Category: Viral

JIKA korang ingin lalukan sebarang aktiviti lasak atau merbahaya, korang sememangnya memerlukan kepakaran dan latihan bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan.

Mungkin dengan latihan dapat menghalang daripada perkara buruk berlaku, namun langkah keselamatan perlu diutamakan.

Korang tak boleh lakukan secara semberono kerana ia sangat bahaya sebagai contoh jika korang ingin melakukan aksi terjun BASE.

Terjunan BASE membabitkan penggunaan payung terjun untuk melakukan lompatan pada ketinggian tertentu.

Syaratnya mudah sahaja, untuk melakukan aksi tersebut korang perlu mempunyai hati kering dan tidak gentar adalah kriteria yang perlu dimiliki oleh peminat sukan ekstrem ini.

Seperti apa yang tular berlaku baru-baru ini di sosial media memaparkan satu video dua individu sedang melakukan aksi payung terjun bersama atau terjunan BASE berpasangan.

Video tersebut yang telah dikongsikan oleh seorang pemilik akaun Twitter telah meraih lebih 138 ribu tontonan dan hampir tujuh ribu perkongsian (retweet).

Terjun dari puncak menara pada ketinggian lebih kurang 300 hingga 400 meter dengan tempoh beberapa saat sahaja untuk membuka payung terjun sebelum mendarat, ibarat menentukan saat hidup atau mati.

Dalam video itu kelihatan pada awalnya dua orang sedang melakukan aksi payung terjun sebelum hampir di penghujungnya salah seorang daripada mereka dilepaskan seolah-olah dia dilihat terjatuh daripada dakapan seorang lagi penerjun.

Individu yang dilepaskan itu nampaknya terus menjunam jatuh ke bawah sebelum dia membuka payung terjunnya sendiri.

Fuh! Gila kering hati dorang. Memang kalau salah langkah atau berlaku mana-mana kesilapan semasa aksi tersebut dibuat, pastinya mampu mengundang padah.

Tidak hairanlah aksi berbahaya terjun pada altitud rendah itu sinonim digelar mencabar maut, sekali gus memberi kepuasan kepada penggemar sukan ekstrem tersebut.

Berikut adalah video aksi payung terjun yang dikongsikan itu:

Amacam kecut perut tak tengok? Hebat betul dorang kan? Selamba jer buat aksi berani macam tu.

Tapi apa pun, SinarPlus percaya si pelaku memang bukan biasa-biasa dan telah menjalani latihan yang penuh sebelum melakukan aksi tersebut. Senang cerita dorang ni dah pro dah.

Aksi dorang saling tak tumpah seperti dalam permainan video PUBG. Ni kes pengaruh PUBG lah ni kot kan?

-sinarplus

‘Ayah, mak menangis dapat kereta baru’

July 7, 2020 | Viral | No Comments

KANGAR – Video pasangan suami isteri yang menghadiahkan kereta kepada orang tua mereka mendapat perhatian warganet dan tular di media sosial.

Pasangan itu Amzar dan Fairuzziela, masing-masing berusia 26 tahun menghadiahkan kereta kepada ibu bapa mereka yang tinggal di Padang Taman Nyu, Perlis.

Bercerita lanjut, Fairuzziela nekad berpakat dengan suaminya membeli kereta selepas mendengar bapa mentuanya, Abdullah, 61, terpaksa menunggang motosikal untuk ke klinik ketika Ramadan.

“Saya tersentap dan sedih sangat sebab umur ayah tidak sesuai untuk menunggang motosikal kerana membahayakan. Ibu dan ayah memang tidak pernah berhajat untuk memberi kereta kerana mereka selesa bersederhana,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, pada hari pemberian itu, mereka sudah merancang membawa mertuanya keluar makan di Kuala Perlis

“Pada awalnya, ibu dan ayah menyangkakan itu kereta baharu kami tapi apabila kami buat kejutan, ayah dan mak menangis terharu.

“Ketika itu ayah pula demam, mungkin jiwanya sensitif dan mudah tersentuh. Lagipun ayah memang sudah lama tiada kereta,” ujarnya.

Melalui perkongsian di laman Twitter Fairuzziela, memuat naik video reaksi bapa dan ibu mentuanya yang mengalirkan air mata tanda terharu apabila menerima hadiah sebuah kereta baru.

Perkongsian video tular itu mendapat lebih 11,400 tanda suka dan 151,000 tontonan membuatkan ramai netizen terharu.

