Author: Bella

Dr Ali meninggal bukan sebab terlampau penat

January 20, 2021 | News | No Comments

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyangkal dakwaan Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain.

“Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Sementara itu, menerusi perkongsian di laman Facebooknya, Dr Noor Hisham berkata, Dr Ali dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak awal Disember disebabkan penyakit lain dan telah menjalani beberapa sesi rawatan.

“Allahyarham Dr Ali telah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (Isnin). Takziah buat ahli keluarganya,” katanya.

Menyifatkan Dr Ali sebagai pegawai perubatan yang amat disenangi oleh rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat, beliau menyeru semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes kematian itu bagi menghormati jenazah dan ahli keluarga.

“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.

Terdahulu, kematian Dr Ali menjadi tumpuan warganet selepas Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) melaporkan kematian doktor itu yang juga ahli SPJM disebabkan beban kerja terlalu penat dan letih selain kekurangan masa untuk beristirahat setelah bertugas di barisan hadapan KKM menangani Covid-19.

Dalam perkongsian itu, SPJM turut memuat naik sekeping gambar terakhir Dr Ali yang tertidur semasa bertugas dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

-sinarharian

SKMM nafi keluarkan poster amaran

January 20, 2021 | News | No Comments

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.

Dalam kenyataan pada Rabu, SKMM berkata, poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.

“Pihak SKMM akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih,” katanya.

-sinarharian

Buang ubat: Masyarakat masih tidak cakna

January 20, 2021 | News | No Comments

ISU buang ubat dalam kalangan masyarakat di negara ini termasuk pesakit yang diberi ubat oleh hospital kerajaan mungkin bukan perkara baru, dan mungkin juga ia masih berterusan.

Artikel lima siri ini antaranya menyentuh aspek sikap yang bukan sahaja menjurus kepada pembaziran tetapi juga isu perundangan, masalah kesihatan terutama penyakit tidak berjangkit yang wajar diberi perhatian serta kesan kepada alam sekitar akibat cara pelupusan ubat yang tidak tepat.

Ini siri satu daripada lima.

KUALA LUMPUR – Bayangkan Perindopril 4mg Tablet yang diambil oleh penghidap darah tinggi untuk mengawal tekanan darah tinggi dan harganya sekadar RM1.08 – berdasarkan harga runcit yang disyorkan per unit (SKU) melalui paparan di laman web https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/apps/drug-price.

Harga yang dikemas kini pada 2018 itu cukup murah bukan?

Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019, terdapat 6.4 juta rakyat (orang dewasa) Malaysia, menghidap penyakit darah tinggi atau hipertensi dan sejauh mana mereka dan anggota masyarakat lainnya, menghargai ubatan yang perlu mereka ambil?

Itu baru satu penyakit? Bagaimana dengan penghidap penyakit lain seperti pesakit kencing manis atau mereka yang diberikan ubat tahan sakit, sembelit atau panadol?

Mungkin ramai yang masih ingat perihal ‘kecaman’ netizen ke atas seorang selebriti yang membuang ubat diperolehnya dari salah sebuah hospital kerajaan sekitar tahun 2018, di samping beberapa hantaran di laman Facebook yang memaparkan seorang pesakit menjinjing dua beg plastik besar berisi ubat untuk dipulangkan semula ke sebuah pusat kesihatan.

Harga ‘percuma’ bukan tiket ubat tidak dihargai

Pegawai Farmasi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ishmah Musfirah Nazari berkata, antara jenis ubat yang sering dipulangkan pesakit di Farmasi Pesakit Luar HKL adalah ubat darah tinggi, ubat kencing manis, ubat jangkitan salur kencing, ubat sembelit, ubat tahan sakit dan suplemen.

Menurut beliau, dalam hal ini, isu ubat ‘berlebihan’ sepatutnya tidak timbul memandangkan pegawai farmasi akan menerangkan kepada pesakit tentang maklumat ubat-ubatan seperti nama ubat, indikasi (kegunaan), cara pengambilan dan arahan pengambilan ubat.

