Category: Health

A bricklayer whose 34st bulk prevented him having a full night’s sleep has told of his new dream life after shedding almost half his weight.

Ryan Money, 34, recalled: “I always had terrible indigestion, then my legs started retaining water and swelling.

“I was never able to sleep for more than an hour at a time, as I needed to get up to go to the toilet.

“Also I’d often stop breathing through the night, which was pretty scary.”

The turning point – which helped him transform his appearance and his health by losing 15st 7lb so far – was his decision to join a Slimming World group in September 2019.

But his debut visit came as a huge shock.

“At the first weigh-in I registered 34st 3lb on the scales and couldn’t believe it,” he said.

“I knew I’d got into a bad way but I had no idea I was that heavy. I’d have guessed about 10st lighter, at 24st.”

Ryan was placed on a new diet – and immediately felt the benefits as he lost 16lb in his first week with the group.

“I found I was sleeping much better and had no indigestion,” he said.

“Previously I relied on takeaways. I’d have them once or twice a day.

“My girlfriend Steph and I once drove to KFC but there was a big queue, so we drove to McDonald’s on the same retail park to get some burgers to eat while we waited.

“Now I’m eating constantly but this time it’s fresh fruit, veg and lean meat.”

He now weighs 18st 10lb and has gone from a clothes size 4XL to XL, with his waist down from 58in to 42in.

Ryan, of Wimborne Minster, Dorset, admits he did not know how to cook and used to buy takeaways for main meals while snacking on crisps and sweets.

“When I did manage to sleep, I would snore loudly and keep everyone else around me awake,” he said.

“Not long before joining Slimming World, I went on a camping trip with pals and it was very awkward as I kept the camp awake with my snoring. I’m sure they knew it was me.”

A new Slimming World poll found nearly two-thirds of 3,100 members questioned had problems sleeping. Losing weight, they reported, had led to sleep improvements.

Ryan, who hopes his success will inspire others, confessed to nerves before his first group meeting.

“But as soon as I got inside, it was fine,” he added.

“I heard everyone talk and realized they were in the same boat.

“I knew I needed the support. I’d have given up if I’d tried this alone at home.

“Losing weight has changed all of my life.”

-mirror

RAMAI di antara kita yang mempunyai masalah kelemumur yang boleh mengganggu aktiviti seharian gara-gara kegatalan yang berlaku pada kulit kepala.

Apatah lagi ia sering menghantui para wanita yang berhijab sehingga terpaksa menggaru-garu meskipun berada di khalayak ramai.Iklan

Pastinya, banyak iklan syampu yang dipaparkan sama ada di media sosial atau media elektronik, namun ia mungkin hanya berkesan untuk sebilangan orang sahaja.

Mengulas mengenai situasi berkenaan, SinarPlus berkongsi pandangan seorang pegawai perubatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Dr Iskandar Mirza.

Menerusi ciapan Twitternya @DIskandarmirza, tulisnya, masalah kelemumur berlaku apabila kulit pada badan atau kepala menjadi keruping.

“Ia tidak berjangkit atau merupakan sakit yang serius.

Namun, ia boleh mengurangkan tahap keyakinan diri seseorang apabila berjumpa kenalan di luar,” beritahu Dr
Iskandar Mirza.

Sebenarnya, kelemumur yang sedikit boleh diatasi dengan menggunakan syampu setiap hari.

“Jika ia tidak berkesan, orang ramai boleh mencuba syampu yang mengandungi ubat.

“Walaupun jika dalam suatu masa kelemumur itu sudah hilang, ia juga mempunyai kemungkinan untuk datang semula,” terangnya.

Kata pakar itu lagi, antara simptom biasa yang boleh dilihat adalah keruping pada kulit badan dan kepala, kulit kepala gatal serta bersisik.

“Bagaimanapun, ada simptom tersebut menjadi lebih teruk semasa seseorang itu berhadapan tekanan (stres) dan ketika musim sejuk dan kering,” tambah beliau.

Berikut adalah antara penyebab kelemumur:

i) Kulit sensitif dan berminyak.

ii) Tidak menggunakan syampu dengan kerap.

iii) Terdapat jangkitan kulat pada kulit kepala.

iv) Kulit yang kering.

v) Kulit sensitif terhadap produk.

v) Sakit kulit kronik seperti psoriasis dan ekzema.

Oleh itu, Dr Iskandar Mirza menyarankan agar sesiapa yang mempunyai masalah kelemumur boleh mencuba beberapa rawatan seperti menggunakan pyrithione zinc shampoo seperti Head and Shoulders atau DermaZinc.

Selain itu, mereka juga boleh mencuba mengaplikasikan tar-based shampoo iaitu Neutrogena T/Gel yang mana boleh memperlahankan kematian sel-sel kulit pada kepala daripada menjadi keruping.

