Category: Weird

MELIHAT pokok yang satu ini pasti ramai menyangkakan ia berbentuk pokok yang hanya ‘berdaun’ bukan?

Jangan tak tahu, pokok lidah buaya juga boleh mengeluarkan bunga ya.

Perkongsian seorang ahli menggunakan nama, Jamu Fiona Wati di page Facebook, Berkebun Di Rumah semalam misalnya antara yang menerujakan pengikut laman berkebun itu.

Mana tidaknya, beliau menunjukkan pokok lidah buaya yang berbunga cantik bewarna jingga kemerahan.

“1st time tengok pokok ni berbunga. Lidah buaya betina boleh berbunga, yang tak berbunga alovera jantan,” tulisnya di kapsyen hingga mendapat banyak komen.

Beberapa ahli lain di page sama turut berkongsi foto pokok lidah buaya mereka yang berbunga.

Dijual di portal membeli-belah atas talian

Menariknya pencarian SinarPlus mengenai khasiat bunga pokok lidah buaya mendapati ia turut dijual di portal membeli-belah atas talian Shopee di negara seberang.

Harganya pula dijual mencecah hingga Rp1,000,000 atau lebih kurang RM300 duit kita!

Sama ada komen ahli di page berkaitan flora dan fauna itu ada benarnya atau tidak, berikut ‘Deskripsi Produk’ bunga pokok lidah buaya berharga Rp1,000,000 itu yang turut dikongsikan:

Manfaat bunga lidah buaya yang diketahui hingga saat ini antara lain:

1. Memiliki harga tinggi sehingga tanaman lidah buaya berbunga boleh dijual belikan sebagai peluang perniagaan yang baik.

2. Mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berguna untuk kesihatan sebagaimana daun lidah buaya.

3. Dapat mencegah dan menyembuhkan berbagai penyakit kronik seperti tumor, kanser, diabetes dan juga buasir.

4. Dapat menjadi bahan pengubatan untuk luka.

5. Dapat mengatasi penyakit seperti sifilis dengan rebusan manfaat bunga lidah buaya.

6. Konon tanaman lidah buaya yang berbunga memiliki khasiat berlipat kali ganda daripada tanaman lidah buaya biasa.

7. Manfaat bunga lidah buaya boleh digunakan sebagai penyubur rambut sebagai bahan dalam manfaat creambath.

8. Manfaat bunga lidah buaya juga boleh meningkatkan sistem imun dalam tubuh.

9. Meningkatkan penyerapan protein baik dan keteraturan fungsi pada usus.

10. Mengeluarkan racun dari tubuh dan melawan peradangan.

Bagaimanapun, nasihat SinarPlus dapatkan pandangan pengamal perubatan bertauliah sebelum memanfaatkan tumbuhan unik ini.

Informasi dikongsikan hanya sekadar pengetahuan semasa memandangkan trend orang kita yang gemar berkebun pada masa ini.

Ada yang rasa nak buat berniaga?

-sinarplus

TERAPI minda adalah salah satu cara berkesan yang boleh membantu mengawal dan mengatasi tekanan perasaan seseorang.

Berkebun atau menanam pokok juga merupakan salah satu terapi diri selain mengisi masa terluang di rumah atau pada hujung minggu.

Ada juga dalam kalangan kita yang menjadikan berkebun atau menanam pokok sebagai satu hobi sehinggakan ada sahaja idea kreatif untuk menghias tanaman di luar daripada kebiasaan malahan kadangkala kreatifnya tu sampai ada yang tidak terfikir oleh akal.

Buktinya, seperti perkongsian di laman Facebook page Nurseri Kota Lama yang berkongsi beberapa keping foto hiasan tanaman yang menggunakan konsep landskap anggota badan manusia seperti kaki dan tangan.

Pelik dan kelihatan menyeramkan bukan? Hiasan itu dilihat ditanam di tepi pokok sehingga kelihatan seperti anggota badan yang sebenar yang turut sekali tertanam.

Walaupun nampak menyeramkan, tetapi konsep landskap sebegini didakwa dapat mengelakkan kehadiran pencuri ke rumah.

Ya! Alasan yang logik dan munasabah juga. Mungkin korang juga boleh cuba tapi nak lagi real tumpahkan la sikit sirap baru lagi dramatik!

Bukan setakat pencuri jer, silap-silap tetamu atau kawan-kawan korang pun taubat nak datang rumah kalau dah malam-malam.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut merasa takut akan idea pelik tersebut yang digunakan sebagai konsep hiasan tanaman.

Namun mereka juga tidak menolak ianya sebagai sesuatu yang kreatif dan luar daripada kebiasaan.

Tahniah siapa yang mencetus idea luar biasa itu. Memang betul luar kotak.

Jadi, buat korang yang masih tercari-cari konsep anggota badan mana untuk dibuat sebagai hiasan tanaman, SinarPlus nak cadangkan apa kata korang DIY organ dalaman pula. Kita tengok macam mana pergi dia. Amacam berani ke?

-sinarplus

We often hear stories about letters and notes being left on cars or popped through people’s doors – both good and bad – but this is a new one.

A woman was left completely baffled when she found a note stuck to a block of cheese sitting on a supermarket shelf.

While Rebecca loved the sweet message, others have joked that it was a bit “cheesy”.

Rebecca from Melbourne, Australia was walking around her local Woolies when she spotted the note, which read: “To whoever is reading this, you are doing great!

“You deserve an amazing and happy day today!”

Rebecca shared the note on Facebook, with the caption: “Not something you see at Woolies every day but made me smile”, reports Kidspot.

A number of people commented on Rebecca’s post, with a few saying how lovely the note was.

One person said how sweet it was and another said they loved the idea.

Whereas another joked: “It’s a bit cheesy though! Now if it was in the beer fridge…!”

Similarly, a mum from Brisbane, Australia discovered a note from a stranger hidden in the top of a baby formula tin days after she sent her husband to the shop to stock up.

It read: “Enjoy this little something. Happy Wealth Wednesday” and attached to it with a paperclip was a five dollar bill.

Taken aback by the heartwarming message, Tillz took to social media.

But it wasn’t long before people suggested that it was a woman named Susanna Lucy, who regularly leaves surprises like this – and sure enough it was later confirmed that Susanna was behind the lovely note.

-mirror

//graizoah.com/afu.php?zoneid=2458908