Category: Inspiring

PERASAN atau tidak, ada di antara kita yang suka mengganggu perbualan atau kerap memotong percakapan apabila sedang bersembang?

Ya! Itu adalah salah satu ciri-ciri mereka yang mengalami masalah sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif atau attention deficit hyperactive disorder (ADHD) .Iklan

Namun demikian, jangan sesekali memberi kecaman kepada kelompok berkenaan kerana kadangkala ada di antara mereka yang tidak tahu mempunyai ADHD sehinggalah menjengah usia dewasa.

Public Health Malaysia menerusi entri Facebooknya berkata, ADHD adalah salah satu masalah sikap yang disebabkan oleh perkembangan neuro atau otak yang tidak normal.

Dikatakan hampir 4.3 peratus pesakit yang menghidap penyakit itu di Malaysia yang mana lazimnya terjadi kepada mereka yang berusia lima ke 15 tahun.Iklan

Sebenarnya, terdapat tiga jenis keadaan ADHD iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan impulsif (menurut kata hati).

Menurut Barkley, pada tahun 1990, ADHD merupakan salah satu kecelaruan pemikiran yang paling umum dalam kalangan si kecil.

Lahey pada tahun 1997 pula menyifatkan ADHD adalah masalah kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menumpukan perhatian kerana kebolehannya yang terhad untuk memberi tumpuan dan sering menunjukkan tingkah laku tidak sabar.

“Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan berlaku dengan begitu ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan juga murid-murid sekolah rendah.

“Gejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka dalam memberi tumpuan yang sepenuhnya,” beritahu Lahey.

Berikut perincian tiga ciri-ciri utama seseorang mempunyai masalah ADHD:

i) Hiperaktif.

  • Apabila duduk sering menggeliat dan gelisah.
  • Kerap bangun untuk berjalan dan berlari.
  • Lari dan memanjat pada keadaan yang tidak sesuai.
  • Terdapat masalah jika melakukan kerja dalam keadaan senyap.
  • Banyak bercakap.

ii) Tidak fokus.

  • Sukar fokus di dalam kelas atau semasa waktu bekerja.
  • Selalu menunda kerja, tidak siap kerja dan menukar-nukar kerja yang tidak siap.
  • Tidak teratur.
  • Kerap terlupa (mesyuarat, janji temu dan tertinggal barang.
  • Senang terganggu dengan bunyi yang mana orang lain tidak mempedulikannya.

iii) Impulsif.

  • Tidak sabar.
  • Sukar menahan daripada mula bercakap dan memberi reaksi.
  • Sukar ikut giliran.
  • Selalu memotong percakapan atau pertanyaan orang lain.

Pun demikian, pengetahuan ADHD dalam kalangan rakyat Malaysia sangat rendah.

Oleh yang demikian, buat ibu bapa di luar sana yang melihat simptom-simptom awal pada anak anda, bawalah mereka berjumpa doktor.

Pastinya, dengan pengesanan awal, rawatan boleh dimulakan lebih cepat dan proses untuk ibu bapa mengenali anak masing-masing juga lebih mudah dilakukan.

Semoga perkongsian di atas memberi manfaat kepada semua pembaca.

-sinarplus

The Miss Malaysia Plus World beauty pageant last year caused some controversy when there were calls for it to be cancelled.

Since then, Melissa Mohan Tyndall was not only crowned the winner, but placed fourth runner-up in the Miss Plus World 2021, while Zeenat Malik was second runner-up in the Miss Plus Intercontinental pageant.

Melissa also took home the Miss Plus World Humanitarian Ambassador 2021 title.

It was in recognition of her efforts in humanitarian works including her breast cancer awareness campaigns over the years.

Melissa, who comes from Punjabi and Chinese parentage, often wondered why her skin colour did not fit in or why her name did not fit in.

She said that despite having a fully supportive family and network of friends who accepted and continue to accept her for who she was, it took her a while to understand that she was just different.