“Syampu yang mempunyai salicylic acid (Neutrogena T/sal, Baker’s P&S) juga membantu membuang sisik kelemumur,” tambah beliau.

Namun demikian, jika ia masih tidak berkesan, cubalah syampu yang mempunyai selenium sulphide dan ketoconazole kerana ia mempunyai unsur antikulat dan dapat membunuh kulat pada kulit kepala.

Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk memilih jenis rawatan termasuklah syampu yang bersesuaian, segeralah berjumpa dengan pakar kulit.

-sinarplus

BARU-BARU ini tular di media sosial mengenai satu kenyataan menyatakan alatan memasak iaitu air fyer atau penggoreng udara dapat menyebabkan kanser.

Menjelaskan situasi itu, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi Medical Mythbusters Malaysia, Dr Mohd Rushdan Md Noor berkata, sehingga kini belum ada bukti yang menunjukkan penggunaan air fryer boleh menyebabkan kanser ke atas manusia.Iklan

“Sememangnya semua perkara di dunia ini ada baik dan buruknya. Jika kebaikan lebih banyak daripada keburukan, maka baiklah perkara tersebut,” tulis pakar itu melalui Facebooknya.

Perlu diketahui bahawa proses kejadian kanser bukan mudah.

Beritahu Dr Mohd Rushdan, banyak faktor yang terlibat dan prosesnya sangat kompleks.Iklan

“Syukur kepada Tuhan yang mencipta sistem badan manusia yang sangat cekap memulih dan memelihara sel-sel secara semula jadi walaupun sepanjang masa terdedah kepada penyebab kanser di udara, daratan dan makanan,” ujarnya.

Pun demikian, ungkap beliau, di samping faktor semula jadi, gaya hidup dan makanan yang diambil oleh manusia boleh bertindak sebagai penawar ataupun pelindung kepada serangan agen penyebab kanser.

Air fryer ada kebaikannya seperti boleh mengurangkan pengambilan minyak dan kalori di dalam makanan.

“Keburukannya adalah jika makanan berkanji dan berasaskan tumbuhan (kentang, roti, bijirin, kopi, buah kering dan lain-lain) dipanaskan pada suhu lebih daripada 120 darjah Celsius dalam masa yang panjang boleh menghasilkan satu bahan dikenali sebagai acrylamide,” jelas Dr Rushdan.

Bagaimanapun, acrylamide tidak semestinya dihasilkan oleh alatan memasak air fryer sahaja, sebaliknya apa sahaja kaedah pemanasan boleh menghasilkannya termasuklah dapur arang.

Jelas beliau lagi, sebenarnya, banyak lagi bahan makanan yang mengandungi acrylamide seperti jus prun, minyak zaitun hitam, buah prun kering, buah pear kering dan lain-lain.

Ia juga ditemui di dalam asap rokok dan digunakan di dalam industri membuat kertas, fabrik, pemekat dan pewarna.

Persoalannya benarkan acrylamide boleh menyebabkan kanser? Jawab Dr Rushdan:

“Jawapannya ya jika diberikan dalam dos tinggi kepada tikus.

“Ada dua kata kunci iaitu dos yang tinggi dan tikus. Itupun melalui kajian makmal dan melibatkan dua hingga tiga jenis kanser sahaja (daripada lebih 150 jenis kanser),” beritahu pakar itu.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada kajian ke atas manusia yang mengesahkan kebenaran berkenaan.

“Semakan ke atas banyak kajian atau case control dan epidemiologi belum lagi menemui bukti kukuh bahawa acrylamide boleh menyebabkan kanser ke atas manusia,” tambah beliau.

Selain itu, kajian terhadap pekerja-pekerja industri makanan yang terdedah kepada acrylamide (dua kali lebih tinggi daripada tahap biasa) mendapati tidak ada kaitan antara bahan berkenaan dengan kanser.

Kenyataan di atas diakui oleh semua pertubuhan kanser termasuk Pertubuhan Kanser Amerika dan National Cancer Institute.

“Mungkin metabolisme acrylamide di dalam tikus berbeza dengan manusia.

“Tambahan pula kuantiti acrylamide yang dihasilkan melalui kaedah pemanasan makanan termasuk dengan menggunakan air fryer jauh lebih rendah daripada yang diberikan kepada tikus di dalam kajian makmal (ekstrak acrylamide yang ditulenkan). Acrylamide juga dikaitkan dengan masalah saraf tetapi kesan ini hanya boleh berlaku jika kuantiti yang diambil lebih daripada 500 kali lebih tinggi daripada purata pengambilan,” terang Dr Rushdan panjang lebar.

Oleh itu, orang ramai tidak perlu risau menggunakan air fryer untuk memasak dengan syarat menggunakannya dengan betul dan bersederhana dalam semua segi.

