Lifestyle – Apa Pun Share

DALAM usaha memastikan semua pelajar di negara ini mendapat kesamarataan pendidikan berkualiti demi melahirkan pemimpin masa depan, jenama produk isi rumah TOP sekali lagi mengambil inisiatif melancarkan Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan bersama pasar raya Tesco itu memfokuskan pada misi membantu kumpulan murid dan pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Selain menggalakkan mereka ke sekolah dengan kelengkapan mencukupi dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan, matlamat Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP itu turut membantu meningkatkan keyakinan diri para pelajar.

Pada masa sama, mahu mendidik anak-anak Orang Asli tentang keperluan menitikberatkan aspek penampilan diri yang bersih dan kemas.

Menurut Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li, inisiatif utama kempen berkenaan adalah untuk mengurangkan beban kewangan keluarga Orang Asli di Pos Tenau, Ulu Slim, Perak dan Kuala Rompin serta Sungai Lembing di Pahang.

Ujar beliau, masyarakat Orang Asli mewakili hanya 0.7 peratus daripada populasi rakyat Malaysia yang mana sebahagian besarnya tinggal di bawah garis kemiskinan.

“Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, transisi pelajar Orang Asli daripada sekolah rendah ke sekolah menengah adalah sebanyak 73.1 peratus berbanding purata kebangsaan iaitu 87.19 peratus pada 2017.

“Sementara itu, kadar purata kadar kehadiran pelajar Orang Asli ke sekolah rendah pula sebanyak 87.4 peratus lebih rendah berbanding purata kebangsaan.

“Justeru, bagi meningkatkan semangat baik murid mahupun pelajar daripada kalangan masyarakat berkenaan ke sekolah, kami bersama rakan strategik (Tesco) mengagihkan pakaian seragam, kasut, stokin, beg sekolah, alat tulis dan buku latihan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Femina baru-baru ini.

Direkodkan, kempen yang memasuki tahun keempat itu telah membantu lebih 1,800 orang pelajar dan murid berusia antara tujuh hingga 17 tahun daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan.

Bagi menjayakan kempen tersebut 30 sen hasil jualan produk terpilih jenama TOP di semua cawangan Tesco dan Tesco Online yang bermula pada 15 November hingga 15 Disember tahun lalu digunakan untuk membeli keperluan kanak-kanak Orang Asli kembali ke sekolah.

-sinarharian

Share and follow us

Karya jurugambar OKU diiktiraf

January 3, 2020 | Lifestyle | No Comments

MESKIPUN tergolong dalam kategori kelainan upaya penglihatan, namun Rashidi Abdullah, S Svivabalan dan Theng Tze Young tidak sesekali menjadikan kekurangan itu untuk menghasilkan sentuhan seni imej luar biasa.

Buktinya, karya tiga jurugambar lelaki itu termasuk seorang jurugambar wanita, Vivian Kwek telah diiktiraf oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd hingga dipaparkan dalam kalendar tahun 2020.

Kisah Rashidi sangat menyentuh perasaan. Meskipun masalah penglihatannya yang kian merosot, beliau berjaya merakam ilusi bentuk dan perspektif dalam fotografinya.

Sebuah buku yang ditulisnya bertajuk Monolog Budak Buta, menggabungkan puisi dan fotografi yang memaparkan pengalamannya sebagai insan kurang upaya dan penceramah motivasi sungguh mengagumkan.

Tidak kurang hebatnya buat Tze Young yang buta sepenuhnya selepas terlibat dengan satu kemalangan. Lelaki itu ternyata hebat.

Hanya berpandukan deria sentuh dan dengar, beliau sentiasa menggunakan emosi sebagai kanta dirinya bahkan penglibatannya dalam bidang fotografi deria menjadi contoh buat anaknya supaya cabaran yang dihadapi sesekali tidak menghalang impian.

Bagi Svivabalan pula, penglihatan yang terbatas dan perlu membuat pengecaman dengan jarak dekat tidak mengehadkan dirinya untuk terus bereksperimen dengan komposisi extravaganza.

Bijak bermain imej ruang umum, beliau yang sukakan permainan catur itu pernah bercita-cita menjadi jaguh catur dan pernah menyertai Sukma dalam sukan sama.