“Bekalan ubat yang diberikan kepada pesakit oleh pihak farmasi hanya untuk tempoh satu bulan bagi memudahkan pegawai farmasi memantau kepatuhan pesakit dalam pengambilan ubat.

“Di kaunter, anggota farmasi akan mendapatkan maklumat tambahan sama ada pesakit mempunyai bekalan ubat di rumah. Jika ya, pegawai farmasi akan menyelaras kuantiti ubat yang perlu diberikan (didispen) kepada pesakit cukup sehingga tarikh temujanji seterusnya,” katanya.

Justeru, sekiranya timbul sebarang isu, pihak farmasi akan mengadakan sesi kaunseling bagi meningkatkan kepatuhan pengambilan ubat- ubatan terutamanya untuk pesakit yang menghidapi penyakit kronik.

Tambahan pula, pesakit boleh berbincang dengan anggota farmasi sekiranya menghadapi masalah kesan sampingan ubat dan mereka akan dirujuk kepada doktor berkenaan.

Punca ubat dipulangkan

Pun begitu, Ishmah Musfirah mengakui antara punca pesakit memulangkan ubat ialah pertukaran regimen ubat, pemberhentian rawatan oleh pihak doktor, pesakit tidak patuh terhadap rawatan pengubatan atau pesakit meninggal dunia.

Malahan pengambilan ubat daripada pelbagai sumber seperti hospital atau klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), klinik swasta atau farmasi komuniti oleh pesakit turut menjadi faktor penyumbang kepada ubat berlebihan dalam simpanan pesakit.

“Ada juga disebabkan ubat diambil oleh waris dan mereka tidak memeriksa terlebih dahulu baki ubat yang dimiliki pesakit atau pesakit sendiri terlupa baki ubat. Apabila perkara ini berterusan, akan berlaku isu lambakan ubat di rumah dan akhirnya merugikan.

Ishmah Musfirah turut membetulkan persepsi yang mana pesakit sebenarnya boleh menghabiskan ubat berlebihan di rumah dahulu sebelum hadir ke kaunter farmasi untuk pengambilan ubat seterusnya.

Ini memandangkan tarikh janji temu yang diberikan oleh pihak farmasi adalah sebagai penanda aras tempoh ubat pesakit akan habis sahaja.

Justeru, antara usaha KKM dalam memastikan penggunaan ubat secara optimum oleh pesakit adalah melaksanakan Program Kenali Ubat, Program Patient’s Own Medication (POMs) dan membekalkan ubat susulan pesakit untuk tempoh yang bersesuaian.

Di samping itu, Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi turut diperkenalkan untuk memastikan bekalan ubat secara berterusan kepada pesakit.

Antaranya ialah Ubat Melalui Pos iaitu ubat akan dipos ke alamat pesakit serta perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu, yang mana pesakit mengambil ubat di farmasi pandu lalu pada hari yang ditetapkan oleh pihak farmasi dan ubat-ubatan tersebut disediakan sebelum pesakit datang.

Inisiatif ‘galakan’ untuk pesakit patuhi ubatan

Satu lagi perkhidmatan yang dilaksanakan oleh pihak farmasi (ubat disediakan sebelum pesakit datang) adalah Locker4u iaitu pesakit mengambil ubat di lokar atau almari berkunci di luar farmasi klinik pakar pada hari yang ditetapkan oleh pihak farmasi.

Bagi yang berkemampuan untuk hadir ke hospital, Ishmah Musfirah menjelaskan, pesakit boleh menggunakan Sistem Janji Temu iaitu pesakit boleh mengambil ubat di kaunter farmasi pada hari yang ditetapkan oleh pihak farmasi.

Tidak ketinggalan, terdapat perkhidmatan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB). Dalam hal ini, pesakit boleh memilih untuk mengambil ubat di hospital atau klinik kesihatan berhampiran dengan rumahnya.

Mengenai Program Pemulangan Ubat (PPU) oleh Program Perkhidmatan Farmasi KKM yang dilaksanakan sejak tahun 2010, beliau berkata, ia adalah antara inisiatif untuk menguruskan pelupusan ubat-ubatan dengan selamat dan mesra alam.