“Ingat, jangan hari-hari makan kentang goreng (kalau tanpa air fryer pun tidak elok ambil kentang goreng banyak-banyak), elak garam berlebihan, memasak jangan sampai terlalu garing (perang kehitaman), jangan makan dalam kuantiti yang banyak dan pastikan makanan mempunyai nutrien yang cukup dan seimbang,” pesan Dr Rushdan.

Air fryer boleh digunakan untuk memasak banyak makanan lain yang tidak berkanji ataupun kurang kandungan kanjinya.

Selain amalan hidup sihat, tidak merokok, tidak minum alkohol, tidak mengalami kegemukan, mengambil banyak sayuran atau buah-buahan, bersenam dan lakukan ujian saringan, maka anda akan dapat menurunkan risiko menghidap kanser walaupun menggunakan air fryer.

Dengan amalan itu, air fryer akan menjadi salah satu alat memasak yang baik untuk anda, lebih-lebih lagi jika ianya digunakan untuk tujuan mengurangkan pengambilan lemak dan kalori. Semoga bermanfaat!

-sinarplus

Sitting in the consultation room of a swanky cosmetic surgery clinic in Washington, Hudson Young removed his mask under the satisfied gaze of his doctor.

Like a growing number of Americans, Young decided the right time to undergo plastic surgery was in the middle of a pandemic.

He knew he would have time to recuperate in the privacy of his own home. And Young suddenly found himself face-to-face with his own image while participating in an increased amount of video calls.

“It’s something new when you have to stare at your face for a couple of hours a day and there’s only so much you can do with good lighting and good angles,” Young said.

Young, 52, already had been a fan of Botox injections but went under the scalpel for the first time in October. He had a lower face and neck lift, upper and lower eyelid surgery and laser resurfacing.

“You first discover that with Zoom when you see yourself and you’re like, ‘Oh, yikes!’“ the trainee real estate agent explained, as Dr Michael Somenek examined his barely visible scars.

Young is far from the only one who has found themselves disappointed with the reflection they have seen in the webcam over the past year.

Virtual consultations for cosmetic procedures have risen 64 per cent for surgeons in the United States since the beginning of the Covid-19 pandemic, according to the American Society of Plastic Surgeons, which lists Botox injections, dermal fillers, breast augmentation and liposuction as among the most popular services.

“We have absolutely seen an increase in the number of surgical cosmetic procedures that people have been seeking directly related to Zoom,” said Somenek, who has seen a 50 to 60 per cent increase.

“The number one procedure that people have been coming in for is either their upper eyelids or their neck. Because they see (their neck) either hanging on the camera or looking like a double chin.”

Convalescence in quarantine

“I think the pandemic in general has given everyone time to like, sit back and take care of those things that we’ve been pushing further and further along,” explained Ana Caceres, who was able to work from home after undergoing a plastic surgery operation she had wanted for a long time.

She recovered at her parents’ house outside Washington after a December breast reconstruction and lift that helped her deal with a source of insecurity she has had since adolescence.

“I didn’t have to take off all this time, because I still was able to work from my bed with my laptop,” the 25-year-old said.

“When life is going on and you have places to be, it’s so easy to push things along further and further,” Caceres said, sporting a top she says she now has the confidence to wear.

And she has scheduled arm liposuction for the end of this month.

Her surgeon, Dr Catherine Hannan, says consultations at her clinic in the US capital have nearly doubled since the beginning of the pandemic.

“Our patients have more frown lines, because they’ve been so stressed for the last year,” she said.

And Hannan says a face or body change can have a psychological impact, too.

“This is a way that patients are saying, ‘I can’t travel, I can’t see my family, this is something I can do to make myself feel more confident right now.’“ 

-malaymail

PERASAN tak sejak kebelakangan ini cuaca agak panas daripada kebiasaan. Benarkah cuaca kita sudah banyak berubah? Ramai dalam kalangan kita mengadu cuaca sudah semakin panas.

Mana tidaknya kini jam sekitar 10 pagi pun matahari dah ‘duduk’ atas kepala. Panasnya ‘lain macam’!Iklan

Situasi itu adalah disebabkan oleh fasa akhir Monsun Timur Laut dengan taburan hujan yang agak rendah menjadi penyebab kepada berlakunya cuaca panas yang dijangka hingga April ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga memaklumkan kepada orang ramai cuaca panas yang dialami di seluruh negara ketika ini dijangka kembali reda bermula pertengahan April ini.

Elak aktiviti luar, berjimat dan minum air dengan banyak. Cuaca panas dijangka berlanjutan hingga April

MetMalaysia dalam satu kenyataan yang dikongsikan di Twitter berkata, keadaan cuaca yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang berlaku sepanjang bulan Februari sehingga April setiap tahun.Iklan

Jelasnya, negara kini juga berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac tahun ini.

“Cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun.

“Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan Februari adalah lebih rendah berbanding tahun lalu.