Pada Program Perintis Fotografi Deria yang dianjurkan oleh Pakatan Plus Community yang julung kalinya di Malaysia, Rashidi, Svivabalan dan Tze Young akan menonjolkan keupayaan mereka dari segi visualisasi dan konsep.

Paparan 12 gambar unik yang dihasilkan bertemakan keselamatan jalan raya itu mempunyai mesej tersendiri dan bertujuan untuk membantu masyarakat menyedari kepentingan soal keselamatan dari sudut berbeza.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, Chua Seck Guan berkata, pihaknya berusaha untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya menjelang 2020.

“Kami dengan matlamat iaitu mengurangkan separuh angka kemalangan jalan raya pada tahun ini dan percaya sentimen yang dibawa akan menjadi peringatan berguna kepada komuniti kita.

“Kalendar yang memaparkan hasil seni mereka merupakan salah satu daripada beberapa inisiatif yang dilaksanakan untuk memberi perhatian kepada topik ini dan kami berbesar hati bekerjasama dengan komuniti kurang upaya penglihatan, “ujarnya.

-sinarharian

Share and follow us

PAKAR kualiti air, Dr Zaki Zainudin berkata, teknologi rawatan air yang maju ‘dikuasakan’ Denmark bukan sahaja berupaya mengatasi masalah pencemaran malah berjaya mengawal isu keselamatan dalam konteks sekuriti air dengan bijak.

“Dua elemen itu harus kita fahami kerana ia bersangkut-paut dengan isu pencemaran hingga mengakibatkan gangguan bekalan air seperti di negara kita baru-baru ini.

“Ia sebenarnya bukan kerana teknologi rawatan air yang diguna pakai ketika ini kurang mantap tetapi ada isu lebih besar lagi,” katanya kepada e-Trend baru-baru ini.

Menghuraikan lebih lanjut, ujar Zaki, Malaysia masih menggunakan teknologi rawatan air konvensional standard yang sama diguna pakai negara maju seperti Amerika Syarikat.

“Bagaimanapun, saya lihat, sistem pengurusan lembangan sungai masih lemah dan tiada pelan sandaran jika berlaku insiden seperti pencemaran sungai sehingga menyebabkan berlaku gangguan bekalan air yang berulang.

“Aspek sekuriti air perlu dititikberatkan kerana isu itu melangkaui semua, bukan setakat pencemaran sungai sahaja dan perlu ada pelan b atau c jika berlaku insiden tidak diingini,” ujarnya sambil menambah isu gangguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini boleh diatasi sekiranya pelan (sandaran) iaitu menggunakan sumber air di tasik di Putrajaya sebagai bantuan sokongan dapat diimplemenkan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, di negara-negara maju tertentu, lazimnya para pemerintah akan mewartakan kawasan tadahan air tanpa sebarang bentuk pembangunan bagi mengelakkan berlaku pencemaran sumber.

“Bagaimanapun jika melihat keadaan di Semenyih yang semakin maju dengan pembangunan industri, pastinya isu pencemaran sukar dikawal dan insiden akan berulang-ulang kali.

“Sebab itu, sangat penting kita utamakan isu sekuriti air lebih-lebih insiden pencemaran sungai kerap berlaku di kawasan Lembah Klang yang menjadi pusat pentadbiran, politik dan industri,” katanya yang mencadangkan agar kerajaan Malaysia memantapkan lagi pengurusan lembangan sungai dan perlu mewartakan kawasan tadahan supaya bebas daripada pencemaran.

-sinarharian

Share and follow us

BAYANGKAN air dari paip boleh terus diminum tanpa perlu disuling atau dimasak!

Teknologi sofistikated yang digunapakai negara Nordik seperti Denmark memiliki keupayaan menguruskan sumber air terbaik dunia. Kualiti air paipnya selamat untuk diminum.

Menariknya, Denmark yang pernah berdepan pencemaran air serius 40 tahun lalu berjaya membawa anjakan paradigma. Penguatkuasaan kawalan polisi alam sekitarnya progresif secara berterusan.

Bukan sahaja Semenanjung Scandinavia itu, terdapat sembilan lagi negara memiliki kualiti air yang cukup bermutu tinggi sehinggakan lebih bersih berbanding air yang dijual dalam botol!

Saksikan video yang dikongsi e-Trend untuk semua.