“Selain memastikan ubat dilupuskan dengan selamat, program ini juga diharap dapat membantu mengelakkan kesilapan pengubatan dalam kalangan pesakit akibat penyimpanan ubat berlebihan yang mungkin menyebabkan pesakit keliru dengan pengambilan ubat mereka,” katanya.

Senada dengan pendapat masyarakat masih kurang menghargai ubat, Ahli Farmasi Pharmaniaga Berhad, Norhana Nawawi Suri berpendapat, kurangnya kesedaran tentang nilai ubat menyebabkan ada anggota masyarakat tidak memandang serius terutama ubat yang diperolehi daripada hospital atau klinik kesihatan kerajaan.

“Walaupun di hospital swasta tiada prosedur khusus untuk pesakit memulangkan ubat, ini tidak bermakna ia tidak berlaku.

“Kemungkinan kurang kes disebabkan pesakit patuh mengambilnya kerana mereka perlu bayar harga yang tinggi bagi ubat tersebut dan kuantiti ubat yang diberi selalunya untuk jangkamasa yang pendek,” jelasnya.

Sebagai syarikat pengeluar dan pembekal produk farmaseutikal generik terbesar di Malaysia, Norhana mengakui wujud kebimbangan daripada kalangan masyarakat bahawa ubat yang dipulangkan akan diberikan kepada pesakit lain.

“Ini sama sekali tidak betul memandangkan ubat yang dipulangkan akan terus dilupus walaupun bungkusannya masih belum dibuka kerana kita tidak pasti bagaimana pesakit menyimpan ubat tersebut dan sejauh mana ubat tersebut masih ‘selamat’ jika digunakan semula,” katanya.

Untuk itu, Pharmaniaga Berhad akan memastikan bungkusan ubat serta hologram yang dilekat pada kotak atau ubat dikoyakkan atau ‘dirosakkan’ ketika proses mengasingkan ubatan mengikut sediaan seperti berbentuk tablet, cecair atau krim dilakukan sebelum dimasukkan ke dalam bekas khas dan dihantar ke pusat pelupusan khas yang dilantik mereka.

“Kami tidak boleh lupuskan ubat yang dihasilkan atau dipasarkan oleh syarikat kami sendiri termasuklah produk yang sudah tamat tempoh. Ini bagi memastikan pelupusan dilakukan dengan selamat oleh mereka yang pakar kerana setiap ubat mengandungi bahan kimia yang boleh memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar,” katanya.

Mengulas mengenai kos yang perlu ditanggung, Norhana menegaskan, selain aspek kewangan, masyarakat juga perlu melihat kos lain yang turut memberi kesan akibat sikap pesakit tidak mematuhi pengambilan ubat.

Antara yang boleh dikongsikan, menurut Norhana, adalah kos ubat yang dipulangkan kerana ubat ini tidak boleh digunakan semula untuk pesakit lain memandangkan kualiti dan keberkesanan ubat yang dipulangkan tidak dapat dijamin.

“Selain itu, kos tenaga dan masa pegawai farmasi yang perlu menguruskan pengasingkan ubat mengikut sediaan yang mungkin mengambil masa berhari lamanya serta kos pelupusan yang dikenakan oleh Kualiti Alam Sdn Bhd bagi menguruskan proses pelupusan dengan selamat,” katanya.

-sinarharian

There’s nothing quite like a generous smear of fig jam to go with your cheese and crackers. The touch of sweetness elevates every bite.

But fresh figs? Fresh figs can be an entirely different proposition, especially if you’ve encountered imported ones that are mushy and tasteless. You reckon this is why folks make fig jam, no?

Lawrence Yew and Cheah Zhao Yan would beg to differ. The two long-time friends turned business partners are counting on Malaysian palates craving something new, specifically fresh figs grown on local soil. Figs that are ripened on the branch and taste right.

But Yew and Cheah are not farmers, but auditors by training. Surely starting a fruit farm — much less growing a fruit many of their fellow Malaysians still find unfamiliar, at least in its fresh form — is a huge risk?

Yew shares, “Born and bred in KL, we met in high school as we were in the same classes then. During that time, both of us were studious. I was from the school band and Cheah was a Scout. Entrepreneurship was never something I thought I would be doing, as I was more academically inclined and always thought that I will be climbing the corporate ladder.”