“Taburan hujan yang rendah dalam tempoh lama boleh menyebabkan cuaca agak panas terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan,” menurut kenyataan tersebut.

Bagaimanapun kata MetMalaysia, pihaknya tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini.

Mengulas lanjut, MetMalaysia berkata, sehingga kini suhu tertinggi bagi bulan Februari adalah sekitar 36.2°C berbanding bulan sama tahun lalu sekitar 37.4°C yang dicerap sekitar Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.

“Dalam keadaan cuaca panas ini, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka, mengurangkan aktiviti diluar dan minum air secukupnya,” ujarnya.

Selain itu, MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan mendapatkan maklumat amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi MyCuaca dan media sosialnya.

-sinarplus

SESETENGAH orang sukar merasa segar ketika bangun pagi walaupun mereka sudah cukup tidur.

Kesannya, mereka cepat letih dan tidak boleh fokus sepanjang hari. Korang ada seperti ini?Iklan

Baiklah, tenang sahaja ya tidak perlu risau. Sebenarnya, semua orang boleh bangun pada waktu pagi dengan segar sekali gus dapat tidur malam yang berkualiti.

Apabila badan terasa segar, ia akan membuatkan korang bersemangat sepanjang hari.

Tidak sukar, ini adalah petua segar untuk bangun pada waktu pagi yang boleh korang gunakan;

1. Elakkan kafein, alkohol, dan nikotinIklan

Kafein adalah ramuan dalam kopi, yang berguna untuk membuat kita terjaga. Sekiranya ingin bangun dengan segar, jauhi kafein, alkohol, nikotin antara 4 -6 jam sebelum tidur.

2. Tukar suasana bilik

Persekitaran bilik yang tenang dan sejuk dapat menolong kita tidur dengan lebih mudah.

Jauhkan komputer, televisyen dan peranti dari jangkauan. Kaedah ini dapat menumpukan fikiran sehingga korang dapat tidur tanpa gangguan.

3. Buat aktiviti ringkas sebelum tidur

Cuba buat rutin sebelum tidur. Contohnya mandi sebelum tidur, membaca buku, atau bermeditasi.

4. Matikan lampu bilik

Matikan lampu bilik tidur anda. Kajian mengatakan, tidur di bilik gelap menjadikan tubuh melepaskan hormon melatonin.

Hormon-hormon ini dapat membuat korang tertidur lebih cepat.

5. Waktu tidur yang konsisten

Bangun dan mula tidur pada waktu yang sama setiap hari mengaktifkan ‘jam semula jadi’ badan.

Oleh itu, badan akan terbiasa dengan peraturan dan secara automatik akan menyesuaikan diri untuk tidur atau bangun pada waktu yang sama.

6. Ketepikan peranti semasa menghampiri waktu tidur

Kebiasaan memeriksa telefon bimbit untuk pertama kalinya ketika bangun menjadikan objek ini sering diletakkan di sebelah tilam.

Nampaknya, kebiasaan ini dapat merubah ‘mood’ daripada merasa segar ketika bangun pagi.

Sebenarnya, telefon bimbit dan peranti mendedahkan korang kepada cahaya biru. Cahaya ini dianggap dapat merangsang otak dan menyekat tubuh daripada menghasilkan hormon melatonin, yang mengatur tidur.

Oleh itu, lebih baik menjauhkan telefon bimbit dan peranti lain semasa waktu tidur hampir tiba.

Elak makan sebelum tidur, petua rasa segar ketika bangun pagi

7. Elakkan makan sebelum tidur

Agar segar ketika bangun pagi, korang tidak boleh makan makanan berat pada waktu tidur.

Sebenarnya, makan makanan berat termasuk yang tinggi karbohidrat, sebelum tidur boleh membuatkan pedih ulu hati atau kembung.

Kedua-dua perkara ini boleh mengganggu keselesaan semasa tidur.

8. Bersenam secara berkala

Latihan yang kerap dilakukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu dapat meningkatkan kualiti tidur.

Oleh itu, luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, 3 kali seminggu.

Lebih disarankan untuk bersenam pada waktu pagi atau petang.

Sekiranya bersenam pada waktu malam, biarkan dua jam dari waktu tidur sebabnya, peningkatan adrenalin semasa bersenam boleh mengganggu kualiti tidur.

-sinarplus

Ada di antara kita yang sudah berusaha sepenuhnya untuk mengurangkan berat badan, namun masih menemui jalan buntu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dunia kini sedang mengalami epidemik kegemukan kerana hampir setiap dua dari lima orang (39 peratus) mempunyai berat badan berlebihan pada tahun 2016 dan 13 peratus mengalami kegemukan.Iklan

Menurut statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Nasional pada tahun 2019 pula, Malaysia mempunyai kadar obesiti dan berat badan yang paling tinggi dalam kalangan negara-negara Asia dengan 64 peratus lelaki dan 65 peratus wanita.