-sinarharian

Share and follow us

MedTweetMY anjur kempen Kami #PilihSihat

December 4, 2019 | Lifestyle | No Comments

KEMPEN Kami #PilihSihat bersempena dengan Mini Simposium yang telah dianjurkan oleh Medical Tweet Malaysia (MedTweetMY) di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program Mini Simposium MedTweetMY merupakan kerjasama antara MedTweetMY, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Malaysia itu dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mini Simposium itu telah dihadiri oleh pelbagai kumpulan media sosial yang lain seperti Medical Mythbuster Malaysia, Ini Sains Beb, DoktorBudak, InfoSihat4U, Root of Sciences, Malaysian Male Nurse, Delegation of Nurses, Public Health Malaysia, Laman Minda, IMAM, Kenali Ubat Anda dan Geng Farmasi Otai.

Selain itu, wakil daripada KKM, Jabatan Kesihatan Negeri juga turut hadir sama.

Kempen Kami #PilihSihat adalah kesinambungan daripada kejayaan kempen #PerangMelawanMitos.

#PerangMelawanMitos fokus kepada memerangi fakta-fakta kesihatan yang tidak benar yang berlegar dalam kalangan masyarakat, manakala Kami #PilihSihat lebih menumpukan kepada gaya hidup sihat.

Dalam kenyataan media MedTweetMY, kempen dengan tanda palang (hashtag) baharu itu diharap dapat membantu berkait isu-isu kesihatan dalam negara.

“Diharapkan agar isu perubatan dan kesihatan awam daripada pelbagai bidang dapat dibincangkan dan diberikan pendedahan kepada masyarakat.

“Dr Dzulkefly telah menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi beliau terhadap gerakan kempen ini di media sosial dan berharap kami meneruskan perjuangan mendidik masyakat Malaysia,” ujar kenyataan itu.

-sinarharian

Share and follow us

PETALING JAYA – Besides the good and bad habits, they brought their different cultures and beliefs into the marriage.

That was how carpenter Darrel Khar, 30, said of his union with Syeronella Poksiu, who is a Sabahan from the Dusun tribe.

“I am used to mingling with different races and cultures, but when I met my wife she was from a whole different culture that I did not encounter in the peninsula.

“I believe that made me really interested in her and also, of course her beauty, ” said Khar, 30.

Marrying someone from a different race was never an issue with him, he said, since he was of mixed Chinese and Indian parentage himself.

About his wife, who is a nurse, he said: “Having to learn to adapt to the Dusun Tatana culture was very different than most of the races which I used to mix with.

“The culture of the Dusun Tatana has a mixture of animism, Buddhism and Christianity.”

He added that they would deal with problems and differences as they come along.

Yesterday, the Department of Statistics Malaysia said that 9 per cent of the marriages last year involved those of different ethnic groups.

This represented a minor increase compared to 2017.

For Gary George, who is a training manager at a hotel, race was never an issue for him and his Sabahan wife, lecturer Jenna Desiree Robert, when they walked down the aisle.

They only focused on what they had in common, he said.

“We look at our cultural similarities rather than differences.

“I embraced Sabah’s culture while she embraced my Indian culture.

“We have more in common rather than differences.

“And we are both Catholics, ” he said.

Jenna said she viewed Gary, 33, as man who was “respectful and responsible”.

“It was quite easy to adapt because there was no language barrier and we liked many of the same things.

“Sometimes, if I do not understand something in the Indian culture, I would ask him about it and he would explain.

“But culturally, I think my husband has been finding it a challenge to love some of the more local Kadazandusun dishes and raw seafood but he’s always up for the challenge, ” she said.

Senior HR consultant Ashvin Raj, 49, said he fell in love with his wife, who is Chinese, at first sight.

“It was kind of natural for me as I am quite used to the Chinese culture.

“But I always think of myself as a Malaysian first, ” he said.

Ashvin said the only difference that was apparent with his wife, Amy Teoh, 45, was when she speaks in Mandarin with her family.

AsiaOne

Share and follow us

TUKAR sampah menjadi duit

November 27, 2019 | Lifestyle | No Comments

Marlena bantu lebih ramai wanita jana pendapatan
PERCA-PERCA kain dan botol mineral yang diberikan sentuhan kreativiti hingga menjadi aksesori menarik mampu menjana pendapatan yang cukup lumayan.

Itu berjaya dibuktikan seorang usahawan yang juga tenaga pengajar program Pusat Cakna Bangun Ekonomi (PACBE) di bawah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Tanty Marlena Abdullah, 38, dari Taman Angkasa, Kuala Lumpur.