“In a country like Malaysia, there are not just the main races, but other races as well including mixed-race communities,” she said in an interview in conjunction with International Women’s Day.

“But when I talk in public, I always stress the importance of us identifying ourselves as Malaysians rather than being labelled as our own individual races alongside being kind and to practise acceptance among one another.”

On body positivity, Melissa said that as a plus-sized individual, she does not allow the perception of others affect her values, beliefs and even her work.

“I always find myself surrounded by positive-minded individuals as they constantly encourage me to be the better version of myself.”

It was reported that Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia had urged the government to cancel the pageant, on the grounds that it was “hedonistic” and allegedly “exploits women”.

PAS women’s wing said it was against the pageant, saying the event was contrary to the moral values of Islam and Malaysia.

In response, the organiser of Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 said its main objectives were to create awareness and empower women.

One of Melissa’s goals was to create awareness on the importance of breast cancer. — Picture courtesy of Melissa Mohan Tyndall
One of Melissa’s goals was to create awareness on the importance of breast cancer. — Picture courtesy of Melissa Mohan Tyndall

Breast cancer awareness

The Pantai Hospital Manjung sales and marketing head told Malay Mail that the seed of knowing the importance of breast cancer started when she was a young girl.

“I lost two aunts and a cousin to breast cancer and I lost one of my aunts when I was only eight.

“And when I was young, I was not exposed to the disease and I was only told that my aunt wasn’t ‘feeling well’ and saw the pain in her eyes.

“But when I got older, I asked myself as to why my two aunts and cousin lost their lives to breast cancer instead of other people.”

She started reading and researching about it and this led her to create her first breast awareness talk in 2017 to educate the public — but to her dismay, only 15 people turned up for the event.

“I realised that many didn’t attend the talk as breast cancer talk is a sad topic, one where parents can’t bring their children and have a great time.”

She then revamped her idea and turned it into a one-day carnival last year to make the awareness campaign one that is easier to understand and learn.

“I brought in food vendors, face painters, photo contests to make it a fun event for one of the previous breast cancer awareness campaigns with 92 people showing up.

“My intention was to create awareness on the importance of early detection of breast cancer — where I would also conduct events to encourage women to go for regular check-ups and to seek help especially if they find any abnormalities.”

Melissa said that she always surrounds herself with positive-minded individuals as they constantly encourage her to become better at what she does. — Picture via Instagram/melissa_tyndall
Melissa said that she always surrounds herself with positive-minded individuals as they constantly encourage her to become better at what she does. — Picture via Instagram/melissa_tyndall

Giving back to the community

Apart from her breast cancer awareness campaign, Melissa is one who has a heart for the underprivileged communities.

Melissa recalled an incident where in 2019 where she received funding to buy new clothes and took 54 children of plantation workers out for a Deepavali brunch.

“I remember driving past the estate during the Deepavali season and I couldn’t help but wonder what these kids would be wearing because festivities mean buying new clothes and looking good in their attires.

“And with that funding, I managed to get the girls either a lehenga or Punjabi suit while the boys received kurta tops and pants.

“I wanted them to get the same experience that others would get too on Diwali festivities.”

She has also conducted festive visits to orphanages, care centres as well as retirement homes.

“My parents have always instilled the importance of giving back to the community.

“If you want to receive kindness, you need to give kindness and I’ve always had this phrase ingrained in me,” she said.

-malaymail

Membaiki dan menaik taraf komputer terpakai kemudian diberikan secara percuma kepada pelajar memerlukan.

Itu usaha dilakukan seorang jurutera audio, Cheah Kok Hon, 42, bagi membantu pelajar kurang berkemampuan untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Kok Hon berkata, beliau memperuntukkan masa sekitar enam jam sehari mulai 7 malam bagi melakukan pekerjaan itu.

“Saya rasa terpanggil membantu golongan memerlukan selepas mengetahui beberapa keluarga rakan karib anak saya mengalami kesukaran mengikuti pengajian PdPR.