Pastinya, obesiti bukan satu masalah yang mudah untuk diatasi kerana terdapat banyak faktor yang mempengaruhi corak makan dan senaman sesetengah individu.

Memberi solusi kepada masalah tersebut, pembedahan pintasan perut atau bariatrik mungkin salah satu jalan keluar yang boleh dipertimbangkan.

Sebenarnya, bariatrik yang memfokuskan kepada pembedahan mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang mempunyai Indeks Jisim Badan melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.

Perlu diingatkan, pembedahan berkenaan bukannya sebagai pembedahan kosmetik, sebaliknya fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar kelihatan kurus, tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti adalah punca pelbagai penyakit kronik.

Apakah yang berlaku selepas menjalani pembedahan berkenaan?

Jawapannya, selepas pembedahan itu dilakukan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.

Hasilnya, berat badan akan berkurangan dan pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 dan merendahkan kolesterol.

Selain itu juga, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah pembedahan tersebut juga dapat menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Antara berita baik manfaat pembedahan berkenaan juga dikaitkan dengan masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

Bukan itu sahaja, dari segi psikologi juga, ia memberi kesan bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi terutamanya ketika berada di hadapan khalayak ramai.

Pastinya, pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun sahaja tau!

Lebih mengujakan, pembedahan bariatrik bukan sahaja menyebabkan penampilan fizikal akan bertambah baik, malah kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

Pun demikian, menurut Pakar Perunding Bedah Umum, Payudara, Endokrin dan Bariatrik, Hospital Gleneagles Pulau Pinang, Dr Kirubakaran Malapan, rata-rata pesakit yang menggunakan salah satu daripada kaedah berkenaan akan susut lebih kurang 15 kilogram iaitu kira-kira 10 ke 15 peratus daripada berat badan asal dalam masa yang sangat singkat.

“Bagaimanapun, sikap pesakit juga penting dan mereka perlu dipujuk mengurangkan jumlah makanan selain meningkatkan senaman.

“Sebagai panduan, pasukan multidisiplin terlibat akan merumuskan program lengkap untuk
membantu diet sihat, rejimen senaman dan yang paling penting adalah mengubah gaya hidup dan kesihatan individu berkenaan,” katanya menerusi satu e-mel baru-baru ini.

Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (Sepahtu) dan Micheal Ang telah menjalani pembedahan berkenaan dan hasilnya boleh dilihat pada hari ini.

Semoga perkongsian di atas bermanfaat kepada semua dan tolong ‘nyahkan’ daripada fikiran bahawa pembedahan tersebut hanya bertujuan kurus semata-mata.

-sinarplus

ADA sesetengah daripada kanak-kanak sangat gemar duduk menggunakan posisi berbentuk huruf W.

Pernah suatu ketika dahulu, tular kenyataan di media sosial yang menyatakan bahaya anak-anak yang duduk menggunakan posisi berkenaan.Iklan

Perkara itu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terutamanya anak-anak yang mempunyai tabiat berkenaan.

Menurut portal kesihatan medcom.id, kanak-kanak di bawah umur tiga tahun yang duduk dalam kedudukan tersebut dinggap normal.

Bagaimanapun, jika kebiasaan itu berterusan selepas anak kecil itu menjangkau usia tiga tahun, ia boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan keseluruhan mereka.Iklan

Apakah keadaan itu benar?

SinarPlus kemudian menyelak informasi menerusi entri Facebook Public Health Malaysia.

Tulisnya, jika ibu bapa ternampak anak-anak duduk dalam posisi W, ia mungkin suatu perkara yang normal pada usia anak kecil sekitar tiga tahun.

Ia adalah kerana pada ketika itu, tubuh mereka masih fleksibel dan perkara itu tidak menyakitkan mereka.

Bukan itu sahaja, ia sama sekali tidak akan mendatangkan bahaya pada perkembangan otot peha sekiranya duduk dalam posisi itu sekali-sekala.

Untuk pengetahuan ibu bapa di luar sana, kanak-kanak suka akan posisi berkenaan kerana ia memberi tapak yang lebih luas dan memberi keseimbangan yang lebih stabil semasa mereka sedang bermain.

Sebenarnya, terdapatnya satu kajian yang menunjukkan 99 peratus kanak-kanak yang duduk dalam posisi W akan meninggalkan tabiat tersebut selepas mereka semakin membesar tanpa sebarang intervensi.

Jadi, usah bimbang, kajian yang sama juga membuktikan duduk dalam posisi W tidak mengakibatkan Hip Dysplasia.

Pesanan penting kepada ibu bapa adalah untuk memerhatikan pergerakan anak anak semasa beralih daripada posisi W ke posisi lain.