Lebih membanggakan, hasil kraftangan wanita gigih itu mendapat permintaan dari luar negara yang secara tidak langsung membantu lebih ramai wanita khususnya golongan berpendapatan rendah(B40) menjana pendapatan dari rumah.

Berkongsi cerita, suri rumah yang mesra disapa Marlena itu berkata, beliau kini menghasilkan hampir 10 jenis produk berasaskan jahitan manik dan kraftangan dengan bantuan tiga pekerja tetap yang merupakan peserta PACBE.

“Bidang utama saya sebenarnya jahitan manik dan antara produk lain ialah pembuatan bunga daripada kain perca, beg, shawl (selendang), kerongsang dan aksesori yang dihasilkan daripada botol mineral serta rantai.

“Paling mendapat permintaan ialah jahitan manik dan bunga daripada perca kain. Tempahan bagi jahitan manik sebenarnya tidak bermusim dan meningkat menjelang hari raya. Waktu itu saya akan tambah pekerja yang terdiri daripada peserta program PACBE,” katanya kepada Femina.

Menurutnya, bunga daripada kain perca pula bukan sahaja boleh dijadikan kerongsang, tetapi beliau juga menerima banyak tempahan daripada pereka fesyen yang mahu menggunakan aksesori itu pada hasil rekaan mereka.

“Aksesori dihasilkan daripada botol mineral pula mendapat permintaan daripada luar negara untuk program kitar semula, manakala shawl dipasarkan ke Singapura dan Brunei buat masa ini,” jelas beliau.

Marlena berkata, ‘produk’ utamanya buat masa ini ialah peserta PACBE memandangkan kini beliau merupakan tenaga pengajar selain usahawan.

“Sebelum menyertai JPW saya telah menjalankan perniagaan jahitan dan kraftangan sekitar tahun 2000 dan ketika menyertai program di bawah JPW kira-kira hampir 10 tahun lalu, saya cuma usahawan biasa- biasa sahaja.

“Di bawah JPW, saya sertai program perancang majlis dan selain dapat menimba pelbagai ilmu berkaitan termasuk dunia keusahawanan, saya juga diberi peluang menyertai kelas kaunseling. Saya juga dihantar menghadiri kursus-kursus bagi menghebatkan lagi cara mengajar.

“Bermula daripada itu, berbekalkan pengalaman dan kemahiran yang ada, saya buatlah kelas mengajar jahitan manik, kraftangan dan sehingga sekarang menjadi salah seorang tenaga pengajar peserta program PACBE dalam bidang jahitan,” ujarnya.

Menurutnya, setakat ini beliau mengajar lebih 2,000 pelajar setahun termasuk peserta PACBE dan lain-lain antaranya usahawan desa.

Marlena berkata, dia sendiri tidak pernah bermimpi untuk menjadi tenaga pengajar yang mampu membantu melahirkan usahawan wanita dan memperkasakan golongan itu sekali gus membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Setelah sertai JPW saya dapat melangkah satu tapak ke hadapan iaitu daripada usahawan kepada tenaga pengajar. Kepuasan sebenar saya rasa apabila segala diajar itu dapat difahami pelajar.

“Pelajar ini akan saya pantau untuk lihat perkembangan mereka selepas kursus, sejauh mana mengaplikasi segala yang dipelajari untuk menjana pendapatan masing-masing. Ada pelajar saya telah berjaya miliki premis perniagaan sendiri.

“Peniaga dan usahawan dua benda berbeza. Di dalam kelas saya selalu pupuk semangat peserta sebagai seorang usahawan, pimpin dan bimbing mereka,” katanya.

Wanita gigih itu berkata, beliau juga akan melihat kecenderungan minat pelajarnya dan menyalurkan mereka kepada program bersesuaian supaya mendapat latihan serta pentauliahan sewajarnya.

-sinarharian

Share and follow us

Kes sakit mental lelaki kerap gagal dikesan

November 27, 2019 | Health, Lifestyle | No Comments

KES Kesihatan mental dalam kalangan lelaki adalah tinggi tetapi kerap tidak dikesan kerana lelaki tidak menunjukkan simptom dan tanda kepada masyarakat.

