Tag Archive : balik kampung

/ balik kampung

Tak salah bercuti, balik kampung tapi patuh SOP

December 29, 2020 | News | No Comments

Kuala Lumpur: Orang ramai digalakkan untuk merancang percutian dan pulang ke kampung secara bergilir bagi mengurangkan impak jangkitan Covid-19.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Am Dr Hanafiah Bashirun berkata, langkah utama untuk mengelakkan jangkitan Covid-19 adalah dengan mengurangkan pergerakan.

“Masalahnya untuk mengawal pergerakan, kita kena laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun disebabkan situasi ekonomi, kerajaan membenarkan pergerakan.

“Tak salah pun nak balik kampung atau bercuti, tetapi yang menjadi masalah apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak patuh prosedur operasi standard (SOP).

“Jika mahu balik bercuti, perlu rancang dan kalau boleh jangan semua adik-beradik balik semua dalam satu masa untuk elakkan jangkitan sebab kita tidak tahu siapa dalam kalangan kita membawa virus Covid-19,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau mengulas mengenai peningkatan kes Covid-19 susulan pergerakan keluar warga kota dan Selangor (zon merah) untuk bercuti dan pulang ke kampung sempena cuti panjang.

Menurutnya, akibat pergerakan orang ramai dari zon merah memang menyumbang kepada wujudnya kluster ‘balik kampung’.

Dr Hanafiah berkata, jika diperhatikan sekarang ramai masyarakat yang sudah tidak memakai pelitup muka, berpeluk dan bercium seperti biasa, lagi-lagi bila berkumpul dengan keluarga dan rakan.

“PKPD atau PKP Bersyarat (PKPB) sebenarnya bukan penyelesaian utama Covid-19, tetapi sikap ambil mudah dan cuai serta tidak mematuhi SOP masyarakat yang menyumbang peningkatan kes jangkitan ini.

“Semua pihak perlu bersabar dahulu sehingga rakyat Malaysia divaksinkan dan kita boleh tangguhkan bercuti atau membuat ‘gathering’.

“Ingat bahawa tidak semestinya kita tidak mempunyai simptom batuk, demam atau selsema, kita bebas daripada virus Covid-19,” katanya yang menyarankan orang ramai sentiasa memakai pelitup muka, melakukan penjarakan fizikal dan guna pembasmi kuman.

hmetro

Peminat filem Hindustan pasti sudah familiar dengan lagu tema dalam cerita Kabhi Khushi Kabhie Gham

Sudah pasti antara babak yang paling diingati ramai adalah ketika Shah Rukh Khan berlari balik ke rumah kerana tidak sabar untuk berjumpa ibunya.

Baru-baru ini, viral di laman sosial TikTok apabila seorang remaja lelaki memuat naik video parodinya sama seperti babak dalam filem Kabhi Kushi Kabhie Gham.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

https://www.tiktok.com/@iamsyaz_34/video/6902398004334972162?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=6902398004334972162

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, remaja lelaki yang bernama @iamsyaz meniru babak Shah Rukh Khan berlari turun dari helikopter, tetapi videonya sedikit berbeza kerana dia berlari di sawah padi.

Video itu telah mencuri tumpuan ramai kerana cara suntingannya yang kreatif siap ada slow motion dan ditambah pula dengan background music cerita popular itu. Senang cerita, parodi itu memang menjadi!

“Yang paling legend, dengan selipar Jepun kau berlari” – Netizen

Susulan tularnya video itu, ramai yang terhibur dan meminta remaja lelaki tersebut untuk memuat naik behind the scene kerana mereka kagum dengan suntingan video itu yang smoothdan kamera tidak bergegar langsung.

https://www.tiktok.com/@iamsyaz_34/video/6902635030531591425?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=6902635030531591425

SAYS

SHAH ALAM – Semua pihak yang masih berdegil dan cuba curi-curi untuk pulang ke kampung berhari raya perlu mengambil iktibar dari kes wanita hamil yang disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas pulang ke kampungnya di Kuala Krai, Kelantan untuk bersalin pada 15 Mei lalu.

Ahli Jawatankuasa Pusat, Persatuan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr Zubaidi Ahmad berkata, apa yang berlaku itu boleh dijadikan pengajaran agar penularan jangkitan wabak itu dapat disekat.

“Yang belum balik kampung, saya nasihatkan tak perlu balik tetapi kalau perlu balik buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu terutamanya yang ada simptom.

“Namun jika sudah berada di kampung, awasi pergerakan anak-anak, ibu bapa, atau sesiapa sahaja bagi mengelakkan risiko jangkitan wabak itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Terdahulu, wanita hamil yang pulang ke kampung dari Ampang ke Kuala Krai baru-baru ini untuk bersalin anak kedua didapati positif Covid-19 sedangkan dia langsung tidak menunjukkan simptom demam atau batuk.

Dr Zubaidi berkata, bagaimanapun yang menjadi masalah ketika ini, terdapat individu yang positif Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang simptom.