The pair both later became auditors but the desire to start their own business was never far away, especially for Yew who was always interested in agriculture. However, farming is capital intensive so it wasn’t until 2019 when Cheah left his job that the two friends decided to pool their savings to start a fig farm.

Yew first chanced upon figs during a meeting with one of his clients: “I discovered that figs were viable in our tropical climate. Previously, the only figs that I knew were dried figs that were used to boil soup or those chewy seedy ones eaten as snacks.”

For Cheah, his first impression of figs was hardly encouraging — “imported figs from Turkey during my job assignment in Dubai; they tasted bland” — and it was only later, when he tasted fully ripe locally farmed fresh figs in Malaysia, that he saw an opportunity.

He recalls, “I then realised that fresh figs could be sweet and with a special distinct taste for each different variety, and with great potential to be the next Malaysian home-grown superfruit.”

And thus Figara11 was born.

With their fortuitous change in career circumstances and renewed appreciation for the fruit, Yew and Cheah got cracking on their fig farm. Their mission? To bring fresh figs ripened on the tree to Malaysians, one household at a time.

“Most Malaysians do not know what figs should look or taste like,” says Yew. “Those who are fortunate enough to try them overseas get very disappointed with the ones found at the premium supermarkets. You see, imported figs have to be picked at semi-ripe state to last longer on shelves. The main trade-off will be the lack of flavour and sweetness.”

Figs, unlike some other fruits, do not ripen off the tree. They may become softer but not sweeter, according to Yew.

He says, “Once it is picked semi-ripe, it stays that way throughout. With that knowledge, we believe Malaysians deserve better. As figs are less well known, we need to educate customers of what to expect; what is ripe, semi-ripe and over-ripe; and what should be the right taste and texture.”

Thus, to distinguish their figs from that of other fig producers, Figara11 focuses on fresh figs that are ripened on the tree. Using a business-to-consumer (B2C) model, the fruit are picked and sent to customers within 24 hours, ensuring freshness , what the duo terms as #FarmToPalm.

Customers place a pre-order with Figara11 via their website (figara11.com/pre-order). Harvesting of figs is done daily to ensure the optimal freshness and ripeness, but the duo admits it can be a struggle to ensure every single fig bought by customers lasts more than five days. Zero waste is a constant goal.

Yew shares, “Customer satisfaction is our mantra, so we have a money back guarantee or replacing figs that are not satisfactory. Our pre-order model is very important to ensure figs are delivered fresh and routes to customers are optimised, as we want to keep delivery costs for customers low, to the extent we have our own delivery team instead of using delivery partners.”

Figs are fragile and proper handling is critical. Cheah explains that above a certain purchase — currently set at RM100 — Figara11 will absorb the delivery fees.

He says, “This is something other players are unable to do. Every decision that we make, it is to ensure customers get the best experience.”

Moving forward, Yew notes that their goal is to produce the highest quality figs all year round and to send fresh figs from the farm directly to customers.

He adds, “After a few months of selling the figs, we found that our market is of the more affluent consumers. We are sold out almost every day, and our lower grade figs are well received for business use.”

Figara11 also transforms their fresh figs into products such as fig jam, fig leaf tea and prebiotic beverages. They are also exploring dried figs and other products.

Yew explains, “For our fresh figs, some customers request a specific level of ripeness. With our fig jam, we slowly developed other variations based on customer feedback. As we do not wish to compete with overseas fig producers, we are trying to avoid going into dried figs but who knows, one day we might because there are requests for them.”

The latest result of their painstaking development process is Gugu Guts — a prebiotic drink created with the notion that the fig itself is a prebiotic as it is rich in pectin, a soluble fibre. The name is partly derived from ichijiku, which is Japanese for figs.

Other “super fruits” such as pomegranates, goji berries, cranberries and mixed berries are added, as well as prebiotic extracts from chicory roots.