Ia turut diakui oleh Pakar Ortopedik Pediatrik, Hospital Johns Hopkins All Children, Amerika Syarikat, Dr Greg Hahn.

Katanya, kebanyakan kanak-kanak yang berjalan sedikit mempunyai kecenderungan memilih duduk dalam posisi berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mendapati kedudukan duduk W hanyalah variasi normal bagi kanak-kanak dan tidak memerlukan rawatan.

Namun demikian, jika mereka kelihatan kekok sama ada seperti dalam keadaan kesakitan atau tidak seimbang, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor.

Seperkara, jika otot anak kecil kelihatan lemah, kerap jatuh, peha membengkak dan berlaku masalah koordinasi serta keseimbangan (tidak simetri), jangan berlengah-lengah lagi, ia mungkin petanda tidak baik kepada kesihatan
anak kecil berkenaan.

Oleh itu, cara lainnya, ibu bapa perlu memberi galakkan kepada anak kecil untuk berubah posisi semasa duduk dengan mencuba beberapa posisi seperti:

i) Duduk bersila
ii) Duduk melunjur
iii) Duduk bersimpuh
iv) Duduk melutut

Jadi, diharapkan dengan perkongsian ini memberi informasi yang jelas kepada ibu bapa di luar sana.

-sinarplus

“Pada awalnya, badan saya tiba-tiba bertukar menjadi sangat lemah dan hilang selera makan. Lebih menakutkan lagi, berat badan turun jatuh dengan mendadaknya iaitu hampir mencapai 10 kilogram (kg) hanya dalam jangka masa satu minggu lebih sahaja.”

Demikian pengakuan ikhlas seorang pesakit vaskulitis, Rosli Khairullah, 51, yang disahkan mengalami penyakit tersebut beberapa bulan lalu.Iklan

Ujar Rosli, beliau tidak mahu orang lain mencontohinya kerana beliau antara pesakit yang lambat mendapatkan rawatan.

“Sebelum ini, saya melakukan ikhtiar dengan rawatan secara tradisional di kampung sahaja. Namun, setelah dipujuk oleh anak-anak, akhirnya saya bulatkan tekad untuk berjumpa pakar setelah hampir berbulan-bulan berada dalam kondisi yang sangat teruk,” katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Ujar lelaki itu, beliau juga kerap berasa sakit kepala, sakit pada sendi kaki dan tangan serta demam selain kulitnya dipenuhi dengan ruam (kecil) berwarna kemerah-merahan.

“Saya jadi keliru ketika itu. Setelah ujian darah dilakukan, akhirnya doktor memaklumkan bahawa saya disahkan mempunyai masalah vaskulitis iaitu penyakit yang berkaitan dengan keradangan darah.Iklan

“Alhamdulillah, seawal dua minggu sahaja, sakit yang dialami sebelum ini berkurang. Keadaan saya kini juga semakin pulih setelah diberi ubat antikeradangan,” ujar bapa kepada empat orang anak itu.

Beliau juga secara berkala akan membuat pemeriksaan dengan doktor mengikut jadual yang telah disusun.

Ujar Rosli, simptom-simptom dan gejala-gejala yang dihadapinya bukan sembarangan dan beliau sendiri ngeri melihat keadaan dirinya sendiri ketika itu.

Sehubungan itu, lelaki itu berpesan agar orang ramai yang mempunyai kondisi serupanya segera bertindak pantas.

“Jangan berlengah lagi kerana jika kita tidak bernasib baik, penyakit yang kita alami boleh melarat,” pesannya.

-sinarplus

PADA Oktober tahun lalu, dunia dikejutkan dengan kemangkatan putera Sultan Brunei, Pengiran Muda Haji Abdul Azim yang sememangnya dikenali sebagai individu yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan sentiasa membantu golongan memerlukan.Iklan

Pelbagai soalan bertebaran melalui media sosial terhadap punca kemangkatannya.

Namun, beberapa hari selepas itu, Pengiran Muda Abdul Mateen telah memuat naik status menerusi Instagram mendedahkan punca sebenar pemergiaan kekandanya yang disebabkan oleh penyakit vaskulitis sistemik yang berkaitan dengan masalah autoimun.

Bagi memperincikan lebih lanjut mengenainya, SinarPlus mendapatkan pandangan Pakar Perunding Reumatik dan Sakit Kronik, Pusat Pakar Perubatan Sendi Urat dan Tulang, Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dr Anwar Samhari Mat Arshad.

Memberi definisi ringkas, vaskulitis adalah penyakit saluran darah yang akan mengganggu peranan (darah) membekalkan oksigen kepada semua organ tubuh badan.

Dr Anwar Samhari menjelaskan, terdapat banyak jenis vaskulitis dan kebanyakannya jarang berlaku dalam kalangan manusia.

Di Malaysia, ia hanya melibatkan kira-kira 0.5 peratus penghidap.

