News – Page 3 – Apa Pun Share

Empat kali ‘dikecewakan’ bank

November 8, 2019 | News | No Comments

JIKA anda pernah berdepan kekecewaan apabila permohonan pembiayaan ditolak pihak bank, bayangkan jika situasi itu berulang empat kali.

Kecewa dan hampir berputus asa, namun ia tidak sama sekali melemahkan semangatnya untuk terus berusaha memohon pembiayaan bagi memiliki kediaman sendiri.

Selepas meninjau pelbagai pilihan perkhidmatan perbankan untuk pembiayaan perumahan, Siti Norhawa Mohd Ali, 29, akhirnya berjaya mendapat kelulusan pembiayaan, namun pada jumlah yang tidak mencukupi.

Siti Norhawa berkata, memandangkan ketika itu dia belum berkahwin dan gaji sebagai graduan yang baru tamat belajar masih kecil, sukar untuknya melepasi syarat bank bagi mendapat pinjaman penuh.

Perkara berkenaan menyebabkan dia perlu meminjam sejumlah wang daripada ibu bapa untuk mencukupkan pembayaran penuh bagi pembelian terbabit.

“Walaupun banyak halangan untuk melunaskan isu kewangan, akhirnya saya boleh menarik nafas lega setelah semuanya selesai.

“Ketika saya membeli rumah itu, saya belum didedahkan ilmu hartanah jadi hanya membeli mengikut kemampuan dan lokasi yang dilihat bersesuaian.

“Bagi saya, sekiranya seseorang itu ada ilmu hartanah, proses ini akan menjadi lebih mudah dan efektif kerana komitmen pemilikan rumah ini adalah untuk jangka masa panjang,” katanya.

Sebagai eksekutif penyelidikan strategik di sebuah agensi, dia berpuas hati dengan kediaman pertama yang dimilikinya di Sky Awani Residence, Sentul Perdana, sebuah projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) pada harga RM300,000.

“Saya mula mendiami rumah ini pada Oktober 2018 dan kini sudah genap setahun menetap di rumah ini.

“Walaupun ia hanya sebuah rumah strata dengan keluasan 800 kaki persegi, saya sangat teruja ketika kali pertama menduduki rumah in.

“Ini impian saya sejak kecil untuk mempunyai rumah sendiri dan pada masa sama, sangat gemar menghias rumah dan dengannya, saya bebas memilih corak dan rekaan yang boleh disesuaikan dengan perabot,” katanya.

Mengulas lanjut, Siti Norhawa berkata, rumah adalah keperluan, berbeza dengan memiliki kereta yang dilihatnya sebagai kehendak.

“Rumah akan menjadi aset kita pada masa akan datang dan ia boleh mendatangkan pendapatan balik selepas beberapa tahun sekiranya dalam keadaan terdesak.

“Memandangkan ini rumah pertama, saya turut mempunyai perancangan membeli rumah untuk pelaburan.

“Namun, ia hanya boleh dilakukan sekiranya keadaan kewangan lebih stabil dalam masa lima hingga 10 tahun lagi,” katanya.

hmetro

Share and follow us

Guru ditipu beli kereta tak wujud

November 7, 2019 | News | No Comments

Seorang guru yang datang ke kedai kenderaan di Batu Caves, Selangor untuk mengambil kereta yang dibeli hampa apabila premis berdasarkan alamat diberikan jurujual tidak wujud, malah kereta jenis Proton Arena dibelinya juga tiada di lokasi.

Ekoran kejadian, guru berusia 40 tahun itu kerugian RM2,000 apabila wang pendahuluan yang dibayar untuk kenderaan tersebut lesap selepas jurujualnya gagal dihubungi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik dengan sebuah kereta jenis Proton Arena yang diiklankan melalui sebuah portal pengiklanan pada 3 November lalu.

Menurutnya, mangsa telah berurusan dengan jurujualnya bagi pembelian kereta berkenaan yang ditawarkan pada harga RM6,800.

“Pada hari yang sama, mangsa telah membuat pemindahan wang RM2,000 melalui aplikasi Maybank2U ke akaun seorang lelaki sebagai wang pendahuluan.

“Jurujual berkenaan (suspek) memberikan satu alamat di Batu Caves untuk mangsa datang menyelesaikan baki bayaran dan mengambil kereta tersebut,” katanya.