“Oleh itu, saya membantu mereka dengan membaiki komputer terpakai secara percuma bagi memastikan pelajar dapat belajar,” katanya selepas Program Sumbangan Peranti PdPR di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seremban 3 dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengetua SMK Seremban 3 Mad Pazir Md Ahair.

Kok Hon berkata, selepas membuat hantaran di Facebook miliknya bagi mengumpulkan komputer riba terpakai, usahanya itu mendapat sambutan menggalakkan.

“Saya berjaya mengumpulkan 90 unit komputer riba terpakai dan setakat ini sudah membaiki dan menyerahkan 70 komputer terpakai kepada keluarga yang memerlukan melalui pihak sekolah,” katanya.

Sementara itu, penerima komputer Nur Azila Abu Bakar, 45, menzahirkan penghargaan atas sumbangan komputer riba kerana hanya mempunyai seunit telefon bimbit untuk digunakan tiga anaknya yang masih bersekolah.

“Saya tidak mempunyai wang mencukupi untuk membeli komputer riba untuk anak-anak dan suami hanya seorang buruh binaan rumah,” katanya.

-hmetro

‘Senyuman kan sedekah…’

March 4, 2021 | Inspiring, Viral | No Comments

Bukan hanya pandai memasak, malah Mohd Shafiq Zulkarnain sentiasa murah dengan senyuman hingga mencairkan hati ramai pengikutnya di TikTok terutama wanita.

Personaliti Mohd Shafiq, 28, yang berasal dari Alor Gajah, Melaka, yang suka tersenyum itu menjadi ‘trademark’ membuatkannya dikenali hingga dapat mengumpul lebih 590,000 pengikut di platform berkenaan.

Ia kerana semua video dimuat naik menunjukkannya tersenyum memandang kamera daripada awal hingga selesai memasak.

Mohd Shafiq berkata, apa dipaparkan di laman sosial itu adalah karakter semulajadinya dan bukan dibuat-dibuat untuk menarik perhatian pengikut atau penonton videonya.

“Saya memang suka senyum tidak kira ketika bergambar atau di dalam video, jadi apa yang dipaparkan itu adalah personaliti sebenar saya.

“Lagipun, senyuman itu satu sedekah dan akan buatkan seseorang itu bertambah manis,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berhubung perkongsiannya di TikTok, Mohd Shafiq yang kini bertugas sebagai pegawai forensik di Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, berkata dia memang suka memasak hingga boleh menyediakan lima hingga enam jenis masakan dalam sehari.

Justeru, menurutnya, dia mahu berkongsi ilmu dengan orang ramai dan memilih platform TikTok sebagai medium dan gembira kerana perkongsiannya menerima maklum balas positif daripada pengikut.

Katanya, lebih memberikan kepuasan apabila ramai pengikut sudah mencuba resipi dikongsinya dan mula berubah sikap iaitu daripada seorang yang dulunya liat ke dapur dan kini rajin memasak.

“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi dan terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.

“Ilmu memasak dipelajari daripada ibu (Noraini Buang, 62) ketika berusia 11 tahun dan pendedahan awal itu mengajar saya menjadi seorang yang berdikari.

“Hobi itu berterusan sehingga kini dan setiap kali pulang daripada kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.

“Cuma, saya masih bujang, jadi kelengkapan di rumah agak terhad dan hanya menggunakan apa saja yang ada, misalnya cawan untuk menyukat bahan dan tunjukkan cara satu persatu cara memasak supaya pengikut yang menonton tidak rasa susah untuk mencubanya sendiri di rumah,” katanya.

Di sebalik komen positif, ada kecaman diterima daripada segelintir warganet yang menuduh video dimuat naiknya palsu dan sekadar disunting semata-mata.

Namun, Mohd Shafiq tidak mengendahkannya kerana lebih menghargai mereka yang memberi sokongan sejak dulu hingga kini.

“Ada segelintir warganet meragui kebolehan saya kerana penampilan memakai kemeja ketika memasak selain mengatakan saya hanya ‘menjual’ muka saja di TikTok.

