Tech Machine – Apa Pun Share

BERJALAN seperti model sambil memperagakan perut buncit. Bunyi agak aneh tetapi itulah realiti menerusi Pertandingan Perut Buncit Bergaya yang akan diadakan awal Disember ini.

Menerusi pertandingan itu, peserta lelaki hanya perlu ‘catwalk’ bergaya, menampilkan perut buncit dan berpakaian menarik sebagai syarat utama memenangi pertandingan.

Penganjur yang juga ahli perniagaan, Alex Soh, 44, berkata, pertandingan unik itu bakal diadakan di Kompleks Sukan Beaufort, Sabah dengan sasaran penyertaan 50 orang pada 1 Disember ini.

“Lelaki perut buncit juga mahu pengiktirafan seperti pertandingan ratu cantik atau bina badan yang selalu menjadi rebutan penyertaan.

“Idea di sebalik pertandingan ini adalah bagi meraikan mereka yang mempunyai perut buncit dan wanita seharusnya bangga mempunyai pasangan seperti ini.

“Disebabkan itu saya mengadakan pertandingan unik ini bagi memberi pengiktirafan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, setakat ini dia menerima 10 penyertaan daripada ‘lelaki perut buncit’ dan mengharapkan lebih ramai dengan ciri-ciri sama tampil bagi memeriahkan pertandingan.

“Menggunakan tema ‘Jangan Malu, Jangan Segan’, saya mengharapkan penyertaan daripada ramai pihak terutama dari Semenanjung, setakat ini yang berdaftar dengan saya peserta sekitar Sabah saja.

“Syarat penyertaan peserta mesti berusia 30 tahun ke atas dan mempunyai perut buncit, tidak kisah saiz pinggang berapa asalkan kita boleh nampak perutnya,” katanya.

Ditanya bagaimana pemenang akan dinilai, Alex berkata, peserta diadili dua pengadil yang menilai peserta ‘catwalk’ paling bergaya, wajib mempunyai perut buncit dengan pakaian menarik.

“Peserta perlu ‘catwalk’ dengan bergaya di depan 3,000 hingga 4,000 penonton.

“Mereka yang menerima sorakan paling kuat daripada penonton juga akan menerima markah lebih dengan pakaian menarik.

“Ibaratnya seperti pertandingan ratu cantik tetapi peserta kali ini terdiri daripada lelaki perut buncit.

“Yuran penyertaan hanya RM35 dan peserta berpeluang membawa pulang wang tunai RM400 untuk tempat pertama seterusnya RM300 di tempat kedua manakala RM200 tempat ketiga diiringi sijil penyertaan,” katanya.

Katanya, pertandingan itu bakal mendapat liputan meluas dari media antarabangsa yang tertarik dengan keunikan acara itu sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Harian Metro

Share and follow us

Seorang remaja Thailand maut selepas bermain permainan komputer tanpa henti ketika musim sekolah di rumahnya di Udon Thani, utara Thailand.

Akhbar Daily Mail melaporkan Piyawat Harikun, 17, memulakan cuti persekolahannya pada hujung Oktober lalu dan menghabiskan masa lapang di dalam bilik dengan permainan komputer.

Ibu bapanya berkata, Harikun akan berjaga sepanjang malam dan kemudian menarik tirai biliknya waktu siang untuk bersambung bermain permainan itu semula.

Mereka akan membawa makanan ke biliknya dan menyuruhnya berhenti, namun dia enggan berbuat demikian.

Ayahnya, Jaranwit pergi ke biliknya petang semalam dan mendapati anaknya tersungkur daripada kerusi komputer.

Jaranwit, seorang pegawai tentera berkata dia cuba membangunkan anaknya, namun sudah terlambat.

Pasukan perubatan yang memeriksa mayat remaja itu berkata, mangsa meninggal dunia akibat strok, yang mereka percaya puncanya bermain permainan komputer secara berterusan sepanjang malam.

