terus menghubungi polis sebelum tampil di Balai Polis Taman Desa Jaya untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu, ada seorang lelaki dilihat meletakkan kucing berkenaan secara bergilir-gilir ke dalam mesin terbabit jam 5.30 pagi.

“Menurut pengawal keselamatan di apartmen ini, lelaki terbabit dipercayai penghuni di kawasan ini. Difahamkan lelaki terbabit dipercayai mempunyai masalah mental,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 9.30 pagi semalam.

“Siasatan lanjut berhubung kes itu akan dirujuk kepada Pejabat Veterinar Shah Alam untuk tindakan lanjut mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan tiga kucing berkenaan dibunuh kejam dengan ‘dilemaskan’ dalam tiga mesin basuh di kedai dobi layan diri berkenaan.

hmetro

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908