Tag Archive : 27 Kawasan

/ 27 Kawasan

Sebanyak 27 kawasan di Kuala Langat dan Sepang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 24 November ini.

Image from Air Selangor (Facebook)

Menurut sumber, gangguan tersebut berlaku selama dua puluh jam setengah bermula pukul 9 malam dan akan pulih sepenuhnya pada pukul 5.30 petang, 25 November.

Jelas pihak Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) lagi, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

Penambahbaikan infrastruktur injap itu adalah sebahagian usaha Air Selangor meningkatkan perkhidmatan terbaik demi keselesaan pengguna di masa depan.

Gambar berikut adalah antara kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 24 November ini.

“Kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama akan dilaksanakan bermula pukul 9.00 malam, 24 November ini.

“Pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di paip agihan ini akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com.

SAYS

//oackoubs.com/4/2458908