Jaranwit mengakui anaknya itu ketagih permainan komputer dan memberi nasihat agar ibu bapa lain tidak membenarkan anak mereka membuat perkara sama.

‘Anak saya seorang yang bijak di sekolah, tetapi dia mempunyai masalah besar iaitu ketagih permainan komputer,” katanya.

-Harian Metro

Share and follow us

Wanita gempal ‘idaman’ lelaki di 5 negara

November 7, 2019 | Info | No Comments

Tiada sesiapa yang rela untuk menjadi gemuk, apatah lagi tidak mempunyai potongan badan yang ideal. Itu semua perkara yang dielakkan ramai wanita khususnya di Malaysia kerana semua ingin tampil cantik dan seksi.

Selain mengelak daripada menghidapi penyakit kritikal, potongan badan yang kurus seperti buah “pear” juga menjadi idaman wanita.

Oleh itu beberapa senaman khusus perlu dibuat bagi mendapatkan hasil yang diimpikan.

Namun berbeza di beberapa buah negara yang mengejar wanita gemuk untuk menjadi pilihan mereka.

Di beberapa negara ini, wanita kurus tidak mendapat tempat dalam golongan lelaki kerana menganggap wanita kurus ini berpenyakit dan tidak begitu “menggairahkan”.

1. Mauritania

Sangat malang hidup wanita bertubuh kurus atau langsing sekiranya mendiami negara ini.

Terdapat banyak kes penceraian yang berlaku di Mauritania berikutan isteri tidak mampu mengekalkan tubuh badan yang besar.

Bukan semua wanita mempunyai genetik gemuk. Misalnya ada yang mengikut genetik ibu bapa yang bertubuh sederhana, justeru pasti agak sukar untuk menjadi gemuk.

Apa yang pasti, itu keunikan budaya masyarakat di benua Afrika ini yang memandang gemuk sebagai suatu keindahan.

2. Nauru

Kegemukan menjadi lambang kesuburan dan keindahan bagi masyarakat Nauru.

Ini kerana masyarakat negara itu yakin wanita gemuk memiliki tenaga yang lebih untuk melahirkan cahaya mata. Oleh itu, tubuh gemuk diharuskan bagi wanita-wanita di negara itu.

3. Afghanistan

Lelaki Afghanistan dikatakan lebih mudah tertarik dengan wanita berbadan gempal berbanding yang kurus.

Bagi mereka, wanita dengan potongan badan sebegitu, mempunyai kehidupan yang stabil serta sifat yang lebih tenang.

4. Kuwait

Sama seperti Afghanistan, lelaki Kuwait juga menganggap wanita yang bertubuh gemuk memiliki kehidupan yang stabil dan mewah.

Bagi menjaga status sosial suami di khalayak ramai, wanita Kuwait menjaga agar tubuhnya tetap gemuk.

5. Afrika Selatan

Afrika diisytihar sebagai negara yang mempunyai penghidap AIDS paling ramai di dunia.

Oleh kerana itu, mereka beranggapan wanita dengan fizikal kurus kemungkinan mempunyai masalah berkenaan.

-FMT

Share and follow us

LELAKI warga Indonesia ditahan dipercayai terbabit dalam kejadian bertumbuk di Pintu Utama Grandstand Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah berkata, dalam kejadian 3.45 petang itu, suspek berusia 32 tahun dipercayai menumbuk petugas lelaki berusia 24 tahun.

“Puncanya apabila lelaki warga Indonesia itu ditegur kerana menendang pagar. Mangsa bertugas di Pintu Utama Grandstand SIC sebelum suspek terbabit menendang pagar.

“Mangsa yang menegur lelaki itu kemudiannya diserang dan ditendang. Dalam kejadian itu mangsa cedera di bibir,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa menerima lima jahitan dan suspek terbabit ditahan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, video kejadian bertumbuk di Pintu Utama Granstand SIC tular di Facebook serta dikongsi netizen.