​Ia berbeza berbanding wanita. Pengurusan kesihatan mental lelaki memerlukan pendekatan sensitif-jantina yang membantu lelaki untuk berfikiran lebih terbuka.

Selain daripada itu, cabaran terbesar adalah stigma masyarakat berhubung stereotaip negatif kepada individu dengan masalah mental dan dikaitkan dengan ‘gila’.

Stigma itu menjadikan individu berkenaan disisihkan kerana berbeza. Stigma itu juga memberi kesan kepada lelaki untuk mencari bantuan kesihatan mental kerana ketahanan mental yang tinggi berbanding wanita dan imej maskulin.

Lelaki lebih cenderung untuk menyendiri dan tidak berkongsi lalu melepaskan rasa atau kesedihan mereka melalui perkara lain seperti melakukan keganasan, mengambil alkohol, dadah atau membunuh diri.

-sinarharian

Share and follow us

Alzheimer bukan penuaan normal

November 27, 2019 | Health, Lifestyle | No Comments

Darah tinggi, kencing manis, obesiti dan kemurungan meningkatkan gejalanya yang berkait demensia atau nyanyuk

PENYAKIT alzheimer sangat berkait dengan gangguan progresif yang menyebabkan sel-sel otak merosot dan mati. Penyakit itu juga menjadi penyebab demensia yang paling biasa.

Ia akan mengakibatkan kemerosotan berterusan dalam kemahiran berfikir, tingkah laku dan sosial yang mengganggu keupayaan seseorang berfungsi secara bebas yang biasanya dikaitkan dengan anggapan masyarakat sebagai ‘sakit nyanyuk’.

Petanda awal yang mudah tentang penyakit itu lazimnya senang terlupa akan peristiwa mahupun topik perbualan yang baharu saja berlaku.

Andai kata penyakit berkenaan dibiarkan berlanjutan, seseorang yang mengalami alzheimer akan mengalami gangguan ingatan yang teruk sehingga kehilangan keupayaan menjalankan tugas seharian.

Lebih serius, penghidap alzheimer mungkin tidak dapat memahami perkataan yang biasa digunakan, mengenali ahli keluarga malah menjaga diri sendiri.

Kita semua akan tua. Justeru bagaimana untuk mengelakkan penyakit yang dikatakan sering dihidapi golongan berusia itu?

Perkongsian Mayo Clinic pula menekankan, belum ada rawatan yang mampu menyembuhkan penyakit alzheimer atau mengubah proses penyakit itu di otak.

Peringkat lanjut penyakit tersebut dikatakan menyebabkan komplikasi kehilangan fungsi otak yang teruk seperti dehidrasi, kekurangan zat makanan atau jangkitan malah mengakibatkan kematian!

Justeru apa rawatan berkesan untuk menangani gejalanya daripada bakal menyelubungi seseorang? Ikuti perkongsian Sihat:Aktif bersama beberapa pakar bagi menjawab persoalan berkaitan.

Dunia penderita alzheimer

AMIR Hamdan, 35, risau dengan perubahan ketara bapanya, Hamdan Rais, 67, sejak beberapa bulan lalu.

Pesara kakitangan kerajaan itu secara fizikalnya kelihatan sihat, tetapi kerap ‘hilang ingatan’.

“Biarpun baharu bercakap bapanya akan mengulangi pertanyaan yang sama. Kadangkala saya juga kurang faham apa yang hendak dipertuturkannya.

“Sering juga masalah ingatannya itu menyebabkan bapa saya lupa di mana dia meletakkan barang seperti kunci rumah dan dokumen penting. Jika bertanya pula, emosi mudah berubah, tiba-tiba boleh jadi begitu sensitif,” cerita Amir kepada Sihat:Aktif.

Risau dengan keadaannya yang dikhuatiri mempunyai masalah emosi semenjak pemergian ibu tersayang, Amir membawa bapanya itu berjumpa doktor. Hasil diagnosis, Hamdan didapati mengalami alzheimer!

Jika menyingkap dapatan Persekutuan Penyakit Alzheimer Antarabangsa (ADI), ADI menjangkakan pesakit alzheimer meningkat daripada 35.6 juta orang pada tahun 2010 kepada 65.7 juta orang (2030) dan 115.4 juta orang (2050).

Statistik dalam negara pula, bancian tahun 2010 menunjukkan Malaysia mempunyai hampir 2.2 juta atau tujuh peratus warga emas.