“Vaskulitis bertindak seakan-akan barah kerana ia mungkin hanya mempengaruhi satu organ atau melibatkan beberapa organ lain yang mana boleh menjadi akut atau kronik. Terdapat juga sesetengah kes yang mana penyakit vaskulitis bermula apabila seseorang menghidap kanser darah,” katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini.

Implikasi luar biasa

Dr Anwar Samhari meneruskan penjelasannya. Ujar beliau, vaskulitis boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Antaranya jangkitan kuman, ubat-ubatan, kanser, penyakit darah atau penyakit autoimun seperti sistemik lupus eritematosus.

Secara asasnya, Dr Anwar Samhari berkata, vaskulitis boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu:

i) Kecacatan besar pada pembuluh darah.

ii) Kecacatan sederhana pada pembuluh darah.

iii) Kecacatan kecil pada pembuluh darah.

“Biasanya, kecacatan besar pada pembuluh darah akan mudah menyerang kanak-kanak iaitu antara umur lima hingga 10 tahun.

“Sebaliknya, kecacatan sederhana pada pembuluh darah pula akan menyerang mereka yang lebih berusia iaitu antara 50 ke 60 tahun. Kecacatan kecil pula akan menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur,” katanya.

Apakah simptom-simptom kepada penyakit tersebut?

Beritahu Dr Anwar Samhari, ia mirip dengan kanser darah seperti limfoma atau leukemia iaitu seseorang akan hilang selera makan dan berat badan turun dengan sangat drastik.

“Perlu saya tegaskan, simptom-simptomnya sama antara kanser darah dan vaskulitis, tetapi penyakitnya tidak serupa,” ujarnya.

Lazimnya, untuk mendiagnosis vaskulitis, pakar terlebih dahulu akan bertanya mengenai sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Sekiranya disyaki vaskulitis, pesakit akan dinasihatkan untuk menjalani beberapa ujian lanjut seperti:

i) Ujian darah dilakukan untuk mengenal pasti kemungkinan berlaku keradangan.

ii) Ujian air kencing dapat memberikan maklumat mengenai sama ada air kencing mengandungi sel darah merah atau terlalu tinggi protein.

iii) Ujian pengimejan seperti ultrasound, sinar-X, imbasan tomografi berkomputer (CT Scan), imbasan tomografi pelepasan positron (PET Scan) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) dapat membantu doktor menentukan saluran darah atau organ mana yang terkena vaskulitis dan juga untuk menentukan tindak balas pesakit terhadap rawatan.

iv) Angiografi iaitu melibatkan prosedur supaya doktor dapat melihat keadaan dinding saluran darah.

v) Biopsi iaitu satu prosedur pakar akan mengambil sampel tisu dari bahagian tubuh yang dijangkiti untuk memeriksa tanda-tanda vaskulitis.

Memperincikan mengenai rawatan penyakit yang jarang dihidapi penduduk di dunia itu adalah, Dr Anwar Samhari memberitahu, ia biasanya bergantung kepada tahap penyakit dan organ-organ yang terlibat.

“Rawatan diperlukan untuk mengurangkan keradangan dan mengawal sistem imun yang menyebabkan vaskulitis yang merangkumi pemberian kortikosteroid seperti prednison atau metilprednisolon.

“Pada masa sama, perlu diingatkan bahawa penggunaan jangka panjang ubat berkenaan boleh menyebabkan pesakit mendapat kesan sampingan lain seperti diabetes dan osteoporosis.

Selain kortikosteroid, terdapat juga ubat lain yang berfungsi untuk ‘menekan’ tindak balas sistem imun yang mencetuskan kerosakan pada saluran darah seperti siklofosfamid atau azatioprin.

Bukan itu sahaja, terapi biologi dengan rituximab juga boleh diberikan kepada individu yang menderita penyakit itu.

Kepada SinarPlus, pakar perubatan itu memberitahu, berdasarkan beberapa kes, vaskulitis boleh menyebabkan aneurisma atau keradangan pada saluran darah, selain dapat membuatkan arteri seseorang menjadi sempit sehingga menyekat aliran darah.

Memang tidak dapat disangkal, mereka yang ditakdirkan menghidap vaskulitis sangat menderita sepanjang hayatnya.

“Selain berpotensi menyerang kerosakan organ utama seperti gangguan fungsi jantung dan otak, pesakit juga akan mengalami kebutaan dan kehilangan penglihatan akibat penyakit vaskulitis.

“Jika keadaan lebih serius, ia boleh mengancam nyawa akibat berlakunya keradangan paru-paru dan kegagalan buah pinggang,” katanya.

Pun demikian, Dr Anwar Samhari, hingga Februari tahun ini, Malaysia berjaya menawarkan rawatan yang berkesan bagi penyakit vaskulitis.