“Tetapi tuduhan mereka tidak benar kerana ramai sudah mencuba resipi dikongsikan dan percubaan mereka berhasil.

“Apapun, saya berterima kasih kepada semua yang menyokong kerana sokongan itu memberi lebih semangat untuk saya berkongsi ilmu masakan,” katanya.

Justeru, dia merancang mahu mengukuhkan nama di laman sosial dan jika ada rezeki mahu mengeluarkan produk sendiri nanti.

-hmetro

No one knows how long octogenarian Choo Ken Tong has been making the five-foot way his home.

He was living on the side of the road until Pertubuhan Amal Ai Xin Fan Tong Ipoh advisor Kat W. Wong came upon him when she was delivering food to vagabonds at Jalan Toh Puan Chah in December.

“The shop owners asked us to help the 81-year-old as he had been staying there for quite some time,” she said.

Speaking to Malay Mail, Wong said she decided to bring Choo to a half-way house run by the organisation for shelter.

“All of Choo’s possessions were kept in a cupboard that he picked up from unwanted things.

“When we wanted to send him to the halfway house, he asked to leave the cupboard at the five-foot way in case other people wanted to use it,” she said.

The organisation’s co-ordinator Moke Yit Wing said they started taking in abandoned senior citizens in 2018, two years after it started its kitchen to feed the poor.

“Initially the half-way house was next to our kitchen at Persiaran Ho Lok Pak but following an expansion to our kitchen’s operation, we decided to move them to a flat unit at Jalan Chamberlain Hulu.”

Moke said the home, with the monthly rental sponsored by a donor, currently houses six men in three rooms.

“While the home serves as a half-way house where the occupants can stay for a maximum of nine months, we allow some to stay longer as their health condition does not permit them to move out.”

During their stay, Moke said the senior citizens are encouraged to find jobs and they will move out once they are employed and can take care of themselves.

“Some managed to get jobs as parking attendants or security guards,” he said.

Moke said since June last year, the organisation planned to construct a building in Pasir Pinji that combined its kitchen operations and the half-way house.

“We managed to raise RM192,000 out of the RM1.5 million needed for the construction but everything is now at a standstill due to the Covid-19 pandemic.”

Under the plan, Moke said it will be a three-storey building where the kitchen will be on the ground floor and the half way house will be on the first and second floor.

“There will be 20 beds on each floor.”

“It is our wish to have the building up as soon as possible as every week we receive up to three calls asking us to take in vagabonds.”

Asked how he feels now staying at the half-way house, the now-employed Choo said he was happy as it was within walking distance to his workplace.

“I get to come back to rest during lunch-time while dinner will be prepared for me. A far cry from my days of walking the streets.”

For those wanting to donate to the organisation, please contact Moke at 012-5068884.

-malaymail

KUALA LUMPUR, Feb 26 ― Businesswoman Samantha Lai’s family has been composting kitchen waste since she was young.

Late last year, the 32-year-old expanded her composting activities when her community at USJ 16 in Subang Jaya started a community garden.

According to Lai, residents were encouraged to bring their organic waste to an open area in the garden for composting.

Starting with one pile last year, today there are five piles.

Lai said a chief gardener appointed from among the residents had been tasked to ensure the piles were well maintained.

“Contrary to concerns, there was no problem of pests coming to rummage through the piles,” she said.

Speaking to Malay Mail, Lai said the compost was used to fertilise the community garden that was planted with edibles.

“We are trying to get the nearby restaurants to give us their food waste and contribute to the piles,” she added.

Persatuan Penduduk USJ 16 vice-chairman Edward Kor said the community farming began in September last year after the necessary approvals were obtained from the Subang Jaya City Council.