Yew says, “Gugu Guts help people with constipation or digestion issues, and improve conditions that arise from leaky guts. These are all due to the imbalance of the gut microbiome, where bad bacteria thrives over the good bacteria. Introducing prebiotics is essential due to the lack of a balanced diet nowadays, allowing the fuel to be given to good bacteria to flourish.”

As they are mainly an online outfit, expanding Figara11’s business-to-business (B2B) base would allow for a greater diversity of fig products in the market. Cheah says, “We are very keen on collaborating with brands that are looking for the same outreach, and believe that farm produce should be as fresh as they can be to be delivered to customers.”

The duo is also looking to gradually expand their farm, due to the delicate nature of figs and their short shelf life. Yew says, “Consumer education is crucial. As much as we like to have it done faster, we are likely only able to do that once the customer base is solid to ensure zero waste.”

With figs this fresh and this sweet, one wouldn’t be surprised if a clean plate is all that is left.

-malaymail

SELEPAS kejayaan awal mengawal penularan Covid-19 yang berjaya menarik perhatian dunia, Jepun kini sedang menghadapi kenyataan sukar berkaitan virus tersebut.

Jika sebelum ini Jepun berjaya mendapat perhatian dunia setelah dilaporkan dengan mudah mengawal gelombang pertama Covid-19 apabila negara itu hanya melakukan ujian yang terhad dan tanpa perintah sekatan, serta tiada peraturan memaksa perniagaan ditutup.Iklan

Namun kini mereka menghadapi kebangkitan luar biasa akibat kes Covid-19 mencapai angka tinggi hari demi hari sehingga Perdana Menterinya, Yoshihide Suga akhirnya terpaksa akur mengisytiharkan darurat di Tokyo dan di wilayah Saitama, Chiba dan Kanagawa.

Negara itu juga telah melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat untuk memerangi lonjakan jangkitan Covid-19 seperti apa yang dilapor Agensi Berita Xinhua.

Jangkitan yang mulanya hanya tertumpu di ibu kota, telah merebak ke kawasan bandar lain, sementara wilayah tanpa kes selama berbulan-bulan lamanya kini menjadi pusat penularan baharu.Iklan

Akibat kebimbangan penduduk kampung di Chikuzen, Fukuoka, Jepun, mereka mengambil keputusan untuk membina sebuah patung gorila gergasi bagi menghalau dan menakutkan virus Covid-19.

Mempunyai ketinggian 23 kaki, patung gorila itu dibina menggunakan jerami dan besi dibuat sebagai rangka.

Patung Gorilla itu juga mempunyai sepasang mata berwarna merah yang boleh menyala pada waktu gelap dan juga dikenali sebagai ‘Giant Straw Scarecrow Gorilla: Proud Gorilla 2020’ mengikut kepercayaan mereka.

Sejak ia mula disiapkan pada Disember tahun lalu, patung itu telah menjadi daya tarikan pelancong yang mana ia menarik kehadiran ramai pengunjung ke kampung berkenaan bagi melihat dengan lebih dekat patung berkenaan yang kewujudannya semakin tular.

Menurut laporan dari Japan Today, penduduk tempatan memutuskan untuk membina patung berkenaan sebagai kepercayaan mereka dalam usaha menangkal wabak berjangkit ini daripada merebak dalam masyarakat.

Penduduk kampung percaya, Gorila dipilih sebagai simbol kekuatan dan kekuatan mereka juga dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang semakin berpanjangan.

Namun, menurut sumber, patung gorila itu bagaimanapun akan diturunkan sehingga hujung bulan ini atas alasan yang tidak dinyatakan.

-sinarplus

Ikea Malaysia turned a mistake into an opportunity after a batch of its reusable bags sported a glaring printing error.

The home furnishing store’s Klamby reusable bags were meant to feature the URL ‘www.ikea.com.my’ but what got through the printers was ‘www.ikea.co.my’ instead.

The missing ‘m’ could have spelled disaster for online shoppers.

Following the typo, Ikea Malaysia has rebranded the bags as the ‘alamak’ bag which have earned them single batch status thanks to the slip-up.

Alamak is a reference to the Malay phrase typically used to express shock or dismay, similar to ‘oops’ or ‘uh-oh’ in the English language.