Mohd Wazir berkata, mangsa syak ditipu selepas mendapati kedai berkenaan tidak wujud dan jurujual pula gagal dihubungi.

Berikutan laporan dibuat, pihaknya kini sedang mengesan pemilik akaun bank bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

SH

Share and follow us

A Malaysian bridal boutique is attracting backlash after they went a little too far off the beaten path for a recent photoshoot.

The offending photos featuring models using actual gravestones as props circulated on Malaysian Twitter after user chrissytwittwit posted a series of tweets on Nov 5 calling out Mumyqueen Wedding Couture for their tone-deaf photoshoot in a Christian cemetery.

She wrote: “People surely will do anything just for the sake of attention. If you sit on my family’s grave, I will find you right away girl.”

“For us Christians, the cemetery is considered as a sacred/holy ground that has been blessed by the priest, ” she explained.

In response to some Muslims who were apologising on behalf of the models, she added: “There is no need for you guys to say sorry on behalf of your religion.”

“No matter your race or religion, If you’re an idiot, you’re an idiot. We’re not angry because of their race or religion but because they lack respect for the places of others.”

A video of the photoshoot showed at least two photographers and seven models at the cemetery.

The models, dressed in intricate gowns and toting flower bouquets, sat on several different graves for the shoot.

One model even went so far as to lie between two graves while a photographer hovered over her with one foot on each grave.

According to chrissytwittwit, she had tried contacting the boutique owner via social media to request that they take down the photos but had gotten blocked instead.

The photos ignited a heated debate among Malaysian netizens, with many slamming the company for their insensitivity.

“I know the concept you are trying to go for. But this concept doesn’t fit in Malaysia. Respect other religions.”
PHOTO: Screengrab/Twitter
“Let’s see their reaction if there are non-Muslims posing on the grave of their family …. cheap marketing.”
PHOTO: Screengrab/Twitter

Others placed the blame on the photographers and said that they should have known better.

PHOTO: Screengrab/Twitter
“The photographer is also stupid. They could be doing it for the money.”
PHOTO: Screengrab/Twitter

On the other hand, some argued that there was nothing wrong with taking photos at a cemetery.

“But really .. those who are shooting horror movies or involved in shoots at the cemetery, are those accepted? Same case with this post I think.”
PHOTO: Screengrab/Twitter

Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, the founder of Mumyqueen Wedding Couture, apologised for the photoshoot in an interview with Harian Metro today (Nov 6), saying in Malay: “I admit my mistake and apologise to all that I offended.”

Amirah also clarified that the pictures taken on Sunday (Nov 3) were shared “for fun” and were not intended to ridicule any other religion or to seek publicity.

She had chosen to take the pictures in a cemetery to “be different” and had taken inspiration from photoshoots from other countries.

“At any rate, I accept the criticisms of the public with an open heart and admit my mistakes but please do not blame the models,” she said.

AsiaOne

Share and follow us

BERJALAN seperti model sambil memperagakan perut buncit. Bunyi agak aneh tetapi itulah realiti menerusi Pertandingan Perut Buncit Bergaya yang akan diadakan awal Disember ini.

Menerusi pertandingan itu, peserta lelaki hanya perlu ‘catwalk’ bergaya, menampilkan perut buncit dan berpakaian menarik sebagai syarat utama memenangi pertandingan.

Penganjur yang juga ahli perniagaan, Alex Soh, 44, berkata, pertandingan unik itu bakal diadakan di Kompleks Sukan Beaufort, Sabah dengan sasaran penyertaan 50 orang pada 1 Disember ini.

“Lelaki perut buncit juga mahu pengiktirafan seperti pertandingan ratu cantik atau bina badan yang selalu menjadi rebutan penyertaan.

“Idea di sebalik pertandingan ini adalah bagi meraikan mereka yang mempunyai perut buncit dan wanita seharusnya bangga mempunyai pasangan seperti ini.

“Disebabkan itu saya mengadakan pertandingan unik ini bagi memberi pengiktirafan kepada mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, setakat ini dia menerima 10 penyertaan daripada ‘lelaki perut buncit’ dan mengharapkan lebih ramai dengan ciri-ciri sama tampil bagi memeriahkan pertandingan.