Fairuzziela, memberitahu, tidak perlu tunggu kaya untuk membahagiakan ibu bapa kerana kebahagiaan bukan terletak pada harta benda tetapi bersandar atas sebuah ingatan tulus ikhlas.

“Terlalu banyak pengorbanan mereka membesarkan kita. Sebagai anak, jangan sesekali lupa untuk berbakti walaupun sudah memiliki kehidupan sendiri.

“Apabila mana sudah berkahwin dan tinggal berasingan dengan ibu bapa, saya dapat rasakan mereka sangat penting dan setiap hari merindukan mereka walaupun rumah berdekatan,” katanya yang percaya rezeki akan lebih diberkati.

Beliau turut mengingatkan supaya meminta doa dan restu ibu sebelum keluar rumah.

“Doa ibu dan ayah tiada hijab. Apabila ibu bapa sudah tiada maka hilanglah satu keberkatan dalam hidup iaitu keberkatan doa,” jelasnya.

“Alhamdulillah harini, tercapai hajat kami suami isteri nak belikan kereta utk mak ayah. Walaupun kecik comey, janji mak ayah ada jugak kereta, tak kena hujan panas. Terima kasih mak ayah.”

-sinarharian

MELIHAT pokok yang satu ini pasti ramai menyangkakan ia berbentuk pokok yang hanya ‘berdaun’ bukan?

Jangan tak tahu, pokok lidah buaya juga boleh mengeluarkan bunga ya.

Perkongsian seorang ahli menggunakan nama, Jamu Fiona Wati di page Facebook, Berkebun Di Rumah semalam misalnya antara yang menerujakan pengikut laman berkebun itu.

Mana tidaknya, beliau menunjukkan pokok lidah buaya yang berbunga cantik bewarna jingga kemerahan.

“1st time tengok pokok ni berbunga. Lidah buaya betina boleh berbunga, yang tak berbunga alovera jantan,” tulisnya di kapsyen hingga mendapat banyak komen.

Beberapa ahli lain di page sama turut berkongsi foto pokok lidah buaya mereka yang berbunga.

Dijual di portal membeli-belah atas talian

Menariknya pencarian SinarPlus mengenai khasiat bunga pokok lidah buaya mendapati ia turut dijual di portal membeli-belah atas talian Shopee di negara seberang.

Harganya pula dijual mencecah hingga Rp1,000,000 atau lebih kurang RM300 duit kita!

Sama ada komen ahli di page berkaitan flora dan fauna itu ada benarnya atau tidak, berikut ‘Deskripsi Produk’ bunga pokok lidah buaya berharga Rp1,000,000 itu yang turut dikongsikan:

Manfaat bunga lidah buaya yang diketahui hingga saat ini antara lain:

1. Memiliki harga tinggi sehingga tanaman lidah buaya berbunga boleh dijual belikan sebagai peluang perniagaan yang baik.

2. Mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan sebagaimana daun lidah buaya.

3. Dapat mencegah dan menyembuhkan berbagai penyakit kronik seperti tumor, kanser, diabetes dan juga buasir.

4. Dapat menjadi bahan pengubatan untuk luka.

5. Dapat mengatasi penyakit seperti sifilis dengan rebusan manfaat bunga lidah buaya.

6. Konon tanaman lidah buaya yang berbunga memiliki khasiat berlipat kali ganda daripada tanaman lidah buaya biasa.

7. Manfaat bunga lidah buaya boleh digunakan sebagai penyubur rambut sebagai bahan dalam manfaat creambath.

8. Manfaat bunga lidah buaya juga boleh meningkatkan sistem imun dalam tubuh.

9. Meningkatkan penyerapan protein baik dan keteraturan fungsi pada usus.

10. Mengeluarkan racun dari tubuh dan melawan peradangan.

Bagaimanapun, nasihat SinarPlus dapatkan pandangan pengamal perubatan bertauliah sebelum memanfaatkan tumbuhan unik ini.

Informasi dikongsikan hanya sekadar pengetahuan semasa memandangkan trend orang kita yang gemar berkebun pada masa ini.

Ada yang rasa nak buat berniaga?

-sinarplus

Pengantin hanyut dibawa ombak besar

July 7, 2020 | Viral | No Comments

CALIFORNIA – Sesi bergambar bertukar tragedi apabila sepasang pengantin dihanyutkan sebaik ombak besar membadai pantai Laguna di California.