The community garden has got the residents of USJ 16 together. ― Picture via Facebook/ D'Hamlet Garden at USJ 16
The community garden has got the residents of USJ 16 together. ― Picture via Facebook/ D’Hamlet Garden at USJ 16

Modelled after the Circle Gardens of Denmark, Kor said each circular garden plot was connected via walkways fashioned into the likeness of tree branches to ensure aesthetic value.

“The size of the garden allotted to us was about one football field. Under phase one, which is about a quarter of the field, some 50 residents are working on it.”

Kor said each resident would work on one individual plot with the association eyeing to expand it further.

“We will do so after the movement control order is lifted,” he added.

Kor said having the community garden had brought the residents together.

“Every day, before the enforcement of the movement control order, there will be people crowding around the garden.”

“While the elders busy themselves tending to the garden, there will also be children running around.”

Those who tend to the garden are also sharing their produce with their neighbours.

Lai said she was initially sceptical whether the garden could take off.

“But after seeing what my neighbors are doing, I am glad it did as it got the neighbors together.”

-malaymail

Tayar terpakai jadi sumber pendapatan

March 1, 2021 | Inspiring, Viral | No Comments

SEREMBAN – Kebiasaannya tayar yang sudah tidak elok akan terus dibuang atau disimpan, namun berbeza bagi fasilitator, Zazali Iberahim yang menjadikan tayar terpakai itu sebagai sumber pendapatannya sejak setahun yang lepas.

Bukan untuk kegunaan pada motosikal atau diubah suai menjadi landskap halaman rumah, sebaliknya berbekalkan kreativitinya, tayar terpakai berkenaan direka bentuk sebagai arca menjadi pelbagai objek menarik termasuk koleksi haiwan, di kediamannya di Senawang dekat sini.

Menurut Zazali, 58, atau lebih mesra dipanggil ‘pak cik dinasour’ dalam kalangan kanak-kanak di situ, dia mendapatkan bekalan tayar motosikal atau kereta itu secara percuma di kedai-kedai tayar di sekitar Senawang.

Zazali Iberahim, 58, bergambar bersama arca dinosaur gergasi yang dihasilkannya daripada tayar terbuang di rumahnya di Senawang. Sehingga kini dia telah menghasilkan lebih 50 arca yang kebanyakannya dibeli oleh penduduk sekitar termasuk peniaga dari luar Seremban yang mahu meletakkan arca sebagai hiasan di premis mereka. – Foto Bernama
“Saya terpaksa berhenti kerja selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac tahun lepas, jadi saya perlu cari pendapatan tambahan untuk menampung kehidupan saya, kebetulan saya lihat banyak tayar terpakai, ia memberi ilham kepada saya untuk menghasilkan arca.

“Sehingga kini saya telah menghasilkan lebih 50 arca yang kebanyakannya dibeli penduduk sekitar termasuk peniaga yang mahu meletakkan arca sebagai hiasan di premis mereka,” katanya kepada Bernama.

Zazali yang juga bekas tentera itu berkata hampir 80 peratus arca berkenaan merupakan idea kreatifnya sendiri manakala selebihnya direka bentuk atas permintaan pelanggan dan mengambil masa sehari hingga dua minggu untuk menghasilkannya.

Bapa kepada enam anak ini berkata, dia memasarkan arca berkenaan di laman sosial Facebook selain ada rakan yang membantu menyebarkan jualannya kepada orang ramai.

Zazali Iberahim, 58, ketika menyiapkan arca burung merak yang dihasilkannya daripada tayar terbuang ketika ditemui di rumahnya di Senawang. Sehingga kini dia telah menghasilkan lebih 50 arca yang kebanyakannya dibeli oleh penduduk sekitar termasuk peniaga dari luar Seremban yang mahu meletakkan arca sebagai hiasan di premis mereka. – Foto Bernama
Anak kelahiran Negeri Sembilan ini berkata, arca berkenaan dijual pada harga sekitar RM10 hingga RM2,000 bergantung pada saiz arca berkenaan selain mampu memperoleh pendapatan mencecah RM3,000 sebulan.