“Menggunakan tema ‘Jangan Malu, Jangan Segan’, saya mengharapkan penyertaan daripada ramai pihak terutama dari Semenanjung, setakat ini yang berdaftar dengan saya peserta sekitar Sabah saja.

“Syarat penyertaan peserta mesti berusia 30 tahun ke atas dan mempunyai perut buncit, tidak kisah saiz pinggang berapa asalkan kita boleh nampak perutnya,” katanya.

Ditanya bagaimana pemenang akan dinilai, Alex berkata, peserta diadili dua pengadil yang menilai peserta ‘catwalk’ paling bergaya, wajib mempunyai perut buncit dengan pakaian menarik.

“Peserta perlu ‘catwalk’ dengan bergaya di depan 3,000 hingga 4,000 penonton.

“Mereka yang menerima sorakan paling kuat daripada penonton juga akan menerima markah lebih dengan pakaian menarik.

“Ibaratnya seperti pertandingan ratu cantik tetapi peserta kali ini terdiri daripada lelaki perut buncit.

“Yuran penyertaan hanya RM35 dan peserta berpeluang membawa pulang wang tunai RM400 untuk tempat pertama seterusnya RM300 di tempat kedua manakala RM200 tempat ketiga diiringi sijil penyertaan,” katanya.

Katanya, pertandingan itu bakal mendapat liputan meluas dari media antarabangsa yang tertarik dengan keunikan acara itu sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Harian Metro

Share and follow us

Earlier this week, Bukit Aman warned that they will take legal action against parents whose children are caught using ‘basikal lajak’

According to Bukit Aman Traffic Enforcement and Investigation Department director datuk Azisman Alias, police can charge the parents under Section 33 of the Child Act 2001.

Children getting involved in dangerous cycling activities poses risk to the children themselves as well as other motorists.

“The section provides that it is an offence for parents or guardians for leaving their children without reasonable care and supervision,” Azisman was quoted saying by Bernama during a press conference in Bukit Aman on Monday, 4 November.

He added that if convicted, the parents of these kids can be fined up to a maximum of RM 20,000 or imprisonment for a term not exceeding five years, or both.

Azisman said that as kids under the age of 10 cannot be convicted for an offence, parents would be held responsible for their actions

“Many of the children involved are below the age of 10 and according to the laws we have, we cannot take any action against them other than holding them until their parents or guardians come to collect them,” he was quoted as saying by The Star.

Meanwhile, Bernama reported that so far, the only enforcement action the Bukit Aman has taken was to seize the bicycles and issue summonses based on the provisions of the Road Traffic Rules 1959 (LN 166/1959), as well as sections 54 and 112 (1) of the Road Transport Act 1987.

He warned that if they do not act, it’s just a matter of time before another case similar to the one in Johor Bahru – where a woman was involved in an accident which killed eight teen cyclists – repeats itself

“There have been eight fatalities linked to this ‘mat lajak’ issue but I believe there are many cases of broken limbs and injuries that go unreported,” The Star quoted Azisman as saying.

“We need to act quickly as these impressionable children could graduate to become ‘mat rempit’ and street thugs in the future.”

Meanwhile, Deputy Minister Hannah Yeoh has said that the Ministry of Women, Family, and Community Development (KPWKM) supports the move that will see legal action be taken against parents

She said that in accordance with provisions under the Child Act 2001, action should be taken to make parents more concerned in protecting the welfare of their children.

“In the Child Act, it is already provided that if parents expose a child to such risks (modified bikes) or if parents do not take good care of the child, action can be taken,” Yeoh was quoted as saying by theSundaily yesterday, 5 November.

“If there are issues of child welfare or their basic needs are not addressed, we (the ministry) will strongly support that action be taken so that parents take the welfare of their children seriously.”

-says

Share and follow us

Rahsia kedai buruk

November 7, 2019 | News | No Comments

SOROK minuman keras diseludup bernilai hampir RM1 juta di dalam kedai buruk di Taman Putera Indah, Tongkang Pecah di sini.

Itu antara taktik lima penyeludup warga tempatan yang diberkas anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor kerana menyembunyikan 29,062 botol minuman keras, semalam.

Dalam serbuan jam 7.30 pagi itu, polis turut merampas lori dan dua van dipercayai digunakan untuk mengangkut minuman keras berkenaan.