Mereka yang lengkap memakai baju pengantin nyaris lemas sebelum berjaya diselamatkan oleh anggota penyelamat yang bertugas di pantai berkenaan, lapor ABC.

Kecekapan anggota penyelamat berjaya menyelamatkan dua nyawa daripada menjadi mangsa korban.

Mangsa berjaya dibawa ke darat dan tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.

Kejadian mendebarkan itu tular di media sosial berikutan momen berkenaan sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Menurut ketua bahagian keselamatan pantai, Kapten Kai Bond, pasangan itu berada di atas batu sebaik melihat kawasan tersebut selamat untuk sesi bergambar.

“Walaupun lokasi selamat jangan disangka ia petanda baik, kadang kala kita tidak jangka bila ombak besar membadai pantai.

“Sepatutnya setiap kali berkunjung ke pantai, anda harus maklumkan kepada anggota penyelamat agar keselamatan lebih terjamin terutama di kawasan berisiko,” katanya.

-sinarharian

TAWAU – Seorang warga emas masih gigih mencari rezeki dengan berjalan kaki dari kampung ke kampung semata-mata mahu menjual aiskrim berharga RM1 di sekitar Tawau, Sabah.

Pendedahan itu dikongsi oleh pemilik akaun Facebook, Nurdiana Mohd Rapi yang bersimpati terhadap lelaki itu sebelum tular di media sosial.

Menurutnya, warga emas itu berjalan kaki sambil memikul tong berisi aiskrim sambil membunyikan hon pada tangannya dari Kampung Pukat hingga ke Kampung Logpond dan tiba di kawasan rumahnya.

“Berbaju hitam, pakai pelitup muka, dengan kudrat tidak seberapa angkat tong ‘pink’ di bahu kanannya, tangan kiri memicit hon. ALLAH, automatik terus sebak!

“Tanya dari mana, dia jawab dari Kampung Pukat berjalan kaki sampai ke Logpond terus putar sampai ke sini. Jalan kaki pakcik? Jawabnya ya!” tulisnya.

Sebak melihat keadaan warga emas tersebut, Nurdiana meminta orang ramai untuk membeli jualan yang berharga hanya RM1 sekiranya terserempak pakcik berkenaan di tepi jalan.

“Saya tak minta banyak sama kamu yang membaca ni, tapi kalau kamu jumpa pakcik ni, belilah aiskrimnya, RM1 ja.

“Sedap juga aiskrimnya. Anggaplah sebagai bantuan kecil kita untuk dia. Dia tinggal di Jalan Kelapa, naik bas lepas tu turun mana-mana kampung dan teruskan cari rezeki dengan berjalan kaki ja,” katanya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga mendoakan semoga warga emas itu diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi sentiasa.

-sinarharian

Disangka ‘benda’ syirik rupanya…

July 6, 2020 | Viral | No Comments

TAMPOI – Satu bungkusan yang ditemui di tepi semak kelmarin mengejutkan pelajar sebuah universiti kerana menyangka seorang bayi yang dibalut dengan kain.

Abdul Rahman Mohd Jamadi, 23 berkata, lebih menakutkan apabila ia diikat dengan kain kuning seolah-olah patung saka.

Pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Kekanikal di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu bagaimanapun lega apabila bungkusan misteri berhampiran rumah neneknya, Ramlah Abdullah, 80, Tampoi, Johor Bahru, terungkai semalam sebaik abang iparnya membongkar isi dalam bungkusan hanyalah sebiji cempedak.

“Perasaan takut bertukar lucu dan lega kerana bungkusan kain itu bukan sesuatu yang dikaitkan dengan perbuatan syirik atau perkara tidak baik,” katanya.

Anak keempat dari enam beradik itu berkata, neneknya gemar membungkus buah-buahan menggunakan cebisan kain dan kain warna kuning adalah dari jersi.

“Nenek memang suka balut macam ni, dekat pokok pun dia balut sekali guna kain. Kadang kala boleh menimbulkan salah faham kepada mereka yang melihatnya terutama pada waktu malam,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian tersebut juga menarik perhatian netizen yang membuat andaian bungkusan itu dikaitkan dengan perbuatan syirik berikutan diikat dengan kain kuning.

Kata Abdul Rahman, dia memuat naik ciapan berkaitan penemuan bungkusan itu sekadar mahu menghiburkan rakan-rakan dan tidak sangka ia tular.