Malay Mail found the erroneous bags were being sold on Ikea Malaysia’s website after the same mistake that befell Ikea Singapore made headlines.

Just like Malaysia, Ikea Singapore’s URL was incorrectly printed ‘www.ikea.co.sg’.

The URL typo across the Causeway was spotted by Facebook user Alicia Cho at an Ikea Singapore store.

“I wonder who approve the design before printing…how can make such a mistake (sic),” she wrote.

Taking the boo-boo in their stride, the Swedish brand got creative and decided to sell the bags as a limited edition item with the description “limited, unique, alamak”.

Ikea made up for the oversight with a witty sales pitch that will no doubt amuse many.

“At Ikea, it’s OK to make a mistake,” the message to customers read.

“We printed the wrong website address on the Klamby reusable bag but because it’s reusable we won’t scrap them.

“They’re limited edition and they won’t be back!”

Cho’s Facebook post came with a snapshot of the clever copywriting in-store while the same disclaimer is spotted above the product page on the Malaysian website.

In Malaysia, the Klamby reusable bag is priced at RM4.90 while Ikea Singapore is selling it for SG$1.90 (RM5.77)

-malaymail

Virtually all global warming since the industrial era is caused by manmade emissions, according to research published yesterday that concludes Earth’s natural processes contribute only “negligibly” to climate change.

Near-surface air temperatures have increased on average around the world just over one degree Celsius since the mid-19th century.

That 1C increase has already seen more frequent and powerful extreme weather events such as droughts and floods, as well as superstorms made more deadly by rising seas.

The 2015 Paris climate accord commits nations to limit global temperature rises to “well below” 2C (3.6 Fahrenheit) and to a safer cap of 1.5C if possible.

An international team of researchers wanted to better quantify how much warming can be directly contributed to human activity ― in the form of greenhouse gas emissions and land use change ― and how much is down to so-called “natural forcings”.

These include phenomena such as large volcanic eruptions and changes in the Sun’s energy output, and are often cited as drivers of warming by climate sceptics or deniers.

The researchers examined 13 different climate models to simulate expected temperature changes under three main scenarios: one in which just aerosol affected temperature, one where only natural forcings occurred, and another where greenhouse gas emissions are factored in.

Writing in Nature Climate Change, they found that human activity had contributed 0.9-1.3C to global temperatures ― exactly consistent with the 1.1C of warming observable today.

“Our results clearly show that climate warming is primarily caused by humans,” Nathan Gillet, from the Canadian Centre for Climate Modelling and Analysis, Environment and Climate Change, told AFP.

Although the pandemic saw planet-warming emissions nosedive by about 7 percent in 2020, concentrations of carbon pollution continued to rise.

The United Nations says it would take emissions to fall by similar levels to 2020’s every year this decade in order to keep the 1.5C goal in play.

‘1.5C maybe not achievable’

As a result of intensive shuttle diplomacy, the Paris deal isn’t explicit in how warming is measured ― that is, to what extent it is manmade and against what temperature base line.

But yesterday’s research found that depending on the range of estimation, manmade warming “may already be close to the 1.5C threshold”.

“If human-induced warming is at the lower end of our estimated range, the 1.5C Paris goal is still achievable with ambitious and prompt reductions in emissions,” said Gillet.

“If it is at the upper end of the range, the 1.5C goal may not be practically achievable, but prompt and ambitious mitigation action would still allow us to meet the Paris goal of keeping warming well below 2C.”

The authors said it was crucial to better quantify historic human-induced warming in order to more accurately calculate Earth’s remaining carbon budget ― how much more we can pollute without breaching the Paris goals.

Gillet said such estimates “can help guide mitigation policies in individual countries to meet the Paris goals”. 

-malaymail

Rumah kedai sorok arak seludup diserbu

January 19, 2021 | News | No Comments

KLANG – Polis merampas minuman keras seludup bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Jalan Telok Gadung, di sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, operasi kira-kira jam 2 petang oleh sepasukan anggota Batalion 4 PGA Semenyih itu bertindak menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.

“Susulan itu, pemeriksaan lanjut menemui 452 kotak minuman keras tidak bercukai dianggarkan bernilai RM100,356 di dalam dua buah lori di lokasi terbabit serta rumah kedai tersebut.