Pemangku Komander PPM Wilayah Dua Johor, Superintendan Noor Azman Jamal berkata, rampasan itu dilakukan dua pegawai dan 13 anggota dari Markas Operasi PPM Wilayah Dua Johor bersama Markas Operasi PPM Wilayah Dua Muar selain dibantu tiga anggota dari Balai Polis Tongkang Pechah.

“Pemeriksaan menemui sejumlah kotak berisi minuman keras di dalam premis dan lori.

“Dalam serbuan itu juga, pasukan serbuan merampas sebuah lori dan dua van yang digunakan untuk mengangkut minuman keras berkenaan.

“Rampasan minuman keras dan kenderaan di premis itu dianggarkan bernilai lebih RM1.69 juta,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan lima lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 56 tahun bagi membantu siasatan.

Pihaknya menyeru orang ramai memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan rokok, minuman keras, mercun dan dadah melalui talian 07-2372221 atau 2372222.

hmetro

Share and follow us

Sebulan kenal, dah ‘angkut’ balik rumah

November 7, 2019 | News | No Comments

LELAKI berstatus suami orang dicekup berkhalwat bersama wanita yang baru dikenalinya sebulan lalu di rumah di Mergong, di Alor Setar, semalam.

Lelaki berusia 39 tahun yang juga penjawat awam di negeri ini dicekup pada 11.45 malam oleh sepasukan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-undang Syariah JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, berdasarkan maklumat awam, pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaan yang disyaki disewa lelaki berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat lapan bilik di rumah itu yang diubahsuai dijadikan bilik sewa.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, lelaki terbabit membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dalam bilik berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati seorang wanita memakai singlet dan berseluar jeans sedang duduk di atas tilam bilik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Radzi berkata, hasil pemeriksaan mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri malah mereka mengaku baru mengenali sejak sebulan lalu.

Katanya, lelaki itu berasal dari Perak manakala pasangannya berasal dari Pahang dan bekerja di premis mesin judi di bandar raya ini.

“Pada awalnya, lelaki yang hanya berseluar pendek tanpa baju itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah itu namun gagal apabila anggota kami mengepung di rumah berkenaan.

“Mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dan kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014,” katanya.

Radzi berkata, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

hmetro

Share and follow us

Isteri hamil maut dipanah bekas suami

November 7, 2019 | News | No Comments

LONDON: Akibat dendam kerana ditinggalkan isterinya untuk lelaki lain, seorang suami membuat perancangan selama setahun sebelum akhirnya menembak dan membunuh wanita yang sarat mengandung itu menggunakan busur silang.

Sky News melaporkan, Devi Unmathallegado, 35, maut selepas panah ditembak bekas suaminya Ramanodge Unmathallegado, 51, menusuk jantungnya, namun bayi dikandungnya diselamatkan menerusi pembedahan kecemasan.

Unmathallegado dilaporkan berang kerana Devi mahu melarikan diri daripadanya, malah turut merancang membunuh pasangan baru Devi, Imtiaz Muhammad.

Menurut laporan The Metro, Unmathallegado bersembunyi di dalam bangsal di kediaman pasangan berkenaan pada pagi kejadian, dengan berbekalkan senjata termasuk busur silang, anak panah, tukul, pisau dan gunting.

Mahkamah diberitahu, dia mengambil masa beberapa bulan mengumpul senjata serta melakukan pemerhatian di kediaman pasangan itu sebelum melaksanakan perancangannya pada November tahun lalu.

Bagaimanapun, kebetulan pada pagi itu Imtiaz masuk ke bangsal berkenaan seterusnya mengganggu perancangan Unmathallegado.

Tertuduh mengejar Imtiaz ke dalam rumah dan melepaskan busarnya selepas melihat bekas isterinya di situ.

Wanita itu cedera parah ketika cuba melarikan diri ke aras atas rumahnya sebelum Unmathallegado berjaya dihalang dan senjatanya dirampas.

Unmathallegado kini dibicarakan kerana menafikan semua tuduhan terhadapnya.

hmetro

Share and follow us

Seorang remaja Thailand maut selepas bermain permainan komputer tanpa henti ketika musim sekolah di rumahnya di Udon Thani, utara Thailand.

