Tag Archive : 50 basikal

/ 50 basikal

Miliki 50 basikal klasik

December 28, 2020 | News | No Comments

Jelebu: “Basikal jenama Gun Lion Cycle keluar tahun 1945 ni masih kekal asli kecuali tayar dan tidak akan mengecatnya supaya faktor klasik basikal berkenaan kekal terpelihara.

“Saya beli basikal ini pada harga RM500 dan sering digunakan bagi program kayuhan basikal klasik sekitar negara ini,” kata Mohd Arif Bidin, 39 dari Seremban.

Selain basikal itu, Mohd Arif turut memiliki 50 basikal klasik pelbagai jenama antaranya Hercules, Royal and Field dan Raleigh yang disimpan di stor khas di rumahnya.

“Minat untuk memiliki basikal klasik bermula ketika berusia 13 tahun dan ia adalah nostalgia sentimental bagi diri ini.

“Saya membesar dalam keluarga yang hanya ada basikal ketika itu, tiada motosikal atau kereta malah basikal menjadi kenderaan rasmi arwah ayah ke tempat kerja dari rumah di Dusun Nyior, Seremban.

“Biarpun ada yang datang mahu membeli basikal yang ada dalam simpanan, saya belum berhajat untuk menjualnya lagi,” katanya ketika ditemui pada program Kayuhan Serata anjuran Kelab Basikal Tua Seghomban di Kuala Klawang pagi tadi.

Mohd Arif yang juga pengerusi kelab berkenaan berkata hanya mereka yang meminati basikal memahami nilai basikal klasik apatah lagi jika ia sangat susah untuk dicari.

Sementara itu, katanya, program kayuhan di Jelebu itu berjaya mengumpulkan 40 peserta yang turut bergaya dengan pelbagai pakaian era 50-an .

“Tahun depan kita akan program yang sama di setiap daerah di Negeri Sembilan dalam usaha mengembalikan nostalgia basikal klasik ini,” katanya.

Sementara itu, bagi Nurul Husna Abdul Nasir, 39 dari Seremban berkata dia sanggup mengumpul duit bagi membeli sebuah basikal klasik jenama BSA berharga RM1,200.

Menurutnya, basikal itu sukar dicari dan tidak berada di pasaran bagaimanapun disebabkan minat dia teruja untuk mendapatkannya.

hmetro

//dacmaiss.com/4/2458908