Menurutnya, arca terbesar yang dihasilkannya termasuklah dinosaur, burung helang dan burung merak selain tempat hiasan bunga, kerusi dan sebagainya.

Dalam pada itu, Zazali berkata, tayar terpakai yang diolah bukan sahaja boleh dijadikan hiasan dan sumber yang bernilai, malah apa yang lebih penting, mengitar semula bahan terbuang itu dapat memelihara alam sekitar.

-sinarharian

Selepas tiga tahun merantau mencari rezeki di bumi Arab Saudi sebagai pakar perunding pada 2009 sehingga 2011, Datuk Suhaimi Mohd merasakan sudah tiba masanya untuk beliau mencorak sendiri masa depan dan membina empayar perniagaan miliknya.

Berbekalkan pengetahuan dan pengalaman bekerja dengan beberapa syarikat swasta berkaitan pengurusan alam sekitar, akhirnya anak kelahiran Terengganu ini menubuhkan AGMI Holdings Sdn Bhd yang memfokuskan kepada bidang pengurusan sisa pepejal.

“Selepas berjaya membina tapak kukuh bersama AGMI Holdings Sdn Bhd, Suhaimi mengambil keputusan untuk menubuhkan pula syarikat In Saff Travel & Tour di Bangi dengan memberi tumpuan kepada penganjuran pakej umrah dan percutian.

“Dalam tempoh empat tahun sahaja iaitu dari 2014 sehingga 2018, In Saff Travel & Tour berjaya membawa lebih 3,000 jemaah menunaikan umrah dan pakej istimewa yang ditawarkan ketika itu berkonsepkan umrah lama (selama 22 hari) dengan harga jimat,” ujar beliau memulakan cerita kepada Sinar Harian.

PKP merubah segalanya

Namun jelas Suhaimi, langit tidak selalu cerah dan In Saff Travel & Tour diseliputi ‘awan mendung dan ribut’ dalam perniagaan apabila pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia termasuk Malaysia pada Januari 2020.

“Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan pada Mac 2020 menyebabkan segala aktiviti dan perjalanan perniagaan syarikat itu terhenti.

“Ketika itu pintu sempadan dan aktiviti rentas negara tak dibenarkan, terus terdetik di hati saya, In Saff Travel & Tours bakal berdepan dengan detik-detik sukar,” katanya.

Sejak itulah terlintas pelbagai kemungkinan dalam minda beliau dan satu persatu wajah-wajah 31 warga kerja In Saff bermain di fikiran. Banyak persoalan yang mula menerjah dirinya; bagaimana masa depan syarikat, apakah nasib yang bakal menimpa pekerja-pekerjanya dan apakah nanti hala tuju masa depan mereka.

“Tapi saya tidak mahu memikirkan kemungkinan yang negative dan cepat mengalah. Saya bertekad untuk cuba menyelamatkan dan membela nasib kesemua 31 orang pekerja In Saff Travel & Tours biarpun menyedari pandemk Covid-19 bakal melumpuhkan sektor ekonomi dan perniagaan di negara ini.

“Langkah pertama yang saya ambil adalah merehatkan dahulu para pekerja tanpa membuat sebarang potongan gaji ataupun caruman terhadap mereka.

“Namun bagi memastikan mereka masih produktif, saya menggerakkan mereka untuk melakukan kerja amal mengagihkan bantuan makanan kepada golongan memerlukan sepanjang tempoh PKP berkenaan menggunakan dana kebajikan yang disumbangkan oleh orang ramai dan syarikat sendiri. Alhamdulillah kita berjaya membantu 430 keluarga sepanjang tempoh itu.

“Selepas dana kebajikan kami sudah habis tapi kami masih menerima permintaan bantuan daripada orang ramai, jadi saya perlu memikirkan satu mekanikme lain untuk terus membantu. Dari situlah tercetusnya idea untuk saya mengeluarkan produk kambing perap Farm Grill bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan ini menjana pendapatan sendiri,” ujarnya yang memiliki pengalaman dalam perniagaan makanan ini.