Akhbar Daily Mail melaporkan Piyawat Harikun, 17, memulakan cuti persekolahannya pada hujung Oktober lalu dan menghabiskan masa lapang di dalam bilik dengan permainan komputer.

Ibu bapanya berkata, Harikun akan berjaga sepanjang malam dan kemudian menarik tirai biliknya waktu siang untuk bersambung bermain permainan itu semula.

Mereka akan membawa makanan ke biliknya dan menyuruhnya berhenti, namun dia enggan berbuat demikian.

Ayahnya, Jaranwit pergi ke biliknya petang semalam dan mendapati anaknya tersungkur daripada kerusi komputer.

Jaranwit, seorang pegawai tentera berkata dia cuba membangunkan anaknya, namun sudah terlambat.

Pasukan perubatan yang memeriksa mayat remaja itu berkata, mangsa meninggal dunia akibat strok, yang mereka percaya puncanya bermain permainan komputer secara berterusan sepanjang malam.

Jaranwit mengakui anaknya itu ketagih permainan komputer dan memberi nasihat agar ibu bapa lain tidak membenarkan anak mereka membuat perkara sama.

‘Anak saya seorang yang bijak di sekolah, tetapi dia mempunyai masalah besar iaitu ketagih permainan komputer,” katanya.

-Harian Metro

Share and follow us

OKU menyelam, serlahkan potensi diri

November 6, 2019 | News | No Comments

“KECACATAN bukan penghalang untuk aktif dalam aktiviti lasak kerana saya sangat menggemari aktiviti mencabar.

“Oleh itu aktiviti menyelam di laut dalam antara impian saya sejak berusia belasan tahun,” kata Mohammad Zulhilmi Mohd Raduwan, 21.

Dia adalah antara 10 orang kurang upaya (OKU) yang menyertai program Selaman Skuba OKU bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong, Terengganu, baru-baru ini.

Anak ketiga daripada enam beradik itu mengalami kecacatan saraf sejak kecil sekali gus menyebabkan dia tidak mampu berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Zulhilmi berkata, dia tidak pernah menganggap kecacatan diri sebagai halangan untuk melakukan aktiviti lasak seperti individu normal.

“Saya dilahirkan sebagai orang yang sangat menggemari aktiviti lasak dan mencabar.

“Oleh itu segala kekurangan diri tidak menjadi penghalang kepada saya untuk aktif dalam aktiviti berkenaan.

“Melalui aktiviti dan sukan lasak itu, saya boleh menguji ketahanan mental serta kemampuan diri sendiri apabila berhadapan dengan situasi sukar ketika menjalani aktiviti berkenaan.

“Walaupun berkerusi roda, saya mempunyai kemampuan untuk menjalani aktiviti yang menguji kemampuan fizikal biarpun agak terbatas.

“Bantuan dan dorongan daripada rakan membuatkan saya bersemangat dan ia banyak membantu saya,” katanya.

Menurut Zulhilmi, dia tidak teragak-agak untuk menyertai program selaman itu selepas dimaklumkan oleh penganjur.

“Pada awalnya keluarga memang bimbang apabila saya memberitahu mereka hasrat saya itu, maklumlah mereka sedia maklum mengenai kekurangan fizikal dan kemampuan saya yang terhad.

“Bagaimanapun perkara itu tidak melunturkan semangat saya sebaliknya ia mendorong saya untuk buktikan kepada mereka bahawa saya mampu menjalani aktiviti menyelam dengan baik,” katanya.

Pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Sumber Alam) di UMT itu berkata, selain mengikuti aktiviti menyelam, dia juga aktif dalam sukan memanah di peringkat universiti.

Katanya, dia menyasarkan untuk menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Paralimpik pada masa akan datang bagi membuktikan kemampuannya dalam aktiviti sukan.

“Golongan OKU perlu yakin dan buktikan kemampuan diri masing-masing supaya masyarakat umum turut meyakini kemampuan golongan OKU sekali gus memberi peluang menceburi pelbagai bidang yang biasanya diisi individu normal.

“Jangan mudah berputus asa dan menjadikan alasan kecacatan untuk tidak berdaya saing dan maju ke hadapan. Ubah persepsi negatif masyarakat terhadap golongan OKU dan ia tanggungjawab semua,” katanya.

hmetro

Share and follow us