Semalam, SIC menjadi lokasi bagi perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia.

Harian Metro

Share and follow us

Rakyat Malaysia sememangnya diketahui suka melancong ke negara-negara Asia. Dan tidak dinafikan Jepun menjadi salah satu destinasi pilihan ramai.

Negara matahari terbit itu bukan sahaja kaya dengan budaya tetapi tampil dengan pelbagai tempat yang menarik.

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi ketika berada di Jepun, sudah tentu di Gion, yang merupakan salah satu tempat tarikan pelancong.

Terbaru, satu undang-undang telah dikuatkuasakan dimana anda tidak dibenarkan sama sekali mengambil gambar atau video di jalan-jalan persendirian.

Bagaimana ingin tahu ia jalan persendirian? Terdapat papan tanda diletakkan pada jalan tersebut.

Hal ini berlaku kerana kebanyakan pelancong tidak menghormati penduduk yang berada di situ dengan mengambil gambar dan merakam video tanpa persetujuan mereka.

Jika anda didapati melanggar peraturan tersebut, anda bakal dikenakan saman sebanyak 10,000 yen (RM350).

Jika anda tidak ditangkap ketika itu, pihak berkuasa akan melihat CCTV dan akan mengeluarkan saman terhadap anda.

Sehubungan itu bagi anda yang akan melancong ke Jepun perlulah ambil tahu peraturan dan larangan yang telah ditetapkan.

-FMT

Share and follow us

Seorang ahli Parlimen terbongkar bersembang dengan wanita dipercayai pelacur ketika dewan bersidang, malah perbuatannya itu dirakam wartawan yang sempat mengambil gambar menunjukkan perbualan pada skrin telefon bimbit berkenaan.

Bohdan Yaremenko, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak dilihat berbincang mengenai harga dan perkhidmatan seks di laman web Bukvy oleh seorang wartawan, selain turut dilihat melayari aplikasi Tinder, lapor BBC.

Ahli politik itu yang juga ketua Jawatankuasa Perhubungan Awam pada mulanya mempertahankan perbuatannya di Facebook.

Malah, dia memberikan alasan kononnya mengada-adakan perbualan itu untuk memprovokasi wartawan yang menyaksikan persidangan, lapor portal Kyiev Post.

Bagaimanapun, dia kemudian memadamkan kenyataan itu selain memohon maaf ‘kepada semua orang yang terkesan akibat perbuatan saya, termasuk isteri, anak-anak serta parti dan presiden.’

Perbuatan wartawan mendedahkan sembang peribadi ahli politik ketika sesi Parlimen bukan sesuatu yang asing di Ukraine.

-Harian Metro

Share and follow us

Jika pergi ke mana-mana majlis keraian, kita pasti akan dihidangkan dengan minuman pilihan sama ada teh atau kopi. Ia telah menjadi amalan atau trend di mana-mana tempat dimana minuman tersebut akan dihidangkan mengikut permintaan anda.

Sehinggakan ada yang obses pada minuman tersebut, contohnya ia “wajib” dihidangkan pada setiap permulaan hari anda sebelum memulakan sebarang tugas.

Ini kerana minuman teh mempunyai kelebihan tersendiri iaitu mengelakkan daripada serangan jantung serta bagus untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.

Seorang wanita, Tina Watson turut mempunyai minat yang sama dan obses kerana dia akan minum teh sebanyak 40 kali sehari sehinggalah dia meninggal dunia.

Malah dia turut ingin dikebumikan dalam keranda dengan jenama teh kegemarannya itu.

Kejadian tersebut berlaku di Leicester, England dan dia telah memesan kepada ahli keluarganya cara untuk menanamnya.

Menurut anak perempuannya, Debs Donovan, ibunya pernah memberitahu ingin mayatnya dikebumikan dalam keranda jenama Typhoo.

