Accidents – Apa Pun Share

KANAK-KANAK perempuan berusia tiga tahun hanya mampu meratap pilu di sisi ayah dan mayat ibunya selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover di Persiaran Kewajipan menghala ke arah Subang Kelana, Subang Jaya, malam tadi.

Kejadian 10.01 malam itu, mengakibatkan ibu kanak-kanak yang berusia 36 tahun warga Myanmar itu maut di lokasi kejadian, manakala suaminya warga tempatan berusia 45 tahun, parah di kepala dan badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, kejadian berlaku di lampu isyarat Persiaran Murni ketika mangsa sekeluarga yang menaiki motosikal Honda Wave sedang menunggu lampu isyarat yang ketika itu berwarna merah.

Katanya, dalam masa sama SUV Range Rover yang dipandu penuntut berusia 20 tahun yang melalui jalan itu cuba mengelak pejalan kaki yang sedang melintas menyebabkan dia hilang kawalan lalu merempuh motosikal yang dinaiki mereka.

“Ia mengakibatkan wanita warga Myanmar itu maut di lokasi kejadian manakala suaminya parah dan anak perempuan mereka itu cedera di kepala.

“Mereka yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azman berkata, semasa kejadian itu SUV itu turut merempuh sebuah lagi motosikal jenis Honda Future yang dinaiki suami isteri.

“Mereka yang berusia 46 dan 45 tahun itu cedera di bahagian muka dan badan yang mana menerima rawatan di hospital yang sama.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik PPUM untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Harian Metro

Share and follow us

‘Dah langgar, tak mahu berhenti pula’

October 8, 2019 | Accidents | No Comments

Tindakan seorang pemandu pacuan empat roda yang enggan memberhentikan kenderaannya selepas didakwa melanggar kenderaan lain di Lebuhraya Sungai Besi di sini, Jumaat lalu dikecam netizen berikutan tindakannya disifatkan kurang ajar.

Kejadian itu tular selepas pemandu yang dilanggar Mitsubishi Triton tersebut memuat naik video berkenaan dan sehingga kini meraih 11,200 ulang kicau dengan 5,200 tanda suka.

Pemandu tersebut yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 25, berkata, kejadian berlaku ketika sedang memandu di lebuh raya dan memberikan isyarat untuk masuk ke lorong kanan, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Kuala Lumpur ke rumahnya di Puchong.

“Saya bukan ‘main’ masuk saja ke lorong kanan tetapi saya dah bagi isyarat ke kanan banyak kali tetapi bila saya ke depan, dia pun nak cepat ke depan juga.

“Bila kereta di hadapannya dah jauh, saya masuk ke kanan tetapi dia rasa tak puas hati sebab saya berada di hadapan dia sebelum kereta saya dihimpit ke kiri dan terlanggar bahagian hadapan kereta saya,” katanya kepada Sinar harian ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, dia turut memberi penjelasan mengenai komen ditinggalkan netizen yang mempertikaikan tindakannya merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit ketika memandu sebagai satu kesalahan.

Menurutnya, jika dia memberhentikan kenderaan serta-merta, individu melanggar kenderaannya pasti memecut dan dia tidak akan dapat sebarang bukti untuk dilaporkan kepada pihak polis.

“Isu sebenarnya adalah sikap, kenapa dia bertindak kurang ajar dan tak nak berhenti untuk berbincang? Kalau dia berhenti, mungkin lebih baik dan boleh mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan masalah itu.

“Jadi, saya terpaksa buat rakaman untuk dapatkan nombor plat keretanya untuk jadi bukti disebabkan dia tak mahu berhenti. Bila saya pintas kereta dia dan saya keluar, dia dengan melulu pergi begitu sahaja,” katanya.

Ahmad yang juga seorang eksekutif di sebuah syarikat telah membuat laporan di Balai Polis Seri Petaling pada Sabtu lalu supaya siasatan dapat dijalankan pihak terlibat.

-sinarharian

Share and follow us

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terbabas sebelum terhumban masuk ke sebuah rumah penduduk di Jalan Kantansari Sungai Buaya di sini hari ini.

Ketika kejadian pada jam 9 pagi itu, mangsa, Muhammad Aliff Najmi Sariman Adi, 16, maut di lokasi kejadian akibat cedera parah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Azman Ab Rahman berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Persiaran Bakawali.

“Mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda terbabas sendiri dan terhumban masuk rumah penduduk. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baru untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-sinarharian

Share and follow us

Bas ekspres bawa rombongan pelajar terbakar

September 26, 2019 | Accidents | No Comments

Sebuah bas ekspres yang membawa rombongan 30 pelajar dan sembilan guru terbakar di Jalan Raya Timur-Barat berdekatan Puncak Titiwangsa di sini hari ini.

Difahamkan, bas berkenaan yang membawa rombongan pelajar dan guru dari Besut, Terengganu itu dalam perjalanan ke Langkawi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, setibanya anggota di lokasi kejadian, bas berkenaan terbakar hampir 70 peratus.

Katanya, operasi pemadaman segera dilakukan dan berjaya memadamkan kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 peratus bahagian bas itu.

“Kejadian itu tidak melibatkan kecederaan. Operasi tamat pada pukul 3.39 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

-utusan

Share and follow us

Menangis tak berlagu bila kereta klasik Lamborghini Diablo yang baru dibeli terbabas dan rosak teruk.

Ini yang berlaku kepada pemilik kereta tersebut dia yang juga pemandu kereta tersebut merangkak keluar dari kawasan kemalangan sambil menangis dan berkata,”Itu kereta baru. Itu kereta baru”.

Kereta berharga $500,000 (RM2.1juta) itu dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke kawasan semak berhampiran di Illawong, Sydney. Kereta itu mengalami kerosakan teruk yang tak mungkin boleh dibaiki. Sementara itu, pemandu dan penumpang kereta tersebut dilaporkan selamat tanpa kecederaan serius.

Daily Mail

Share and follow us