Category: News

Kejamnya kau dik!

February 25, 2021 | News | No Comments

Seorang remaja perempuan di Mesir dilaporkan menggantung seorang kanak-kanak berusia empat tahun hingga mati.

Dia mengaku melakukan perbuatan itu akibat terpengaruh video di YouTube.

Portal Gulf News melaporkan, remaja perempuan berusia 13 tahun itu mengaku menggantung kanak-kanak perempuan itu selepas mendapat ilham daripada YouTube.

Media Mesir melaporkan, remaja berusia 13 tahun itu mengatakan kepada polis dia melihat ada seorang kanak-kanak berjalan sendirian di jalan.

Budak itu meminta dihantar kembali kepada ibunya.

Remaja itu membawa kanak-kanak itu ke sebuah bangunan yang memiliki alat corong udara diperbuat daripada besi di Useem, Giza dekat Kaherah.

Di sana, dia memasang kabel ke sangkar besi dan menggunakannya untuk menggantung anak yang berusia empat tahun itu, sehingga mangsa mati.

Di dalam corong udara, remaja itu menutup mulut anak kecil yang menangis.

Dia menjadikan kabel sebagai tali penggantung dan menggantung anak tak berdosa di situ.

“Saya berfikir melakukan apa yang saya lihat di YouTube,” kata remaja perempuan itu sebagaimana dipetik media swasta Al Masri Al Youm.

Melihat anak kecil itu mati, remaja itu melarikan diri ke rumah ibu saudaranya.

Ia memandangkan ibu bapanya bercerai dan dia tinggal bersama wanita itu.

Tidak lama kemudian, polis diberitahu mengenai penemuan mayat kanak-kanak yang dibunuh.

Siasatan mendapati remaja terbabit mengaku membunuh budak berkenaan.

Laporan mengatakan, remaja itu berulang kali menonton tayangan video YouTube yang menjadi sumber rujukan untuk melakukan perbuatan yang mengakibatkan kematian.

HM

Ledakan cemburu

February 25, 2021 | News | No Comments

 Akibat cemburu, seorang isteri nekad menembak mati wanita muda yang duduk di sisi suaminya di sebuah bar di Tiangua, timur laut Brazil.

Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan berada bersama lima rakan di meja makan.

Express Digest melaporkan mangsa, Djaiane Batista Barro, 26, maut akibat tembakan di kepala.

Ketika kejadian, Dayane Rafaella de Silva Rodrigues, 31, pergi ke bar itu dengan membonceng motosikal.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu menunjukkan dia meluru masuk ke bar berkenaan sebelum melepaskan beberapa das tembakan.

Ia terkena seorang wanita muda yang berada di meja suaminya dan mangsa dikenali sebagai Djaiane.

Tembakan turut terkena lelaki berusia 24 tahun yang dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Rakaman CCTV turut menunjukkan si suami bergelut untuk merampas pistol dipegang isterinya.

Bagaimanapun, tidak tahu apa terjadi selepas itu.

Wanita terbabit meninggalkan kawasan itu dengan membawa beg tangannya.

Susulan kejadian, polis menahan Dayane Rafaella untuk membantu siasatan.

Berdasarkan siasatan, wanita itu melepaskan tembakan kerana marah suaminya yang berada di premis berkenaan.

Polis berkata, mereka sebelum itu bergaduh mengenai sikap si suami yang sering ke bar berkenaan.

Dayane Rafaella mendakwa ketika kejadian dia hanya melepaskan tembakan secara rambang untuk menyuruh suaminya beredar.

Wanita itu juga dilaporkan tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

HM

Every once in a while, a food video goes crazy viral on social media. Often it is for a bizarre food combination that disgusts the internet. However, this time a street food vendor is going viral for his unique serving skills.