Jumlah kumpulan usia itu dijangka terus meningkat setiap tahun, malah negara ini diunjur akan menjadi ‘negara tua’ menjelang tahun 2030, iaitu apabila peratusan warga emasnya mencecah 15 peratus.

Ya, kita biasa mendengar alzheimer yang lazimnya menyelubungi warga emas. Namun, berdasarkan data tadi, adakah penyakit itu ‘gejala biasa’ yang tidak perlu diambil pusing oleh ahli keluarga terdekat dengan pesakit itu, apatah lagi masyarakat?

Menghuraikan tentang alzheimer, Sihat:Aktif mendapatkan pandangan Pakar Geriatrik Psikiatri, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, Dr Suhaila Mohamad Zahir.

Jejas fungsi otak

Penyakit alzheimer bukanlah proses penuaan yang normal. Ia suatu penyakit yang menjejaskan fungsi otak secara progresif yang membawa kepada penurunan dalam keupayaan otak untuk berfungsi dengan baik dari segi ingatan (memori), penghakiman, penggunaan bahasa, perancangan dan tingkah laku.

Itu merupakan salah satu daripada jenis demensia yang paling biasa ditemui, jelas Dr Suhaila.

Lebih lanjut terhadap tanda-tanda awal penyakit itu pula menurutnya mungkin tidak sama antara satu individu dengan individu yang lain.

“Namun, gangguan daya ingatan bersifat ringan sebagai contoh lupa tentang nama benda, tempat, kejadian atau kandungan percakapan yang baru berlaku adalah gejala-gejala yang sering berlaku.

“Di peringkat awal, ingatan tentang kejadian yang telah lama berlaku kebiasaannya masih belum terjejas,” terangnya kepada Sihat:Aktif.

Antara tanda-tanda awal alzheimer yang lain jelas Dr Suhaila adalah:

  • Mempunyai masalah mencari perkataan dan berkomunikasi. Kesukaran mencari perkataan yang betul untuk objek setiap hari adalah satu tanda demensia di peringkat awal. Seseorang yang mengalami demensia boleh lupa perkataan yang mudah seperti ‘cawan’ dan menggantikannya dengan perkataan yang lain atau frasa seperti ‘benda yang digunakan untuk mengisi air untuk minum’.
  • Mengalami kesukaran untuk merancang dan penyelesaian masalah serta membuat keputusan yang biasa dilakukan.
  • Keupayaan untuk memahami idea-idea abstrak dan menyelesaikan masalah terjejas. Sebagai contoh seseorang yang mengalami alzheimer dementia mungkin terlupa atau tidak memahami bahawa beliau perlu membayar apabila membeli barang.
  • Perubahan emosi dan tingkah laku. Boleh berubah menjadi murung, cepat gelisah dan bertukar menjadi cepat terganggu sama ada dari segi percakapan atau tingkah laku. Emosi menjadi lebih sensitif dan cepat berubah-ubah tanpa alasan yang jelas.
  • Perubahan dalam personaliti. Boleh menjadi lebih pendiam atau lebih cepat marah.
  • Hilang minat dengan kerja dan aktiviti kemasyarakatan.
  • Tidur lebih kerap pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

Sejenis gangguan mental?

Gejala psikologi dan tingkah laku berkait rapat dengan penyakit alzheimer dementia (AD), jelas Dr Suhaila.

Kajian menunjukkan 64 peratus daripada pesakit AD mengalami sekurang-kurangnya satu jenis gejala-gejala psikologi dan tingkah laku dalam konteks demensia.

“Antara gejala psikologi yang boleh berlaku adalah delusi, halusinasi, kemurungan, anxiety dan sukar tidur.

“Sementara gejala tingkah laku adalah seperti percakapan yang agresif, kegelisahan dan berjalan mundar-mandir tanpa tujuan,” kata beliau.

Terang Dr Suhaila lagi, gangguan emosi seringkali berlaku di peringkat ringan (mild) pada fasa penyakit AD. Gangguan tingkah laku dan gejala psikosis seperti halusinasi dan delusi sering berlaku dalam kalangan pesakit AD yang berada di peringkat sederhana (moderate).

Pun begitu, apabila penyakit AD itu mengalami progresif ke fasa advance, gejala psikologi dan tingkah laku akan semakin berkurangan.