Sebelum ini, Abdul Rahman berkongsi kisah penemuan bungkusan itu hingga menimbulkan perasan ingin tahu netizen selain memberitahu bungkusan itu mengeluarkan bau.

“Memang tak sangka ciapan itu popular. Saya sekadar bergurau tulis ‘Nak buka ke tidak, 10 ulang kongsi aku buka’ tapi tiba-tiba naik sehingga 30,000 ulang kongsi,” katanya.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, Abdul Rahman percaya ramai terhibur dengan perkongsian itu.

“Memang ada yang kecaman tetapi kebanyakan mereka berasa tertipu tidak kurang juga terhibur.

“Bagi yang kecam tu, saya tidak salahkan mereka, saya faham mungkin mereka ada pengalaman sebab benda ni pun agak sensitif bagi sesetengah pihak namun niat saya cuma nak menghiburkan kawan-kawan,” ujarnya.

-sinarharian

Newborn twin sisters were attacked and killed by their family dog in their home.

The disturbing incident took place in the city of Piripa, Brazil, just 26 days after twins Anne and Analu were born.

Local media reports their mother Elaine Novais heard a sound coming from the room the twins were in while chatting to a neighbour. She was horrified to find a their family dog attacking her daughters.

She managed to rip the dog off them and called a family friend who is a nurse to help the tots.

Mrs Novais, a council worker who had struggled to conceive for nine years, pulled the violent dog away from the twins, but it had already inflicted fatal damage on their abdomens. 

She gave the girls first aid before they were taken to Maria Pedreira Barbosa Municipal Hospital, with doctors saying one of the girls was declared on arrival, whilst the other was in a serious condition.

Doctors tried all they could but could not save the second girl’s life.

The doctor at the hospital who was responsible for Elaine during her pregnancy said the mother had always shown adequate care for her babies.

The local council said in a statement: “Faced with this immeasurable loss, we express our condolences and sympathy with parents Elaine and Regis, and their friends and family in this moment of sadness and pain.

“May God comfort your hearts and give you the strength to transform all the pain of this irreparable loss into faith and hope.”

The local authorities have said they do not plan to launch an investigation into the incident.

“We think that with the birth of the twins, the animal was left out in a way, and it no longer had the attention and affection of its owners provided before.

“That could have caused some kind of jealousy and led the dog to attack the children.”

It is unclear what has happened to the dog after the attack.

-mirror

‘Karya ini untuk wira negara’

July 2, 2020 | Viral | No Comments

SHAH ALAM – Karya ini ditujukan khusus buat mereka yang berjasa kepada negara terutama dalam mengekang wabak koronavirus (Covid-19) selain tanda terima kasih daripada rakyat Malaysia kepada petugas barisan hadapan, kata seorang pelukis mural, Muhammad Suhaimi Ali, 27.

Muhammad Suhaimi atau nama samarannya, Mieyali tampil dengan menghasilkan seni mural pada dinding sebuah bangunan di Seksyen U12, Desa Alam, Shah Alam, Selangor, sejurus melihat perkembangan positif wabak Covid-19 yang melanda negara ini.

Selain di Seksyen U12, anak bongsu daripada tujuh beradik itu turut melakar hasil seninya di Stadium Shah Alam dan sekitar Bandar Klang.

Bertitik tolak daripada rasa berterima kasih terhadap petugas barisan hadapan iaitu Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan berbangga memiliki ketua pemimpin berjiwa rakyat seperti Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hasil seni itu siap sepenuhnya pada 29 Jun dengan mengambil masa selama dua hari.

Mengimbau kembali penglibatannya dalam dunia mural, Muhammad Suhaimi berkata, minat dan kreativiti menjadi sebab mengapa beliau menjadikan kerjaya itu sebagai sumber mata pencarian.

Menurut anak jati dari bandar Seberang Takir, Kuala Nerus, Terengganu ini, dari segi masa, tempoh sesebuah lukisan disiapkan bergantung kepada tema, warna dan keluasan kaki persegi.

“Setiap mural yang dihasilkan haruslah ada tema supaya ada cerita di sebalik mural tu sendiri. Saya mengaku lukis potret bukanlah benda yang senang.

“Pada awalnya memang selalu gagal tapi jangan mudah mengalah, belajar dan terus belajar. Insya-ALLAH kita akan dapat.

“Kuncinya, jangan mengalah, teruskan mencuba dan bila dapat tugasan melukis potret wajah lelaki atau wanita, ia lebih mudah,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Suhaimi berkata, secara keseluruhan beliau menghabiskan RM5,000 untuk menyiapkan mural itu termasuk membeli cat dan peralatan.