RAJINIKANTH STYLE DOSA IMPRESSES INTERNET

A dosa food stall in Mumbai is grabbing eyeballs with its ‘Rajinikanth-style’ dosa, and the video is going crazy viral. The clip titled ‘Mumbai’s Famous Rajnikant Style Dosa! (sic)’ was shared on Facebook by a page called Street Food Recipes.

Take a look:

According to the clip, the stall has been there for 30 years. The stall called Muthu Anna Dosa Centre, named after the vendor Muthu, is situated in Dadar, Mumbai.

Superstar Rajinikanth inspired the vendor to come up with his signature style of quickly making, cutting, plating and sliding the dosa over to a helper in split seconds. One can see that the man is serving a variety of dosas like the Masala Dosa, Mysore Dosa and more at his stall.

HOW DID THE INTERNET REACT?

After the video went viral, it was shared on various social media platforms. Till now, it has garnered more than 77 million views, millions of likes and thousands of comments.

Earlier, another video from Mumbai also went viral. It showed a roadside food stall serving its famous flying dosa. In the clip, the stall owner finished making dosa and flung it high in the air to reach the waiting customers.

-indiatoday

Sudah 4 jam, bomba masih cuba padamkan api

February 25, 2021 | News, Viral | No Comments

Sungai Petani: Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sejak empat jam lalu dilaporkan sedang berusaha memadam kebakaran yang berlaku di ladang kelapa sawit berhampiran SP Saujana, di sini.

Ladang kelapa sawit itu dianggarkan seluas empat hektar.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada 9.35 malam.

Menurutnya, dua pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya dan Sungai Petani tiba di lokasi jam 9.41 malam.

“Kami dapati kebakaran itu membabitkan longgokan pokok kelapa sawit yang kemudiannya merebak di ladang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan pemadaman BBP Amanjaya, BBP Sungai Petani dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) yang hadir ke lokasi mengawal kebakaran dibahagikan kepada tiga sektor iaitu sektor satu menggunakan satu aliran 700 kaki dua pancutan, sektor 2 menggunakan 1 aliran 500 kaki dua pancutan dan sektor tiga menggunakan satu aliran 500 kaki dua pancutan air jentera bomba serta PBS dan water tanker.

Beliau berkata, operasi pemadaman masih diteruskan setakat ini dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

-hmetro

Sabah isytihar wabak ASF di daerah Pitas

February 25, 2021 | News | No Comments

KOTA KINABALU – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) pada Selasa mengisytiharkan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Pitas berikutan penemuan virus itu dalam babi yang diternak di daerah itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri berkata, dengan pengisytiharan itu, jabatan berkenaan telah diberikan kuasa di bawah Subseksyen 45(1) Enakmen Haiwan 2015, untuk mengambil tindakan bagi mencegah penularan wabak itu.

“Ini termasuk memusnahkan babi di kawasan terjejas, mengawal pergerakan babi dan penjualan produk daging babi yang berasal dari kawasan terjejas.

“Pada masa sama, kampung dan premis terjejas akan dinyahkuman dan kerajaan menerusi JPVS akan melaksanakan kempen kesedaran untuk meningkatkan kefahaman orang ramai tentang penyakit ini,” katanya dalam kenyataan di sini.

Jeffrey berkata, pemusnahan kesemua babi yang terjejas akan dilakukan secepat mungkin kerana ASF merupakan penyakit yang sangat mudah berjangkit dan tiada ubat atau vaksin untuk mencegah penyakit itu.

Beliau berkata, kerajaan akan menimbang untuk memberikan pampasan kepada penternak yang babi mereka dimusnahkan oleh JPVS, berdasarkan kadar yang akan ditentukan kemudian.

Jeffrey berkata, langkah kawalan ini akan diselaraskan menerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah dan dijangka diselesaikan dalam masa enam bulan.

“Matlamat utama kami adalah untuk menghentikan penyakit ini daripada merebak ke ladang babi secara komersial di Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau,” katanya.

Pada masa ini, penyakit ASF tidak menjejaskan pengeluaran daging babi untuk kegunaan domestik yang dianggarkan bernilai RM300 juta setahun.