Siapa ‘sasaran’ penyakit demensia itu?

AD seringkali dihadapi oleh seseorang yang berusia 65 tahun ke atas. Anggaran prevalens adalah sebanyak lima peratus untuk mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan berganda setiap lima tahun, sehingga melebihi 25 peratus bagi umur 85 tahun ke atas.

Namun ia juga boleh berlaku dalam kalangan yang berumur kurang dari 60 tahun, kata Dr Suhaila.

Seperkara menurutnya, faktor genetik hanya kurang lima peratus daripada kesemua kes-kes AD.

Boleh disembuhkan?

Menjawab tanda tanya itu, terang beliau rawatan yang ada boleh melambatkan proses kemerosotan penyakit, terutamanya pada peringkat ringan atau awal tahap demensia.

“Penting mengenalpasti masalah ini pada peringkat awal kerana masih banyak peluang untuk intervensi tingkah laku dan rawatan dengan ubat.

“Dinasihatkan juga untuk mengamalkan cara hidup sihat termasuk menjaga pemakanan, senaman konsisten dan mempelajari sesuatu baru yang boleh merangsang minda,” katanya.

Mengulas bentuk rawatan yang boleh diberikan jelas Dr Suhaila ia adalah dengan:

1 Ubat-ubatan – Untuk melambatkan proses kemerosotan fungsi kognitif. Ada juga rawatan untuk masalah kemurungan, kegelisahan dan psikosis.

2 Kognitif stimulasi – Intervensi stimulasi kognitif seperti terapi reminiscent, kerja-kerja kraftangan, padanan perkataan dan gambar sama ada secara individu atau berkumpulan boleh membantu meningkatkan kualiti kehidupan dan aspek komunikasi pesakit. Sebaiknya, intervensi stimulasi itu berpadanan dengan tahap keupayaan pesakit.

3 Intervensi tingkah laku – Kenal pasti apakah perkara atau situasi yang menyebabkan tercetusnya gejala tingkah laku tersebut. Itu kerana kebanyakan masa, situasi yang mencetus gejala boleh diubah atau diperbaiki agar mengurangkan gejala tingkah laku itu.

4 Terapi psikologi penjaga pesakit – Dalam merawat pesakit AD, kesihatan mental keluarga yang menjaga pesakit juga diambil kira. Terapi sokongan dan intervensi psikologi boleh diberikan kepada ahli keluarga atau penjaga yang memerlukan.

-sinarharian

Share and follow us

Vaksin pneumokokal diberi percuma tahun depan

November 19, 2019 | Lifestyle | No Comments

SETIAP tahun, kira-kira dua juta kanak-kanak meninggal dunia akibat pneumonia di seluruh dunia.

Pneumonia boleh dicegah antaranya melalui pengambilan vaksin.

Menurut pihak Kementerian Kesihatan, sebagai sebahagian dari Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin Pneumokokal akan diberikan secara percuma kepada bayi bermula tahun depan.

Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi- pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan itu disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria, virus, fungi dan mikrob.

Bagaimana anda mendapat penyakit ini?

Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil “flora” semula jadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini dari memasuki paru-paru dan menimbulkan masalah.

Apabila keadaan badan anda lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah.

Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali.

Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau Pneumonia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.

Tanda dan gejala

Kadangkala pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza, bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur. Gejala-gejalanya termasuklah:

• Demam (390-400C) dan menggigil.

• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).

• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam

• Bernafas dengan cepat dan pendek,

• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.

• Berpeluh dan muka kelihatan merah.

• Hilang selera makan atau perut meragam.

Bagi kes pneumonia disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapat jangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder.

Tabiat yang baik

• Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.

• Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa.

• Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selesema dan batuk).

• Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi sistem imun badan.

• Amalkan kebersihan diri yang baik.

Rawatan

Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:

• Minum lebih banyak cecair, antara lapan hingga 12 gelas sehari. Lebihan cecair akan dapat mencairkan mukus.

• Berehat secukupnya.

• Berhenti merokok.

Berjumpalah doktor sekiranya…

• Gejala-gejala masih berterusan.

• Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan.

• Kesesakan nafas semakin teruk.

• Batuk yang berpanjangan.

• Kahak berubah warna.

• Sesak dada.

• Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.

• Kahak mengandungi darah.

• Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.

• Fikiran terkeliru

-sinarharian

Share and follow us