Tag Archive : andalas

/ andalas

Wanita ditemui mati dengan kesan tikaman

December 24, 2020 | News | No Comments

Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Seri Andalas di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 2.05 petang.

“Mangsa berusia dalam lingkungan umur awal 20-an ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di dalam bilik tingkat satu di kediaman berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa ditemui dalam keadaan separuh bogel dengan memakai baju t-shirt sahaja.

“Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman di bahagian leher sebelah kiri,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa telah dihantar ke forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang di sini untuk bedah siasat.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

-sinarharian

//nessainy.net/4/2458908