“Kami mengambil maklum keputusan kerajaan Sarawak yang melarang babi dan produk dagingnya dari Sabah. Bagaimanapun, kami yakin larangan itu tidak akan memberikan kesan yang besar kepada industri daging babi di Sabah,” katanya dan mengulangi bahawa ASF yang merupakan penyakit khusus untuk babi, tidak berbahaya kepada manusia.

Sementara itu, Jeffrey berkata, JPVS sedang melakukan Banci Ternakan di seluruh negeri untuk mengumpul data lengkap mengenai industri ternakan dan perkhidmatan veterinar bagi membantu merangka dasar, kawalan penyakit dan program lain.

“Jabatan itu memohon kerjasama daripada orang ramai yang akan melawat premis mereka untuk mengadakan temu bual. Program ini dijangka berakhir pada April tahun ini,” katanya menambah banci itu juga termasuk haiwan domestik seperti kucing dan anjing.

-sinarharian

Mati dikelar, atau ditetak dengan parang

February 25, 2021 | News | No Comments

Alor Setar: Polis mengesahkan warga emas berusia 73 tahun yang mati dipercayai dibunuh seorang lelaki sebelum mayatnya ditemui di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti dekat sini, semalam dikelar atau ditetak dengan parang.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berdasarkan laporan bedah siasat mendapati, mangsa dipercayai mengalami kecederaan pada leher akibat tekanan objek tajam.

Beliau berkata, kes masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 4.30 semalam, polis dimaklumkan dua lelaki bergaduh di Lebuhraya Sultan Abdul Halim di sini, sebelum menemui mayat lelaki warga emas di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Suka Menanti yang dipercayai mangsa pergaduhan itu tidak lama kemudian.

hmetro

Kuala Lumpur: Sejak pendaftaran vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam, seramai 637,000 individu sudah mendaftar sebagai penerima menerusi medium itu, setakat 9 malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata, pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai Covid-19 termasuk program vaksinasi.

“Aplikasi MySejahtera sekarang mempunyai hampir 21 juta pengguna unik dan mereka semua aktif, setiap hari kita dapat hampir 18 hingga 20 juta check-in. Itu menunjukkan banyak interaksi dan penggunaan MySejahtera dalam kalangan rakyat.

“Buat masa ini, kita memang tidak mewajibkan penggunaan MySejahtera tetapi menggalakkan rakyat Malaysia untuk menggunakannya. Mewajibkan sesuatu bukan selalunya strategi kami, ia datang dengan kesukarelaan,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan tajuk ‘Vaksin Covid-19: Selamat dan Berkesan?’ semalam.

Exco Perancangan Strategik Kempen Vaksinasi Medical Mythbusters Malaysia Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim turut menjadi tetamu program itu.

Petang semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan program pendaftaran vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pelaksanaan program imunisasi itu.

Majlis pelancaran diadakan selepas perdana menteri menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 2.43 petang, sekali gus menjadi individu pertama menerima vaksin itu di negara ini.

Pendaftaran melalui Aplikasi MySejahtera antara lima kaedah pendaftaran secara dalam talian atau secara manual yang disediakan kerajaan untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 dalam negara.

Selain aplikasi MySejahtera, satu lagi kaedah secara dalam talian ialah melalui laman sesawang khas www.vaksincovid.gov.my, manakala bagi pendaftaran secara manual, orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir di fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Dalam pada itu, Dr Mahesh turut memberi jaminan mengenai keselamatan data pengguna MySejahtera memandangkan aplikasi itu di bawah akta penting seperti Akta Perubatan 1971 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, selain turut menjalankan hubungan strategik dengan Agensi Keselamatan Siber Negara.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 48 peratus kontak rapat Covid-19 berjaya dikesan melalui aplikasi MySejahtera.

hmetro

Polis selamatkan amah Kemboja mangsa dera

February 25, 2021 | News | No Comments

Bukit Mertajam: Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah wanita warga Kemboja yang dipercayai didera majikannya di sebuah rumah di Jalan Perpaduan Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan daripada orang awam pada 9.30 malam.