Suhaimi menunjukkan produk keluaran Farm Grill Industries Sdn Bhd yang diusahakannya ketika tempoh PKP Mac lalu.
Masa depan pekerja terjamin

Bermula pada Ramadan 2019, Farm Grill Industries membuka lembaran baharu dengan menjadi mereka yang kehilangan kerja, terjejas pendapatan dan golongan memerlukan sebagai stokis dan ejen untuk menjual kambing perap berasaskan konsep perniagaan tanpa modal dan jihad ekonomi.

Jelas Suhaimi, dengan tertubuhnya Farm Grill yang digerakkan bersama sahabat beliau, Mohd Faridz Allayedin, maka kesemua kakitangan In Saff Travel diserapkan di bawah cabang perniagaan baharu itu sebagai salah satu usaha beliau untuk menyelamatkan kerjaya mereka.

Suhaimi (lima dari kanan) bersama dengan tenaga kerja Farm Grill yang sebahagian besarnya bekas kakitangan In Saff Travel & Tours – Bangi.
“Alhamdulillah dalam masa yang singkat kesemua staf In Saff Travel itu Berjaya mempelajari kemahiran baharu dalam bidang industri makanan dalam masa yang singkat. Dengan cara ini pekerjaan, gaji, caruman dan kebajikan para pekerja saya tidak terjejas.

“Setelah sistem perniagaan stokis dan ejen Farm Grill berjalan dengan lancar dan berkembang, kuantiti pengeluaran produk semakin bertambah dan alhamdulillah hari ini sebanyak 2,000 dikeluarkan setiap hari.

“Selepas produk kambing perap Berjaya, Farm Grill memperkenalkan pula produk ayam perap, Retort Mutton Black Pepper dan produk terbaharu adalah daging harimau menangis. Insyallah menjelang Ramadan nanti kita akan memperkenalkan pula produk kurma ajwa Farm Grill,” katanya sambal menjelaskan sehingga kini Farm Grill Industries sudah memiliki sebuah restoran di Bangi, 150 stokis dan lapan hub bekalan di seluruh negara.

Berpegang kepada prinsip lead by example, Suhaimi sentiasa percaya jika beliau sentiasa berfikiran positif, cekal dan ingin selalu berjaya maka orang bawahan jika akan memiliki keyakinan seumpama itu.

Beliau juga percaya kepada ‘kehebatan’ bersedekah, membantu dan mempermudahkan urusan orang lain kerana insyallah Allah akan membantu kita.

-sinarharian

Batu Pahat: Pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Siti Juita Mastura Mohd Saleh mencatat sejarah menjadi wanita pertama Malaysia memiliki lesen juruterbang kawalan dron profesional.

Siti Juita Mastura, 39, memiliki lesen itu atau ‘Remote Pilot License’ (RePL) yang diiktiraf oleh Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam (CASA), Australia.

Beliau yang juga pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik di universiti berkenaan mempunyai kepakaran dalam bidang struktur dan reka bentuk pesawat, khususnya berkaitan struktur komposit.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada universiti yang menggalakkan kakitangannya untuk terbabit dalam aktiviti komuniti.

“Saya juga berpeluang untuk menyumbang khidmat bakti dan berkongsi ilmu berkaitan dron kepada komuniti setempat mahupun masyarakat Orang Asli menerusi program diatur UTHM,” katanya dihubungi hari ini.

Menurut beliau, dia bukan sahaja aktif dalam bidang penyelidikan malah menjadi penggerak kepada pembangunan pensijilan aeroangkasa, khususnya berkaitan program teknologi dron yang kini ditawarkan di UTHM.

“Melalui kerjasama dengan pihak industri, saya diberi geran penyelidikan oleh UTHM untuk membangunkan prototaip pesawat terbang rendah yang dikenali sebagai ‘wing-in-ground effect craft’.