“Diharapkan, sedikit masa lagi iaitu antara satu atau dua dekad lagi, kita bakal menemui jalan penyelesaian kepada punca penyakit berkenaan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Pengamal Perubatan Am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, terdapat satu kumpulan vaskulitis yang dikenali sebagai vaskulitis sistemik utama atau primary systemic vasculitis yang biasanya lebih serius dan boleh melibatkan pelbagai organ seperti kulit, buah pinggang, paru-paru, usus dan otak serta boleh menghasilkan pelbagai gejala bergantung kepada organ yang terlibat.

Ujar Dr Zubaidi, masalah kulit pada kaki atau tangan lazimnya merupakan tanda pertama penyakit vaskulitis berlaku.

“Kulit akan naik ruam merah yang tidak akan hilang apabila ditekan atau ruam seperti lebam pada kulit. Kadangkala, kesakitannya dirasakan pada tahap optimum,” katanya.

Selain itu, sekiranya saluran darah bersaiz sederhana yang terlibat, keadaan itu akan menyebabkan ulser kulit atau ruam bengkak yang besar terjadi.

Berikut adalah beberapa gejala vaskulitis yang dikenal pasti berkaitan jika berlaku gangguan aliran darah ke seluruh tubuh badan:

i. Demam.

ii. Loya.

iii. Muntah.

iv. Sakit sendi dan otot.

v. Kebas tangan atau kaki.

vi. Sesak nafas.

vii. Kencing berdarah.

viii. Sakit perut.

x) Najis berdarah.

Oleh itu, tegas Dr Zubaidi, jika seseorang sudah menunjukkan gejala awal penyakit berkenaan, segera dapatkan rawatan awal kerana pesakit yang didiagnos awal mampu sembuh sepenuhnya.

“Jangan ambil mudah, penyakit vaskulitis juga antara penyakit yang berbahaya kerana mampu mengganggu fungsi organ dalaman tubuh badan pesakit,” katanya.

ANEKDOT

PUNCA sebenar vaskulitis masih belum dapat dipastikan lagi secara terperinci, namuan ia mungkin berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya:

i) Jangkitan seperti hepatitis B dan hepatitis C.

ii) Keluarga yang mempunyai sejarah kanser darah.

iii) Penyakit sistem imun seperti rheumatoid arthritis, lupus dan scleroderma.

iv) Reaksi terhadap ubat-ubatan yang diambil.

Sumber: Public Health Malaysia

JENIS-JENIS vaskulistis:

Menurut portal perubatan aladokter.com, terdapat jenis vaskulitis bergejala ringan dan tidak memerlukan rawatan menyeluruh.

Namun, terdapat vaskulitis yang mendatangkan implikasi yang mendatangkan dampak yang buruk kepada kesihatan yang berlangsung dalam jangka masa pendek atau panjang. Antaranya:

i) Giant cell arteritis: Sakit pada kepala, kulit kepala, rahang dan gangguan penglihatan sehingga boleh menyebabkan kebutaan akibat pembengkakan pembuluh darah arteri pada kepala.

ii) Arteritis takayasu: Sakit sendi, hilang nafsu makan, demam, tekanan darah tinggi, berpeluh pada malam hari, gangguan penglihatan, denyut nadi lemah dan sakit kepala.

iii) Cryoglobulinemia: Ruam, sakit sendi, berasa lemas, kebas dan kesemutan kerana terdapat protein yang tidak normal di dalam aliran darah.

iv) Granulomatosis wegener: Hidung tersumbat dan berdarah, infeksi sinus dan batuk darah.

v) Henoch-Schonlein purpura: Sakit perut, darah pada urin, sakit sendi, dan ruam pada punggung atau kaki bahagian bawah akibat pembengkakan pembuluh darah kapilari pada di kulit, sendi, usus dan ginjal.

vi) Penyakit Buerger: Sakit pada bahagian tangan dan kaki akibat peradangan dan bekuan darah pada pembuluh darah di kawasan tersebut.

vii) Penyakit Kawasaki: Demam, ruam dan ruam pada mata.

viii) Poliangiitis mikroskopik: Sakit perut, ruam, demam, sakit otot dan berat badan turun.

vii) Poliarteritis nodosa: Ruam, sakit pada otot dan sendi, lelah, sakit perut setelah makan, tekanan darah tinggi dan gangguan ginjal.

viii) Sindrom Behcet: Radang pada mata, ulser pada mulut dan kelamin serta luka  mirip jerawat pada kulit akibat peradangan pada pembuluh darah arteri dan vena.

ix) Sindrom Churg-Strauss: Sakit pada saraf, perubahan warna kulit, dan gejala seperti asma dan rinitis alergi. Kondisi tersebut jarang terjadi.

x) Vaskulitis hipersensitif: Bintik merah pada kulit, biasanya muncul pada anggota bahagian bawah.

-SINARPLUS

//oackoubs.com/4/2458908