Category: Tragedy

BENTONG – Lorong laju laluan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah timur dari Kilometer (KM) 43.2 dekat Bukit Tinggi di sini telah dibuka sementara kira-kira jam 6.46 pagi tadi untuk memberi laluan kepada pengguna lebuh raya terbabit.

Menurut kenyataan media dikeluarkan Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Anih Berhad, laluan itu dibuka susulan insiden sebuah lori tangki tertumpah muatan bahan kimia pada malam tadi.

“Kerja pembersihan dan pemantauan masih giat dilakukan oleh pihak berwajib bagi memastikan keselamatan pengguna.

“Pihak syarikat menasihatkan pengguna untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi,” kata kenyataan itu.

Katanya, untuk maklumat lebih lanjut, pengguna boleh mengikuti informasi terkini di laman rasmi media sosial ANIH Berhad di twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur atau menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan.

-sinarharian

Pesakit kanser maut jatuh tingkat 16

October 5, 2020 | Tragedy | No Comments

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang menghidap kanser usus maut selepas dipercayai jatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Sri Petaling di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian terbabit selepas menerima panggilan pada jam 1.47 petang.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian lelaki berusia 60 tahun itu berada bersendirian di rumah.

“Isterinya yang baru pulang sempat melihat suaminya berdiri di luar tingkap dari bawah sebelum segera naik ke rumah.

“Bagaimanapun, sebaik dia memasuki rumah, suaminya itu sudah jatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa berubah sikap selepas disahkan menghidap kanser usus tahap tiga, malah mangsa juga dikatakan pernah cuba menggantung diri pada Julai lalu kerana berasa tidak berguna lagi.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

“Tiada sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

-sinarharian

Wanita lemas ‘ditarik’ kepala air

October 5, 2020 | Tragedy | No Comments

TAIPING – Kegembiraan empat sekeluarga mandi di air terjun Burmese Pool, Bukit Larut di sini semalam bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas.

Dalam kejadian sekitar jam 3.30 petang itu, K Kanagavalli, 45, dipercayai telah dihanyutkan arus deras selepas kepala air muncul secara tiba-tiba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, mangsa ditemukan oleh sekumpulan nelayan di kawasan Kuala Sepetang iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang pada jam 9.10 pagi tadi.

“Operasi mencari dan menyelamat dimulakan sejak semalam sebaik menerima panggilan jam 3.50 petang, namun mangsa gagal ditemui.

“Sehinggalah pagi ini, kita menerima maklumat daripada sekumpulan nelayan yang menemukan satu mayat tersangkut pada sangkar ikan mereka,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke tebing sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kejadian yang berlaku itu turut menyebabkan dua ahli keluarga mangsa masing-masing wanita berusia 40 dan 47 tahun hanyut.

Bagaimanapun katanya, mereka berjaya diselamatkan orang awam selepas berpaut pada dahan pokok.

“Seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki berusia 16 tahun terselamat kerana ketika kejadian, dia sedang duduk di tebing dan sempat melarikan diri daripada arus deras itu,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 10.30 pagi.

-sinarharian

Pelajar maut bertembung dengan pemandu mabuk

September 23, 2020 | Tragedy | No Comments

Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas melanggar sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki disyaki dalam keadaan mabuk di Jalan Raja Laut menghala Jalan Ipoh di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner, Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, pemandu kereta berusia 36 tahun telah ubah haluan secara melintang untuk masuk ke Lorong Tiong Nam di sini.

“Pada masa sama penunggang motosikal berusia 17 tahun dari arah Jalan Raja Laut telah melanggar pintu depan kiri kereta jenis Perodua Myvi itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kerana kecederaan parah di kepala,” katanya.

Zulkefly berkata, pihaknya mendapati kandungan alkohol dalam darah pemandu kereta itu melebihi had yang dibenarkan.

“Pemandu itu ditahan reman empat hari bagi membantu kes disiasat Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-sinarharian

A broken mother who accidentally ran over and killed her 17-month-old daughter has spoken of her life-shattering grief.

Anna Seagren was killed when she was hit at the family’s farm in Mount Jagged, South Australia, on Friday.

Distraught mum Jessi had just taken her four-wheel drive to pick up eldest daughter Grace when tragedy struck.

She hit the young child on their return home from collecting the eight-year-old from a bus stop.

Now she has detailed how she told her children – and sounded a warning to other parents.

“We just didn’t see her come out,” the devastated mother told Seven News.

“I saw her as soon after I’d made the mistake so I knew she was gone.