“Ketika kami berbual selepas kematian bapa tiri empat tahun lalu, dia memberitahu ingin diletakkan dalam keranda yang menyerupai kotak gergasi uncang teh dan dia serius dengan pilihannya itu,” katanya.

Hasrat terakhir Watson direalisasikan oleh pengarah pengebumian, Paul Pender yang menyifatkannya sebagai satu permintaan luar biasa pernah diterimanya.

Watson pernah didiagnosis barah dua kali dan kedua kakinya telah dibuang selepas digigit serangga di Sepanyol 14 tahun lalu.

“Ibu tidak pernah membiarkan apa-apa pun melemahkan semangatnya. Dia sering melihat sesuatu perkara itu daripada sudut positif walaupun sangat pahit,” kata Donovan.

-FMT

Share and follow us

Satu rakaman video menyayat hati tular di media sosial memaparkan seekor monyet dewasa masih memegang dan memangku bayinya yang telah mati 10 hari lalu.

Monyet vervet itu dirakam ketika rombongan pelajar dari sebuah akademik di Afrika Selatan dan mereka memberitahu, ia momen paling menyedihkan.

Daily Mail melaporkan, anak monyet masih bayi itu telah kaku, kering namun masih dijaga elok oleh si ibu.

Menurut pelajar akademik, Tracey Mobley, suasana itu cukup menyedihkan.

“Saya lihat si ibu cuba meletakkan anaknya di dahan pokok seolah-olah suruh bergerak, tetapi anak itu sudah mati. Ia sesuatu yang menyedihkan untuk ditonton.

“Bayi itu dipercayai mati selepas dilahirkan dan ia memberi kesan mendalam kepada si ibu apabila mengetahui apa yang dimiliki sudah tiada,” katanya.

Difahamkan, bayi monyet itu dilahirkan pramatang dan sukar untuk hidup dalam jangka masa panjang.

Sinar Harian

Share and follow us

Seorang YouTuber warga Jepun dipercayai mati selepas terjatuh ketika membuat siaran langsung di Gunung Fuji dalam kejadian pada Isnin lalu.

Menerusi satu rakaman video, lelaki yang menggunakan nama samaran Tedzu di platform perkongsian video, Niconico dilihat sedang mendaki ke bahagian puncak sebelum tergelincir.

Rakaman itu menunjukkan dia terjatuh selama beberapa saat sebelum siaran langsung terpadam.

Keadaan cemas itu menyebabkan penonton yang melihat rakaman video terbabit memaklumkan pihak berkuasa.

Polis kemudiannya menghantar sebuah helikopter ke kawasan itu dan menemui mayat di laluan Subashiri yang terletak pada ketinggian kira-kira 2987 meter.

Harian Metro

Share and follow us

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun hanya mampu meratap pilu di sisi ayah dan mayat ibunya selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover di Persiaran Kewajipan menghala ke arah Subang Kelana, Subang Jaya, malam tadi.

Kejadian 10.01 malam itu, mengakibatkan ibu kanak-kanak yang berusia 36 tahun warga Myanmar itu maut di lokasi kejadian, manakala suaminya warga tempatan berusia 45 tahun, parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku di lampu isyarat Persiaran Murni ketika mangsa sekeluarga yang menaiki motosikal Honda Wave sedang menunggu lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah.

Katanya, dalam masa sama SUV Range Rover yang dipandu penuntut berusia 20 tahun yang melalui jalan itu cuba mengelak pejalan kaki yang sedang melintas menyebabkan dia hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang dinaiki mereka.

“Ia mengakibatkan wanita warga Myanmar itu maut di lokasi kejadian manakala suaminya parah dan anak perempuan mereka itu cedera di kepala.

“Mereka yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azman berkata, semasa kejadian itu SUV itu turut merempuh sebuah lagi motosikal jenis Honda Future yang dinaiki suami isteri.

“Mereka yang berusia 46 dan 45 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan yang mana menerima rawatan di hospital yang sama.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik PPUM untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Harian Metro

Share and follow us