“Saya menggunakan cat khas untuk ‘outdoor’ yang berkualiti dan mampu bertahan selama lima tahun.

“Dari segi penggunaan peralatan pula, saya menggunakan lima berus dalam penghasilan mural ini.

“Kebiasaannya antara kekangan yang dihadapi semasa melukis adalah faktor cuaca terutama hujan, bagaimanapun semasa menyiapkan mural ini, semua berjalan lancar,” katanya.

Alumni lepasan Ijazah Sarjan Muda Seni Halus Universiti Teknologi Mara, Shah Alam itu juga melahirkan rasa gembira kerana mural tersebut terus dihargai oleh rakyat Malaysia.

“Saya bersyukur dan gembira kerana lukisan ini dihargai. Apa yang saya rancang menjadi, diterima baik oleh masyarakat malah menarik perhatian orang ramai untuk merakam gambar di sini.

“Saya juga bangga menjadi rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Suhaimi dari tim Art battalion mula menceburi bidang lukisan mural sejak 2016.

Bagaimanapun katanya, beliau kadangkala bergerak secara solo bagi memenuhi permintaan pelanggan, namun jika menerima projek skala besar, beliau akan bersama rakan-rakannya menghasilkan mural berkenaan.

-sinarharian

It’s love in the time of the coronavirus.

Norazura Mohd Ali and her husband Agus Santoso Sidik recently got many Malaysians attention after they got married through a wedding ceremony that was not only unique, but ensured it met social distancing guidelines.

According to the their photographer, Farreed Sahar, it was his suggestion to give this unique marriage ceremony a go.

“I had proposed this drive-thru wedding concept to other couples but only Norazura and Agus were brave enough to accept and carry on with this creatively-themed idea. Others were wary as they didn’t want to take the risk to celebrate their weddings in a drive-thru style as it’s definitely not the norm,” Farreed said to the Malay Mail.

The couple, from the Malaysian state of Johor, had informed their guests in advance through their invitation cards that the wedding would be extremely unique due to current circumstances.

Although Malaysia has loosened its quarantine measures, the Southeast Asian nation is still adhering to social distancing guidelines.

According to the couple, their guests had traveled all the way from distant states such as Selangor and Perak despite knowing they’ll only be seeing them for a minute.

“Because my husband and I own a burger stall and have a steady flow of loyal customers, we also wanted to have a wedding ceremony with them witnessing it as well.”

Prior to meeting the couple, there was a checkpoint where guests got their temperatures and personal details taken before handing over offerings in a small box.

The next checkpoint is where guests say their well-wishes while they hand packets of food to the couple, who had obtained permission from the authorities to hold their unique wedding.

If you’re a wedding planner or know of one, you might want to let them know about this. Here’s more images of the couple!

🎉🎉Kemeriahan DRIVE THRU WEDDING Pertama di Malaysia🎉🎉Norazura Mohd Ali & Aguzz Aguss(pemilik perniagaan Burger Viral…

Posted by Farreed Sahar on Isnin, 29 Jun 2020

-mashable

BANGALORE – Vaksin koronavirus (Covid-19) dihasilkan Bharat Biotech telah diluluskan untuk ujian klinikal ke atas manusia yang menjadi vaksin domestik pertama berpotensi yang mendapat lampu hijau selepas negara itu kini mencatatkan lebih 500,000 jangkitan.

Pengawal Ubat Umum India memberi kelulusan untuk ujian fasa pertama dan kedua vaksin Covaxin yang dihasilkan bersama Institut Virologi Negara Majlis Penyelidikan Perubatan India.

Ujian klinikal ke atas manusia dijadualkan bermula di seluruh negara pada Julai.

Difahamkan, firma berpusat di Hyderabad itu telah mengedarkan lebih empat bilion vaksin ke seluruh negara dan pernah menghasilkan vaksin untuk H1N1 dan rotavirus.

Semalam, tentera China turut diberi kebenaran untuk menggunakan vaksin berpotensi yang dihasilkan unit penyelidikan dan CanSino Biologics selepas ujian klinikal membuktikan ia selamat dan berkesan untuk merawat Covid-19.

Ketika ini, terdapat kira-kira 120 program vaksin yang sedang dijalankan di seluruh dunia dan sebanyak enam firma di India kini giat menghasilkan vaksin untuk merawat Covid-19.

-sinarharian

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908