“She was really cheeky, really cuddly and affectionate. She was just a perfect, happy, boisterous, gorgeous girl.”

She added: “We’ve told the other kids that she’s an angel now and she’s not going to come home anymore – but we can still talk to her and we love her, and that we were lucky to be her parents for those 17 months.

“She loved going on the motorbikes. She loved the chickens. She would chase them around,” the emotional mum said.

She urged other parents to “slow down, just don’t rush, take that extra minute” and “give them that last cuddle” before leaving the house.

Major Crash investigators went to the property over the weekend and are currently investigating the circumstances surrounding the fatal incident.

“The toddler was hit by the family 4WD,” local police said in a statement on Saturday.

“Sadly, despite the efforts of paramedics at the scene, the 17-month-old girl could not be saved.”

Dad Danny Seagren said the family loved little Anna “more than anything” as the try to come to terms with the events.

-mirror

Ibu, bayi cedera dihempap struktur rumah

September 17, 2020 | Tragedy | No Comments

GOMBAK – Seorang wanita dan bayi lelakinya yang berusia dua bulan cedera dihempap struktur rumah yang runtuh dalam kejadian di Jalan Berlian 8, Kampung Wira Damai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Nurfatin Syafinaz Rohman, 27, dan bayinya ditemukan di dalam sebuah bilik dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Turut berada di dalam bilik berkenaan adalah suaminya yang hanya mengalami cedera ringan sementara seorang lagi anak lelakinya yang berusia empat tahun tidak cedera.

Menceritakan kejadian, ibu mangsa, Faizah Mohd Hussin, 68, berkata, ketika kejadian itu dia baru sahaja beberapa minit keluar dari rumah untuk memetik buah mangga sebelum terdengar dentuman kuat.

“Sebelum kejadian saya baru saja berbual dengan anak (Nurfatin Syafinaz) sebelum dia masuk ke bilik untuk menyusukan bayinya.

“Ketika keluar untuk memetik buah mangga saya terdengar bunyi kuat dan selepas masuk ke dalam rumah saya dapati anak dan cucu saya berada di bawah runtuh dinding dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian hari ini.

Faizah berkata, dia kemudian menjerit meminta pertolongan daripada jiran-jiran untuk mengeluarkan anak dan cucunya.

“Kini anak dan cucu saya dirawat di Hospital Selayang dan keadaan mereka dilaporkan stabil,” katanya.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari membuat lawatan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Selayang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Syauqi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.16 petang dan sampai ke lokasi 20 minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat empat mangsa berada di dalam rumah berkenaan terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak lelaki termasuk bayi berusia dua bulan.

“Bagaimanapun semua mangsa telah dikeluarkan orang awam. Ibu dan bayi yang cedera dibawa ke Hospital Selayang menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Katanya, siasatan berhubung kejadian itu diteruskan termasuk mengenal pasti risiko-risiko lain bagi mengelak insiden sama berulang.

“Pihak bomba menasihatkan rumah terbabit dikosongkan buat sementara waktu. Arahan sama turut keluarkan di unit berhampiran kerana khuatir serpihan struktur yang ada akan menyebabkan runtuhan.

“Siasatan awal mendapati bumbung dan dinding yang memisahkan rumah berkenaan dengan rumah sebelah telah runtuh,” katanya.

-sinarharian

Lelaki rentung dalam kebakaran rumah

September 17, 2020 | Tragedy | No Comments

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Taman Malek, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.32 pagi itu, tiga lagi mangsa iaitu seorang wanita berusia 52 tahun, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sempat menyelamatkan diri.

Katanya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja bergegas ke lokasi dan tiba pada jam 5.41 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati sebuah rumah kelas B dengan anggaran keluasan 30’ x 80’ kaki sedang terbakar hampir 90 peratus.

“Selain itu, dua buah kereta dan sebuah motosikal turut terbakar hampir 30 peratus,” katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, anggota bomba di lokasi menggunakan dua aliran, 200 kaki tiga pancutan untuk mengawal serta memadam kebakaran bagi mengelakkan api merebak.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 6.30 pagi dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan,” katanya.

-sinarharian

Ajal penunggang motosikal berkuasa tinggi

July 6, 2020 | Tragedy | No Comments

LIPIS – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Sungai Koyan – Pos Betau di sini, tengah hari tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu, Mohd Fadzly Abd Hamid, 40, dari Segamat, Johor mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang menunggang motosikal jenis Kawasaki H2R berkonvoi bersama beberapa penunggang lain dari Kuala Lumpur menuju ke Cameron Highlands.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya ketika melalui laluan berselekoh lalu terbabas.