Katanya, apabila mereka itu pulang ke kampung kemudiannya menjangkiti pula orang lain yang mempunyai ketahanan diri lebih rendah seperti orang tua yang berusia 60 tahun ke atas, yang ada sakit kronik, turut menyebabkan komplikasi sehingga terdapat kes meninggal dunia.

Sementara itu, ketika mengulas sama ada mereka yang pulang ke kampung menerusi Gerak Malaysia baru-baru ini perlu dibuat ujian pengesanan Covid-19, Dr Zubaidi berkata, beliau tidak melihat keperluan perkara itu buat masa ini.

“Kena faham bahawa saringan seperti ujian swab ambil masa dua hari untuk peroleh keputusan.

“Sebagai contoh, yang balik ke Kelantan saja pun cecah lebih 100,000 orang, jadi kalau nak buat saringan hasilnya tidak efektif atau tidak berapa baik,” katanya.

Katanya, untuk kes wanita hamil yang dikesan positif itu pula, fokus perlu dibuat kepada pengesanan kontak rapat pada peringkat ini.

-sinarharian

Malaysia has relaxed its Movement Control Order (MCO) with the implementation of a Conditional Movement Control Order (CMCO) that allowed for the economy to be restarted again. However, as the name suggests, there are a few conditions that Malaysians must adhere to. One of which is that there shall not be cross-state travel whatsoever barring a legitimate reason.

This new ruling seemingly fell into deaf ears unfortunately as yesterday, a whopping total of 508 vehicles were stopped nationwide for trying to sneakily break CMCO by trying to cross state lines. The reason they gave? They wanted to balik kampung!

Yesterday marked day 4 of CMCO and thanks to the hard work of PDRM and security forces, these attempts to break CMCO were able to be detected and stopped. In fact, according to Ismail Sabri, a total of 238,500 vehicles were stopped across the country in 146 separate roadblocks. In his statement, the Senior Minister said that,

“As of yesterday, the police had exercised their discretion to advise and warn, although actions were taken to order the cars to turn back.”

The relevant authorities are now permitted to start issuing compounds beginning today to those caught breaking the conditional CMCO.

Don’t be selfish lah, we all want to balik kampung for Aidilfitri! However, if Malaysians continue to flout CMCO, there may not be a Hari Raya to celebrate in the coming years!

-WORLDOFBUZZ

3 hari berjalan balik kampung

April 9, 2020 | Viral | No Comments

SEORANG lelaki sanggup berjalan tiga hari ditemani anjing untuk pulang ke kampung di Kota Marudu sebagai langkah berjaga-jaga ketika wabak Covid-19 melanda negara.

Alixson Mangundok, 34, mengambil langkah itu kerana dia berdepan risiko dijangkiti Covid-19 kerana baru pulang dari Jepun.

Anak jati Kampung Mangaris 2 Kota Marudu itu ketika dihubungi berkata, sebaik tiba di Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu 25 Mac lalu, dia terus ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk melakukan ujian saringan Covid-19 walaupun tidak mengalami simptom.

Menurutnya, kisahnya membuat saringan turut tular di laman media sosial.

“Disebabkan keputusan belum keluar saya mengambil langkah berjaga-jaga dan memutuskan berjalan untuk pulang ke kampung.

“Saya mula berjalan pada 26 Mac dari Kota Kinabalu dan tiba di Kota Marudu pada 28 Mac. Sebaik tiba di kampung, saya mengasingkan diri dan tinggal di rumah kebun bapa bersama anjing bernama Cico yang menemani saya dari Luyang hingga ke kampung,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dia memutuskan untuk tidak menaiki pengangkutan awam atau balik bersama abang yang menjemputnya di lapangan terbang kerana khuatir keselamatan orang lain.

Katanya, dia hanya meminta abangnya membawa beg dan disimpan di rumah kebun tempat dia mengasingkan diri.

Menceritakan pengalamannya, Alixson berkata, sebelum ini dia sudah biasa merantau dan berjalan ke tempat jauh bukan satu masalah baginya.

“Paling tidak boleh lupa ketika melalui kawasan perkuburan Cina di kawasan Luyang.

“Di situ saya jumpa Cico yang setia menemani saya hingga ke Kota Marudu. Jika tidak bersama Cico, mungkin orang menganggap saya orang jahat kerana berjalan pada waktu malam.

“Sepanjang perjalanan, kami berehat dan tidur di mana-mana perhentian bas yang berdekatan,” katanya.

Menurutnya, dia membuat ujian saringan kedua di Hospital Kota Marudu kelmarin.

Mengulas mengenai anjing yang menemaninya, Alixson menganggap anjing itu kiriman Tuhan untuknya.

“Sebelum saya balik ke Malaysia, saya sempat melawat perkuburan Hachiko di Shibuya dan berdoa untuk keselamatan perjalanan saya dan berharap wabak ini cepat hilang.

“Saya menganggap Cico dihantar untuk menjaga saya sepanjang perjalanan saya dari Kota Kinabalu ke kampung halaman saya,” katanya.

-hmetro

//thaudray.com/4/2458908