“Polis kemudian menjalankan pemeriksaan ke atas kediaman itu sebelum menemui seorang wanita warga Kemboja berusia 30-an berada di atas lantai dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

“Terdapat beberapa kesan kecederaan fizikal di bahagian muka, kesan parut melecur di lengan, luka bekas jahitan, dan beberapa kesan calar di badan dan kaki mangsa.

“Mangsa mengadu didera oleh majikannya (isteri) termasuk dengan cara dipukul, disimbah air panas, dicubit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, mangsa memaklumkan bahawa dia sudah dua tahun bekerja dengan suami isteri terbabit.

“Mangsa dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

“Susulan daripada insiden ini, suami isteri masing-masing berusia 50-an dan 60-an ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 13 dan Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

hmetro

Tergamak cabul anak tiri

February 25, 2021 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan polis hari selepas didakwa mencabul anak tirinya sejak tahun lalu di rumah mereka di Salak Selatan, di sini.

Kejadian menimpa remaja perempuan berusia 15 tahun itu terbongkar selepas ibunya menyedari perubahan tingkah laku mangsa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek akan melakukan perbuatan terbabit dengan meraba mangsa ketika isterinya keluar ke tempat kerja.

Menurutnya, akibatnya mangsa mengalami tekanan dan trauma sehingga memberontak dan pernah melarikan diri dari rumah.

“Ibunya yang menyedari ada sesuatu berlaku ke atas anaknya kemudian bertanya sebelum mangsa menceritakan kejadian itu,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Sebaik menyedari kejadian menimpa anaknya mereka kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan Sabtu lalu untuk tindakan selanjutnya.

Siti Kamsiah berkata, susulan itu suspek kemudian ditahan hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

hmetro

Akibat aksi bodoh, penduduk terpaksa ‘bergelap’

February 25, 2021 | News | No Comments

Beijing: Ribuan penduduk di Chengdu di China bergelap selepas seorang lelaki melakukan senaman tekan tubi di atas tiang elektrik.

Dalam kejadian Ahad lalu, pihak berkuasa memutuskan bekalan elektrik kerana tindakan itu membahayakan diri pelaku dan penduduk setempat.

Gulf News melaporkan senaman itu dilakukan pada ketinggian 10 meter dan dia kemudian ditahan kerana perbuatan itu.

Kejadian dimuat naik di platform media sosial China, Weibo yang menunjukkan lelaki itu melakukan tekan tubi di atas tiang elektrik.

“Pihak berkaitan menutup punca elektrik menyebabkan bekalan terputus menjejaskan ribuan rumah,” kata media tempatan, People’s Daily.

Sementara itu, satu lagi media tempatan, The Paper melaporkan unit kecemasan termasuk pasukan perubatan diarah ke lokasi kejadian.

Tidak diketahui sebab lelaki itu melakukan senaman sebegitu namun media tempatan melarang aksi berkenaan ditiru penduduk setempat dan menganggap ia berbahaya.

Insiden berkenaan menjadi tular di media sosial dengan tanda pagar berkaitan aksi itu mendapat tontonan 1.7 juta.

Seorang netizen begitu marah kerana rumahnya terputus bekalan elektrik disebabkan kejadian.

“Selepas membaca berita dan mengetahui alasannya, saya semakin marah,” katanya.

Seorang lagi pengguna Weibo juga tidak beranggapan insiden itu kelakar.

“Gangguan elektrik menyebabkan kerugian besar dan boleh menyebabkan kemalangan serius,” katanya.

Bagaimanapun, tiada maklumat daripada pihak berkuasa mengenai kejadian berkenaan.

hmetro

//stawhoph.com/afu.php?zoneid=2458908