“Dengan pemilikan lesen ini, saya berhasrat untuk meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk aeroangkasa selaras dengan hasrat negara untuk memperkasa industri aeroangkasa menjelang 2030,” katanya.

Menurut beliau, dia juga adalah lembaga pengarah dalam satu syarikat terbitan UTHM, Avitex Solution yang menjalankan aktiviti komersil produk berasaskan dron serta kursus asas pengendalian dron.

“Saya berharap, dengan tertubuhnya syarikat berkenaan, ia akan memberi peluang kepada UTHM untuk terbabit dengan lebih aktif dalam aktiviti konsultansi membabitkan aplikasi dron dalam pelbagai industri,” katanya.

-hmetro

Pelakon Norman Hakim, 45, terharu apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim, 17, memberikan wang hasil titik peluh kepadanya sebagai duit belanja.

Norman berkata, dia mulanya tidak sampai hati menerima pemberian ini kerana Danish belum mempunyai pendapatan yang tetap.

“Saya akhirnya akur untuk terima atas kapasiti apa yang saya pernah buat dengan ibu bapa sebelum ini. Saya tak nak dia kecil hati dengan tindakan saya.

“Saya tak pernah ajar anak untuk balas apa yang diberikan. Tapi dari kecil dia nampak apa amalan yang saya selalu buat.

“Saya ikut apa yang ibu bapa saya buat pada ibu bapa mereka (datuk dan nenek) jadi perkara ini bagaikan satu tradisi,” katanya kepada Harian Metro.

Perkongsian video berkenaan perkara ini dibuat Norman di Instagramnya dan ia mendapat reaksi positif daripada ramai pengikutnya.

Menurutnya, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperkenalkan oleh kerajaan ada hikmahnya apabila Danish yang sepatutnya menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) menggunakannya untuk mencari wang.

“Proses pembelajaran sekarang berjalan secara online. Selain jadi ‘influencer’ Danish turut gunakan platform media sosialnya itu untuk membuat sesuatu.

“Sebelum ini, dia belajar al-Quran dan sudah khatam beberapa kali. Malah, Danish juga berjaya tamatkan hafazannya dalam banyak surah. Kemudian, dia tergerak hati untuk mengajar mengaji bermula pada Jun tahun lalu menerusi platform ‘online’.

“Sebelum ini, dia menang suka mengikuti kelas mengaji menerusi ‘online’ yang sedia ada. Sambil belajar, dia juga ada keinginan mengajar,” katanya.

Norman berkata, dia pernah menasihatkan Danish supaya menyimpan wang, tetapi anaknya itu sudah membuat pembahagian sendiri termasuk memberikan wang kepadanya dan mamanya, Abby Abadi.

“Dia percaya kepada konsep taddabur al-Quran iaitu apabila bagi orang, rezekinya akan bertambah lagi. Perkara ini terdapat dalam Surah Al-Baqarah Ayat 261-262.

“Platform D’NGAJI Official bukan sahaja disertai oleh rakyat Malaysia, malah juga oleh rakyat Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat. Ada keluarga Malaysia yang menetap di luar negara pun mengaji dengannya.

“Itu yang buat pendapatannya bertambah. Dia ada ‘rate card’ mengajar dan raih pendapatan dari situ,” katanya.

Menurutnya, Danish akan mula mengajar mengaji selepas Asar sehingga jam 12 tengah malam.

“Kadangkala dia mengajar sampai jam tiga pagi. Saya terkejut dan tanya kenapa sampai begitu sekali, rupa-rupanya dia mengajar pelajar di luar negara.

“Dia jana pendapatan dan bagi balik pada masyarakat. Danish kerap bagi sumbangan kepada masyarakat.

“Pada usia 17 tahun, dia beri duit pada ibu bapa dikira dahsyat. Tak kisahlah berapa jumlahnya kerana yang penting ialah ingatannya,” katanya.

Selain Danish, perkahwinan Norman dengan bekas isterinya Abby Abadi pada 2002 turut dikurniakan Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

-hmetro

//poosoahe.com/4/2458908