Tag Archive : berebut

/ berebut

Bergaduh berebut perempuan

February 16, 2021 | News | No Comments

Kuching: Gara-gara berebut perempuan, sembilan lelaki bergaduh di Plaza Chong Lin, Green Road, di sini, semalam menggunakan senjata tajam dan rotan.


Bagaimanapun semua suspek berjaya dikesan dan ditahan polis dalam beberapa siri tangkapan di sekitar Kuching dan Padawan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, polis melancarkan operasi bagi menjejaki dan menahan semua suspek selepas menerima laporan.

“Tangkapan pertama dilakukan jam 12.14 tengah malam tadi. Mereka ditahan di sekitar Kuching dan Padawan.

“Beberapa peralatan yang digunakan termasuk dua kereta turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua suspek lelaki berumur antara 20 hingga 35 tahun itu akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Dalam kejadian sekitar jam 5 petang semalam, berlaku rusuhan antara dua kumpulan lelaki yang disyaki berpunca daripada seorang wanita dan perasaan tidak puas hati.

Dalam kejadian itu masing masing bersenjatakan parang, rotan dan pedang samurai.

hmetro

Tarik rambut berebut PS5

December 24, 2020 | News | No Comments

Gara-gara berebutkan permainan video Playstation 5 (PS5), dua wanita di North Carolina, Amerika Syarikat (AS) bertengkar dan bertumbuk.

The Sun melaporkan insiden memalukan itu berlaku di Walmart Charlotte, North Carolina, pada 13 Disember lalu.

Dalam rakaman video tular menunjukkan, adegan perang mulut itu bermula apabila seorang wanita berambut panjang menjerit kepada seorang lagi wanita yang memakai hoodie hitam.

Kedua-duanya terus bertikam lidah dan menarik rambut antara satu sama lain di kedai elektronik sementara pelanggan lain sedang berbaris dengan troli beli-belah masing-masing.

Episod pergaduhan itu berakhir selepas wanita memakai hoodie itu memijak muka wanita berambut panjang itu.

Menurut TMZ, wanita itu meninggalkan gedung terbabit sebelum polis tiba.

Kejadian itu kali kedua berlaku dalam seminggu membabitkan peminat bertelagah untuk mendapatkan konsul PS5 masing-masing.

Pada Khamis lalu, seorang ibu yang mengendong bayi berusia empat bulan menumbuk seorang pegawai polis.

Kejadian itu berlaku di Walmart Florida, apabila wanita itu dimaklumkan PS5 habis dijual.

HM

//dooloust.net/4/2458908