“Motosikal mangsa melanggar tembok longkang dan impak daripada rempuhan itu menyebabkannya melambung sejauh lima meter sebelum terjatuh di bahu jalan.

“Kemalangan disebabkan terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

-sinarharian

RAUB – Seorang daripada dua warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas rumah kongsi mereka dihanyutkan arus akibat kejadian kepala air di Sungai Chalit di sini 29 Mei lalu berjaya ditemui petang semalam.

Mayat mangsa dikenali sebagai Muhammed Junaidi, 21, ditemui dalam keadaan separuh badan tertimbus pasir dan hampir reput kira-kira jam 3 petang di Sungai Pertang empat kilometer dari tapak rumah kongsi.

Identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan pengecaman dua ahli keluarganya yang berada di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, operasi mencari seorang lagi mangsa dikenali sebagai Wahyudin, 25, yang dihentikan kira-kira jam 5 petang semalam diteruskan hari ini.

Menurutnya, kehilangan dua pekerja sebuah kebun durian itu disedari majikan mereka kira-kira jam 10.30 pagi 29 Mei lalu.

Lelaki berusia 60 tahun itu ke kebunnya untuk meninjau keadaan limpahan air sungai sebelum mendapati rumah kongsi ‘hilang’ bersama dua pekerjanya.

“Kejadian dilaporkan kepada polis pada awal pagi 30 Mei lalu sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi untuk siasatan sebelum menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Siasatan di lokasi mendapati kawasan kebun durian itu dilanda kejadian kepala air akibat hujan lebat dan rumah kongsi yang dibina di tepi sungai ranap dan dihanyutkan arus. Mangsa dipercayai gagal menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kama Azural berkata, operasi SAR digerakkan di sepanjang sungai berhampiran rumah kongsi terbabit sebelum dihentikan kerana cuaca hujan.

“Operasi disertai 42 anggota termasuk pegawai melibatkan pihak bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan penduduk kampung.

“Pencarian pada hari kedua (31 Mei) diteruskan melibatkan kawasan tepi sungai sepanjang 4 kilometer berakhir di kawasan Lembah Temir sebelum dihentikan pada petangnya atas faktor cuaca,” katanya.

Menurutnya, pada operasi hari ketiga semalam, pasukan mencari melakukan pencarian melalui susur Sungai Chalit hingga ke jambatan runtuh di Lembah Temir sebelum mayat mangsa pertama ditemui.

-sinarharian

KUALA TERENGGANU – Mangsa keracunan makanan akibat memakan puding buih yang dibeli secara dalam talian pada 22 Mei lalu meninggal dunia jam 10.40 pagi tadi.

Mangsa wanita berusia 25 tahun dari Marang meninggal dunia selepas menerima rawatan selama 10 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)

Sebelum ini mangsa dimasukkan di wad HSNZ pada 24 Mei lalu sebelum dipindahkan di ICU dan disahkan meninggal dunia disebabkan kegagalan multiorgan akibat kejutan sepsis.

Difahamkan mangsa bersama beberapa ahli keluarganya turut dirawat di HSNZ kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati puding buih itu.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak berkata, kematian itu merupakan kes pertama yang meninggal dunia akibat keracunan puding buih.

Menurutnya, siasatan terperinci telah dijalankan termasuk tindakan telah dikenakan ke atas peniaga terbabit.

“Kerajaan negeri bersimpati dengan tragedi yang menimpa keluarga mangsa dan kita berharap agar mereka tabah dan sabar.

“Kita ingatkan kepada orang ramai terutama peniaga dan pengendali makanan agar lebih berhati-hati kerana ia melibatkan keselamatan dan boleh mengancam nyawa.

“Kerajaan juga telah merangka prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada peniaga yang menjual makanan dari rumah supaya lebih menitikberatkan aspek kebersihan kerana ia membabitkan nyawa.

“Walaupun ia merupakan kes yang berisiko kepada sesiapa sahaja ia juga boleh mengakibatkan kehilangan nyawa,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, mangsa lain yang juga dirawat akibat keracunan puding buih telah beransur pulih dan dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat.

Terdahulu, seramai 99 mangsa dikejarkan ke HSNZ apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas menikmati puding buih yang dibeli secara dalam talian.

Jumlah itu membabitkan 20 keluarga berlainan, 77 pesakit dari Kuala Terengganu manakala 22 lagi dari daerah Marang.

-sinarharian

//azoaltou.com/afu.php?zoneid=2458908