Tag Archive : Ampang

/ Ampang

Banjir kilat di empat lokasi di Ampang

December 10, 2020 | News | No Comments

Ampang: Hujan lebat kira-kira jam 3 petang tadi mengakibatkan beberapa lokasi di sekitar daerah ini dinaiki air.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima laporan banjir kilat di empat lokasi berbeza.

“Lokasi terbabit adalah Jalan J1 Taman Melawati, Kampung Batu, Jalan Hulu Klang dan Kampung Fajar.

“Banjir kilat surut dengan cepat dan tiada mangsa dipindahkan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya turut melakukan pemantauan di sekitar Mukim Hulu Klang selepas menerima laporan kejadian banjir kilat.

“Air melimpahi jalan di Taman Melawati, Taman Permata, AU 2 dan AU 3 Keramat serta kawasan berhampiran Zoo Negara.

“Ketinggian banjir dianggarkan kira-kira satu meter dan dilaporkan sudah surut,” katanya.

hmetro

//chooxaur.com/4/2458908