Tag Archive : AS

/ AS

BEIJING – Sebuah syarikat di China yang disaman kerana didapati menjual hampir setengah juta topeng muka N95 palsu dan tidak berkualiti kepada pembeli di Amerika Syarikat (AS) pada April lalu bukan pengeluar topeng muka yang diperakui, kata pihak berkuasa hari ini.

Menurut Kementerian Perdagangan China, syarikat yang berpusat di Guangdong itu tidak termasuk dalam senarai syarikat yang diluluskan atau didaftarkan sebagai memenuhi standard luar negara.

Syarikat tersebut telah mengirimkan tiga kumpulan topeng muka N95 yang diperlukan untuk melindungi petugas perubatan dan kakitangan lain dalam mengendali wabak koronavirus (Covid-19) kepada pembeli di AS, menurut aduan yang diajukan di sebuah Mahkamah Persekutuan di Brooklyn, New York.

Menurut aduan itu, pengimport topeng berkenaan membayar lebih daripada AS$1 juta (RM4.2 juta) kepada mereka.

Susulan daripada itu, kementerian itu menambah bahawa China telah mengambil langkah bagi memperkuatkan pengendalian mutu bahan pencegahan wabak yang dieksport.

Terdahulu, pada April China telah merampas lebih daripada 89 juta topeng muka berkualiti rendah selepas banyak aduan mengenai alat pelindung yang tidak berkualiti dieksport ke seluruh dunia.

-sinarharian

Kapal AS pula

April 24, 2020 | News | No Comments

KEHADIRAN dua kapal perang Amerika Syarikat (AS) berlayar di Laut China Selatan berhampiran lokasi pertikaian di antara China dan Malaysia mencetuskan tanda tanya.

Bagaimanapun Malaysia berpendirian sebarang masalah, perbezaan dan pertikaian di Laut China Selatan harus ditangani menerusi dialog dan jalan perundingan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan Laut China Selatan perlu kekal sebagai perairan keamanan dan perdagangan.

Katanya, sebarang permasalahan membabitkan perairan berkenaan perlu diselesaikan berdasarkan prinsip undang-undang antarabangsa, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

“Pendirian Malaysia mengenai Laut China Selatan amat jelas dan konsisten. Semua pihak perlu bekerjasama mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di perairan terbabit serta meningkatkan usaha, keyakinan dan saling mempercayai antara satu sama lain.

“Sebagai bekas Menteri Pertahanan, Saya sedar mengenai situasi dihadapi. Kita perlu mengelakkan insiden sama ada disengajakan atau tidak di perairan berkenaan,” katanya.

Hishammuddin berkata, walaupun undang-undang antarabangsa menjamin kebebasan pelayaran, kehadiran kapal perang di Laut China Selatan berpotensi meningkatkan ketegangan yang akan menggugat keamanan, keselamatan dan kestabilan.

hmetro

//oackoubs.com/4/2458908