“Dengan tertangkapnya suspek berserta rampasan tersebut, pihaknya percaya telah menumpaskan sindiket pengedaran minuman keras di Klang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, suspek dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Klang untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Justeru, pihaknya menyeru orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkenaan sebarang aktiviti jenayah untuk tindakan undang-undang.

-sinarharian

Tak mengaku pukul kucing sampai mati

January 19, 2021 | News | No Comments

BUTTERWORTH- Seorang broker mengaku tidak bersalah memukul seekor kucing betina dan seekor anak kucing sehingga mati di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini pada Isnin.

Tertuduh, Hah Choy Kheng membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus setelah pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Melayu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu pada jam 1.20 petang, 29 Disember tahun lalu di bawah pokok berhampiran pondok berbumbung dalam kawasan padang permainan Blok B1, Pintas Kalui 1, Seberang Jaya, Perai, Seberang Perai Tengah (SPT).

Tertuduh yang berusia 51 tahun itu didakwa dengan kejamnya memukul seekor kucing betina baka tempatan berwarna oren dan seekor anak kucing betina baka tempatan berwarna putih kelabu dengan sebatang besi sepanjang 75 sentimeter (cm) sehingga menyebabkan kematian kedua-dua ekor kucing tersebut.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Subseksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 29(1) akta yang sama.

Ia memperuntukkan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang, Roziman Awang Tahrin menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, peguam tertuduh, Shamsher Singh Thind bersetuju dengan tawaran jaminan itu kerana jumlah wang jaminan dilihat munasabah.

Tertuduh bagaimanapun membayar wang jaminan tersebut dan mahkamah menetapkan 4 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan, anak kucing tersebut mati selepas seminggu menerima rawatan akibat dipukul.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang wanita yang disyaki memukul seekor kucing bunting sehingga mati ditahan reman empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat oleh JPV.

Difahamkan, dia melakukan perbuatan kejam itu kerana haiwan berkenaan membuang najis di hadapan rumahnya di sebuah flat di Pintas Kalui 1, Seberang Jaya.

-sinarharian

KUALA LUMPUR – Ahli-ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan membenarkan semua kedai makanan dan minuman beroperasi dalam tempoh masa sebagaimana lesen perniagaan yang dikeluarkan dan tidak terhad sehingga jam 8 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Menerusi satu kenyataan bersama pada Isnin, ahli-ahli Parlimen terlibat berkata, tempoh operasi kedai makanan dan minuman ketika ini menyusahkan mereka yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja.

“Kami menggesa Kerajaan Perikatan Nasional membenarkan semua kedai makanan dan minuman beroperasi seperti yang tercatat dalam lesen perniagaan mereka (peniaga).

“Ia memandangkan makan di kedai tidak dibenarkan dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh 21 ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd Azis Jamman; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Salahuddin Ayub.

Turut bersama, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching; Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik.

Turut membuat kenyataan itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin; Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Kuala Selangor,

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Ahli Parlimen Batu Kawan,Kasthuriraani Patto dan Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip @ Nurin Aina.

Menurut mereka, membenarkan peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan akan membantu memulihkan ekonomi peniaga selain menjana pendapatan penghantar makanan.

Katanya, kebenaran itu akan menggalakkan rakyat duduk di rumah kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.

“Kami menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera memperbaiki prosedur operasi standard (SOP) ini kerana ia memberi kesan kepada peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka.

“Kami juga menggesa Kerajaan melanjutkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi.

“Berbanding semasa PKP fasa pertama, para peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini kerana mereka terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan sebahagian aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sepanjang PKP dengan waktu operasi antara 6 pagi hingga 8 malam kecuali bagi aktiviti tertentu.

Katanya, ia termasuk restoran, kedai makan, penjaja tepi jalan dan beredar serta medan selera, namun tidak boleh makan di premis berkenaan sebaliknya hanya penghantaran, pembungkusan dan pandu lalu sahaja dibenarkan.

-sinarharian

//luvaihoo.com/afu.php?zoneid=2458908